Bab 7

738 40 2
                                    

MATA Qaseh terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Qaseh terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya ini.

"Err... cik ni siapa ya?"

Qaseh tersentak dengan soalan itu. Dia lantas menunduk sendikit sebagai tanda hormat.

"Oh, saya Qaseh, pembantu rumah ini." Balas Qaseh lembut sambil mengukirkan senyuman manis.

Lelaki itu terpanar dengan senyuman Qaseh. Indah. Terasa jantungnya berdebar. Dia cuba mengawal riak wajah supaya tidak terlalu obvious. Mulutnya berdehem seketika sebelum mengajukan soalan.

"Kalau macam tu saya tunggu Ummi balik jela. Tak manis kalau saya duduk dalam rumah berdua dengan awak." Jawab lelaki itu dengan sopan.

Qaseh tercengang. "Encik panggil ummi.."

Belum sempat menghabiskan soalannya, kereta Toyota Vios milik ustazah Aishah masuk ke halaman rumah. Keluar saja kereta, terkejut melihat kelibat seseorang yang sangat dirinduinya itu.

"Adam?"

Manakala Adam tersenyum ke arah ibunya. "Ya Ummi, takkan dah lupa muka anak sendiri?" Soal Adam dengan nada gurauan.

"MashaAllah, betul la Adam." Lantas dia terus meluru dan memeluk tubuh si anak. Qaseh pula terpinga-pinga sebelum dia mencantumkan puzzle yang berada difikirannya.

'Ohh, jadi encik ini anak Ummi? Haih, hampir saja dia nak halau anak majikan sendiri. Qaseh... Qaseh..' Desis hatinya.

Adam menyalam dan mencium tangan ibunya. "Assalamualaikum Ummi. Ummi sihat?"

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat, jom la masuk rumah dulu." Ajak ustazah Aishah sambil menarik lembut tangan anaknya masuk kedalam. Qaseh pula lantas ke dapur untuk menyediakan air.

Beberapa minit kemudia, dia melangkah semula ke ruang tamu sambil menatang dulang air oren sunquick. Ketika dia meletakkan dulang, dia perasan Adam seperti memerhatikannya. "Jemput minum Encik Adam, Ummi."

Baru saja mahu ke dapur semula, ustazah Aishah memanggilnya.

"Qaseh duduk sini. Ummi nak kenalkan dengan anak ummi."

Qaseh garu kening sebelum akhirnya dia menurut juga. Dia mengambil tempat disebelah ustazah Aishah manakala Adam pula di sofa single.

"Adam, kenalkan ini Qaseh Amanda. Dan Qaseh, inilah Adam anak Ummi yang Ummi pernah cerita sebelum ni." Katanya lembut sambil memandang Adam dan Qaseh.

Qaseh hanya mengangguk sambil memeluk dulang di rapat didadanya. Bibirnya terukir senyuman manis.

Sekali lagi. Sekali lagi senyuman Qaseh membuatkan hatinya gundah gelana. Adam tersenyum nipis sebelum menghala pandangan ke arah lain. Tak dinafikan Qaseh mempunyai wajah yang sangat cantik dan bersih. Walaupun tanpa makeup, tapi cukup menyerlah dalam pandangannya.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now