BAB 4

434 37 0
                                    

"SADAQALLAHULAZIM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SADAQALLAHULAZIM..."

Habis saja bacaannya, Qaseh menutup Al-Quran. Dia menjunjung naskhah suci itu sebanyak tiga kali.

"Alhamdulillah, hampir lancar ya bacaan Qaseh hari ini?" ujar Ustazah Aishah sambil tersenyum. Ustazah Aishah ialah isteri kepada Ustaz Azhar. Sudah seminggu berlalu sejak Qaseh bertemu dengan pasangan suami isteri ini. Tak sangka dalam dirinya diuji dengan ujian yang berat, Allah masih sudi menghantar orang yang baik kepadanya.

Qaseh turut mengukir senyuman manis. "Terima kasih, Ummi. Sebab sudi ajarkan Qaseh dan bagi tempat tinggal dekat Qaseh. Maaf kalau Qaseh banyak menyusahkan keluarga Ummi." Jawabnya merendah diri.

Ustazah Aishah lebih gemar orang memanggilnya dengan panggilan Ummi. Nampak mesra dan kebanyakan orang kampung juga turut menggunakan panggilan itu.

Masih ingat lagi minggu lepas apabila pertama kali dia bersua muka dengan ustazah Aishah. Walaupun sudah berusia, tapi tetap lembut saja pandangannya. Mereka juga menawarkan Qaseh untuk tinggal di rumah sewa milik keluarga yang terletak dalam 500 meter dari rumah mereka.

"Sama-sama. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap pertemuan kita. Ummi tak rasa Qaseh menyusahkan tau. Qaseh pula... macam mana tinggal dirumah tu? Selesa tak? Ada apa-apa yang kurang?"

Rumah itu sudah beberapa bulan tidak berpenghuni selepas penyewa yang sebelum ini sudah berpindah. Sesekali Ustaz Azhar ada menggupah orang untuk membersihkan rumah itu.

"Alhamdulillah, selesa sangat. Tapi..." Qaseh tengah berfikir untuk memberitahu tentang niatrnya yang satu itu.

"Tapi apa?"

Qaseh menunduk. "Sebenarnya Qaseh segan nak terus tinggal dirumah itu secara percuma. Ummi pun banyak bagi baju dan tudung untuk Qaseh pakai, jadi..."

"Qaseh dah tak sudi terima pemberiaan Ummi?" Tebak ustazah Aishah dengan riak wajah yang mengendur. Tak dinafikan pertama kali bersua muka dengan Qaseh, dia dah jatuh sayang pada gadis itu. Tambahan pula, melihat kesungguhan Qaseh untuk belajar agama.

Terangkat terus pandangan Qaseh sebelum kepalanya laju digeleng.

"B-bukan macam tu Ummi. Maksud Qaseh ialah Qaseh ingat nak kerja. Kerja apa-apa pun takpe. Jadi Qaseh boleh bayarkan duit sewa dekat Ummi dan mampu beli baju sendiri." Terang Qaseh panjang lebar.

Jeda. Ustazah Aishah diam lama sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Kepalanya diangguk sekilas.

"Kalau macam tu Qaseh kerja dengan Ummi jelah."

Qaseh tercengang. Sedikit yang dia tahu, Ustaz Azhar bukanlah golongan orang biasa. Walaupun tinggal di kampung tapi rumah mereka boleh dikatakan rumah yang paling besar. Dan Ustaz Azhar juga ada madrasah tersendiri untuk mendidik anak-anak menjadi hafiz dan hafizah. Selain itu, beliau juga ada kebun buah-buah sendiri yang melebihi 5 hektar tanah.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now