Bab 8

425 36 4
                                    

"FINALLY! Dah sampai kampung!" Raja Malique mendepakan tangannya sebaik saja turun dari kereta Velfire yang dipandu oleh Raja Mikael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FINALLY! Dah sampai kampung!" Raja Malique mendepakan tangannya sebaik saja turun dari kereta Velfire yang dipandu oleh Raja Mikael. Kembang kempis hidungnya cuba menghirup udara kampung. Tengah melayan perasaan, tiba-tiba ada botol kosong melayang ke kepalanya.

PAK!

"Adoi! Sakitlah Along."

"Kau takyah nak feeling sangat. Tu, angkat barang." Balas Raja Mikael sambil menunjukkan beg-beg mereka sekeluarg di bonet kereta.

Raja Malique merengus geram. "Angah tahulah." Serentak dia menjeling si abang. Mereka sekeluarga akan bermalam di rumah Ustaz Azhar selama empat hari. Alang-alang dah lama tak datang, boleh cuti lama sikit.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, dah sampai dah. Meh masuk, masuk." Jawab ustazah Aishah sambil mempelawa keluarga Raja Mahfuz. Puan Sri Safiyah bersalaman dan memeluk adiknya itu. Lama tak jumpa la katakan! Kemudian diikuti Raja Mikael, Raja Malique dan Raja Marisya.

Ustaz Azhar dan Adam yang berada di ruang tamu turut menyambut kehadiran mereka.

"Bila balik, Adam?" Soal Raja Mikael sebaik melabuhkan punggung di atas sofa.

"Hari ahad. Masuk harini dah lima hari Adam ada kat kampung."

"Alhamdulillah. Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru saja tengok Adam pertama kali naik kapal terbang ke Mesir. Tahu-tahu dan empat tahun dan Adam belajar kat sana ya." Ujar Puan Sri Safiyah pula.

Baru saja ustazah Aishah mahu bersuara, kedengaran suara halus memberi salam dari luar. Serentak semua mata menghala ke arah pintu masuk

"Assalamualaikum."

Qaseh yang baru balik dari kedai terkejut melihat banyak sangat kasut diluar rumah. Dia agak mesti adik beradik ustazah Aishah dah sampai. Tapi dia perasan keluarga itu memandangnya pelik.

"Waalaikumussalam, Qaseh. Takpe Qaseh letak dulu barang kat dapur, nanti datang sini semula ya.." Balas ustazah Aishah lembut.

"B-baik ummi." Qaseh terus meminta diri ke dapur untuk meletakkan bahan masakan yang dikirim ustazah Aishah tadi.

"Fuyoo Adam! Kau bawa balik bakal isteri dari Mesir sekali ke? Mantap brader!" kata Raja Malique sambil menunjukkan simbol 'good' dekat Adam.

Adam tersedak dengan tuduhan itu. "Bukan, gila! Tu Qaseh, pembantu rumah." Dia lantas membetulkan kenyataan Raja Malique.

Walaupun hatinya dah jatuh suka pada Qaseh tapi dia tidak mahu Qaseh berasa tidak selesa dengan tanggapan itu.

"Pembantu rumah? Mudanya..." ujar Puan Sri Safiyah.

"Sebenarnya Qaseh tu dah macam anak Aishah sendiri. Takdir Allah pertemukan kami dan kami sekeluarga terbuka hati mahu menerima dan membantu Qaseh. Cuma dia sendiri yang minta nak kerja sebab tak mahu terus bergantung harap, jadi Aishah pun bagilah dia kerja sebagai pembantu rumah ni. Ada juga peneman kat rumah."

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now