Bab 2

538 37 10
                                    

QASEH terjaga ketika merasakan tidurnya terlalu lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

QASEH terjaga ketika merasakan tidurnya terlalu lama. Buka saja mata, kepalanya berpusing membuatkan matanya terpejam semula. Dia merengus kasar. Itulah padahnya semalam terlalu banyak minum.

"Mia... kau ke yang bawa aku balik semalam?" Gumam Qaseh apabila menyedari ada sosok manusia sedang tidur di atas katil bersebelahannya.

Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang pelik. Matanya dibuka semula. 

Ini... bukan bilik dirumah Mia.

Perlahan-lahan Qaseh menoleh ke sebelah. Terbuntang matanya melihat seorang lelaki yang tidak dikenali sedang nyenyak tidur. Bibirnya bergetar. Tangannya menggigil hebat. Qaseh terus menyelak sedikit selimut yang membaluti tubuhnya dan sekali lagi dadanya sesak apabila melihat tubuhnya hanya memakai pakaian dalam.

"A-apa jadi semalam?" Tak, sekarang bukan masanya untuk berfikir. Dia kena keluar dari bilik itu sebelum lelaki itu sedar. Cepat-cepat Qaseh mengutip pakaiannya dan menyarung ditubuhnya. Purse dan telefonnya yang berada di atas meja tepi katil dicapai.

Bibirnya diketap sekuat hati menahan esakan daripada terlepas. Matanya juga terasa kabur. Dia takut. Pelbagai andaian sudah bermain dikepalanya. Tak mungkin semalam dia dan lelaki itu sudah....

Keluar saja dari bilik itu, matanya meliar mencari lif untuk turun ke bawah. Dia terus melangkah ke arah lif, ditekan berkali kali umpama menekan kepalanya yang bodoh.

TING!

Masuk saja kedalam lif, tangisannya langsung pecah. Dia dah tak peduli jika wajahnya sudah comot. Qaseh menangis dan meraung sehinggalah lif sampai ke tingkat bawah.

Dia terus berlari kearah entrance hotel tersebut. Pekerja hotel yang lalu lalang mula berbisik sesama sendiri. Pasti sedang mengutuk Qaseh yang berlari dengan berkaki ayam dan berbaju mini dress. Dia terlalu takut sampai terlupa nak pakai kasut.

Tiba-tiba, sekali lagi kepalanya terasa berpusing. Dan dia dapat merasakan sesuatu akan melonjak keluar dari anak tekaknya. Qaseh menekup mulut sebelum berlari ke arah longkang di tempat parking kereta.

BUK!

"Auch!" Qaseh terjatuh apabila badannya terlanggar dengan sesuatu benda yang keras. Sejak bila pula ada dinding bergerak disini?

Dia lantas bangun sambil mengusap punggungnya. Sakit weh jatuh atas jalan tar! Kepalanya diangkat sedikit memandang manusia dihadapannya. Oh, orang rupanya!

"Maaf E-encik, saya-"

"Bluerkkkkk!" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, terasa anak tekaknya dijolok sehingga dia memuntahkan semua isi perutnya.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now