Bab 9

774 49 10
                                    

SELEPAS selesai majlis tahlil, masjid juga ada jamuan makan untuk para jemaah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS selesai majlis tahlil, masjid juga ada jamuan makan untuk para jemaah. Raja Mikael mengatur langkah ke luar masjid. Tiba-tiba ada satu suara memanggilnya dari belakang. Dah dia lantas menoleh sambil mengangkat kening.

"Along, tak nak makan dulu ke?" Soal Raja Malique yang berjalan bersama dengan sepupunya Adam.

Raja Mikael geleng kepala. "Tak rasa nak makan."

"Ish ish ish, satu kerugian apakah? Diorang jamu pulut kuning dengan gulai ayam kut, tengok pun dah terliur."

"Pergilah makan. Along nak balik dulu." Balasnya sebelum menyambung semula langkah keluar dari masjid.

Raja Malique menoleh ke arah sepupunya pula. "Adam, kau kena teman aku makan. Let's go buddy!" Serentak itu dia menarik lengan Adam untuk mengambil makanan.

Motosikal milik Adam dihidupkan. Tadi dia datang naik kereta dengan bapa dan adiknya. Disebabkan dia nak balik dulu, dia minta kunci motor Adam. Pandai-pandailah Adam balik dengan adik dia nanti.

Jarak masjid dari kampung hanya 10 minit menaiki motosikal memandangkan masjid itu terletak di luar dari kampung. Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang gadis sedang berjalan. Dahinya berkerut.

"Qaseh?"

Dia nampak Qaseh kelihatan tergesa-gesa berlari ke arah satu rumah. Mungkin rumah dia? Tapi dia ingatkan gadis itu tinggal di rumah bapa saudaranya. Memandangkan hari sudah malam, Raja Mikael mengambil keputusan untuk menunggu Qaseh dalam jarak 50 meter dari rumah itu.

Nak tunggu depan rumah macam pelik sebab mereka bukan datang sekali. Karang dia pula dituduh stalker.

Sedang menunggu Qaseh, keningnya berkerut sebaik saja nampak rumah yang dimasuki Qaseh itu gelap gelita. Tapi sosok tubuh Qaseh tidak kelihatan keluar dari rumah. Raja Mikael turun dari motor dan melangkah menghampiri pagar rumah itu.

"Blackout ke?" gumamnya perlahan. Dia melihat ke kiri dan kanan sebelum berkira-kira untuk masuk. Tengah darurat kan? Bukan dia yang sengaja nak pecah masuk rumah perempuan eh? Risau ada orang kampung yang nampak, tak pasal-pasal kena fitnah pula.

Raja Mikael terun masuk ke kawasan rumah dan menghampiri pintu. Baru dia hendak mengetuk, telinganya menangkap bunyi barang jatuh dari rumah. "Qaseh?"

Kemudian dia terdengar pula jeritan Qaseh. Tangannya terus memulas tombol pintu. Kunci!

"Qaseh! Qaseh, buka pintu ni!" Entah kenapa hatinya jadi risau. Tak cukup dengan jeritan, esakan Qaseh pula menusuk ke telinganya. Tidak berfikir panjang, dia terus merempuh pintu rumah itu. Sekali, gagal. Kali kedua pun, gagal. Dan kali ketiga, berjaya!

Pintu dikuak dan dia masuk kedalam tanpa membuang kasut. Dia terus meluru ke arah suara jeritan Qaseh. Alangkah terkejutnya melihat satu sosok tubuh sedang menindih tubuh kecil Qaseh. Dan cahaya bulan yang terpancar dari tingkap menampakkan keadaan Qaseh sangat mengaibkan. Rahangnya diketap dan buku limanya di kepal sebelum dia masuk kedalam bilik.

MIKAEL'S : His Everlasting Love (OG)Where stories live. Discover now