PROLOG

1K 54 1
                                    

"PERGI! Mulai hari ni kau jangan jejak lagi kaki kau dekat rumah ni!" Suara Encik Ahmad memetir diiringi suara tangisan sayu Qaseh Amanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PERGI! Mulai hari ni kau jangan jejak lagi kaki kau dekat rumah ni!" Suara Encik Ahmad memetir diiringi suara tangisan sayu Qaseh Amanda.

"A-abah, jangan halau Q-qaseh... Qaseh tak buat semua tu." Teresak-esak Qaseh menangis meraung sambil melutut didepan bapanya. Wajahnya lencun dengan air mata.

Dia mengaku dia terlalu bebas sehingga tidak mengenal halal dan haram. Air kencing syaitan juga diteguk tanpa pedulikan azab Allah. Tapi... dia tidak akan sesekali menggadaikan maruahnya kepada lelaki.

"Ya Allah abang! Jangan buat anak kita macam ni... Mah merayu sangat..." Rayu Puan Fatimah sambil memegang erat lengan suaminya. Hati ibu mana yang tak sakit melihat anak yang dikandung selama 9 bulan diusir seperti ini.

"Anak? Anak yang dah conteng arang dekat muka aku?! Aku besarkan kau dengan didikan agama yang cukup, tapi ini yang kau balas dekat aku?! Allahuakbar... mana silap aku sebagai ayah kau, Qaseh?" Encik Ahmad menekan bola matanya saat merasakan cecair jernih bergenang.

Esakan Qaseh bertambah kasar apabila mendengar luahan hati bapanya. "Qaseh minta maaf, abah. Qaseh salah... abah pukullah Qaseh tapi jangan halau Qaseh... Qaseh dah tak ada sesiapa." Kepalanya digeleng bersama linangan air mata.

"Kak Qaseh!"

Qalish yang baru pulang dari rumah kawannya terkejut melihat si kakak yang menangis sambil melutut di depan rumah mereka. Dia lantas menerpa ke arah Qaseh. Jaketnya dicabut lalu menutupi kepala Qaseh daripada terdedah auratnya. Risau ada jiran yang menyibuk pula.

"Abah, apa dah jadi ni?" Soalnya apabila melihat wajah tegang Encik Ahmad. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga menimbulkan kemarahan ayahnya.

"Qalish, masuk dalam." Arahnya ringkas tapi tegas kepada si anak.

"Tapi Kak Qaseh-"

"Abah cakap masuk dalam!" Tempik Encik Ahmad sekaligus membuatkan Qalish terdiam. Qalish ketap bibir. Rasa serba salah mahu meninggalkan kakaknya yang masih menangis dengan wajah yang comot.

"Maaf Kak..." Ucap Qalish perlahan sebelum dia masuk ke dalam rumah.

Mata Encik Ahmad tajam memandang Qaseh. Ikutkan hati mahu dipukul Qaseh sekuat hati kerana kesalahan anaknya itu. Rasa ralat kerana Qaseh sanggup melakukan maksiat tanpa pengetahuan mereka.

"A-abah... Qaseh minta maaf..." Tak henti-henti bibirnya mengungkapkan kata maaf. Dia tahu ibu dan abah kecewa dengannya tapi... dia tak sanggup dibuang dari keluarganya.

"Jangan minta maaf dekat aku. Tapi minta maaf kepada Allah. Dan mulai hari ini, kau bukan lagi anak aku!"

"Abang!"

"Abah!"

Puan Fatimah dan Qalish terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Encik Ahmad. Manakala Qaseh pula terkedu sehingga kehilangan kata-katanya. Beg baju ditangannya dipeluk erat. Air mata mengalir lesu dipipi. Takkan ada lagi kah peluang untuk dia?

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now