✯𝘽𝘼𝘽 8✯

146 5 0
                                    

"Kalau saya suka awak,awak percaya?" Jujur ku.

Dia terkejut.Dia pandang mata aku.

Ya Allah, kenapa jantung aku laju lain macam je ni (bisik hatiku)

"Kalau saya pun suka awak,awak percaya?" Mir menjawab sambil tersenyum.

Aku terkaku seketika.

A-aku tak salah dengar kan (kata hatiku)

"Ehem" Seseorang menegur.

Terus aku dan Mir pandang ke arah Iz yang tiba-tiba datang.Dia memandang tajam kearah kami.Haz juga ada dibelakangnya.

"Ni sekolah bukan tempat untuk dating" Kata Iz.Ada nada tegas disitu.

"Takpelah Sya.Balik nanti saya chat awak.Bye"

Tak sempat aku kata apa-apa,Mir terus pergi.Aku terus pandang kearah Iz dan Haz.

"Kami tak dating la sebok je" Aku mendengus geram lalu pergi dari situ.

Dia dating dengan Rin haritu boleh pulak (bisik hatiku)

Comel (bisik hati Iz)

"Kan aku dah kata mereka ada something" Haz berkata.

"Bro,aku ada something nak jujur kat kau sebenarnya" Kata Iz perlahan.Takut sesiapa dengar.

"Ha apa?" Tanya Haz.

"Aku sebenarnya dah suka kat Syana" Jujur Iz.

"WHAT???..." Iz tutup mulut Haz dengan tangannya.

"Kau ni boleh tak jangan cakap kuat-kuat,nanti orang dengar" Marah Iz.

"Kau serius la? Kau sendiri nampak kan tadi yang Ana tu suka lelaki tadi" Bebel Haz.

"Ya aku tau tapi takpelah biar aku pendam perasaan ni sampailah hilang sendiri " Kata Iz dengan nada sedih.

"Dah la bro lupakan je.Rin kan ada" Haz mengusik.Saja nak bagi Iz lupa pasal kesedihan dia tu.

"Ish kau ni.Aku tak suka la Rin tu,dia je asyik beria.Aku tak layan pun still beria" Geram Iz.

Haz hanya gelak dan menggelengkan kepalanya.

Apalah nasib kawan baik aku ni (bisik hati Haz)

*Di kantin...*

Aku nampak Hany,Tasha dan Riana sedang bergelak tawa sambil menikmati makanan.Aku terus pergi ke arah mereka.

"Hai korang " Kataku sambil tersenyum lebar.

Maklumlah blushing lepas crush jujur dia pun suka kita.Walaupun aku macam kurang pasti betul ke tak apa yang Mir cakap tapi hati aku yakin dia pun ada perasaan yang sama.

"Ehem,kau tersenyum-senyum ni kenapa?" Hany menegur.

Tasha dan Riana pandang kearah ku untuk menunggu jawapan dariku.

"Errr tadi aku jujur perasaan aku dekat Mir" Kataku sambil kepala menunduk kebawah sebab malu.

"Syahmir Mukriz 3K tu ke Sya?" Tasha bertanya.

Aku mengangguk.

"Lepastu lepastu,apa dia cakap" Kata Riana teruja.

"Dia pun...suka" Aku malu.

Semua muka terus terkejut.

"Weh serius la beb" Hany dah excited ni.

Aku mengangguk.

"Wahhh bertuah la Sya,crush balas balik perasaan awak" Tasha berkata.

Serius aku dah malu sangat ni.

"Dah la tu.Korang makan cepat,nanti kelas dah nak mula" Aku saje menukar topik.

"Elelelele ye laaa" Riana mengusik.

"Kau tak nak makan ke Sya?" Hany bertanya.

Aku hanya menggelengkan kepala.

Diorang menikmati makanan sambil mengusik ku.Tak tahu suka diorang mengusik atau tak sebab aku rasa happy sangat.

*Kelas bermula...*

"Okay semua nanti dah siap latihan tu terus kumpul dan hantar kepada saya.Memandangkan Dani tak datang,Syana tolong kumpulkan buku latihan itu dan hantar kepada saya boleh?" Cikgu Ida bertanya kepadaku.

"Boleh cikgu" Kata ku sambil tersenyum.

"Baik,itu sahaja pembelajaran kita pada hari ini.Terima kasih kelas"

"Terima kasih cikgu" Semua jawab serentak.

"Aku nak pergi kumpul buku jap tau,nanti kau teman aku pergi hantar boleh?" Kata ku kepada Hany.

Hany mengangguk.

Aku terus pergi ke meja masing-masing untuk mengumpulkan buku yang harus dihantar ke cikgu Ida.

"Bagi buku tu" Kata Iz sambil menunjuk kearah buku yang bertimbun di tanganku.

"Eh nak buat ape? Aku yang perlu hantar kepada cikgu" Kata ku.

"Cik adik,buku tu banyak,berat.Biar aku je hantarkan" Kata Iz.

"Eh panggil aku Sya bukan cik adik" Aku geram dengan dia ni.

Aku taktahu kenapa aku nak si Iz ni panggil aku Sya.Sedangkan kawan-kawan lelaki yang lain dalam kelas ni semua panggil Ana.Takpelah,janji nama aku kan kan.

Terus aku bagi semua buku yang aku pegang ke arah Iz.Iz mengambil semua buku tu dan tersenyum ke arahku.Aku terus menjeling dia dan pergi ke tempat duduk ku.

Marah-marah pun comel (bisik hati Iz sambil tersenyum)

"Ehem" Haz berdehem.

Iz terus memandang ke arah Haz.

"Bro,kata nak lupakan dia" Haz menegur.

Iz mengeluh lalu pergi dari kelas untuk menghantar buku-buku tadi.

Haih,kawan baik aku ni susah betul nak lupakan seseorang kalau dah suka (bisik hati Haz)

Aku terus pergi ke tempat duduk ku.

"Beb,mana bukunya?" Hany bertanya.

"Cis,mamat tiang tu yang nak hantar.Jadi aku bagi la dia" Aku geram.

"Mamat tiang mana pulak ni Sya" Hany pelik.

"Izhan Arasyah.Yang kita nampak dia dating kat luar kelas ritu" Kataku.

"Oh,baik juga dia tu" Kata Hany.

Baik apanya suka kata orang cis (bisik hatiku)...

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now