✯𝘽𝘼𝘽 35✯

87 7 0
                                    

"A-aku...suka...kau... Izhan Arasyah..." Jujur ku.Izhan terkejut dan terdiam.Dia termenung ke arahku.

"A-aku minta maaf sebab baru sekarang aku jujur pada kau tapi sebenarnya a-aku dah suka kau sejak bulan lalu" Aku berkata dengan perlahan.

"S-syana,kau bergurau..je kan?" Izhan tidak mempercayai kata-kata ku.

"Aku serius.Kau masih ada perasaan ke pada aku?" Aku bertanya dan melihat ke arahnya.Dia turut melihat ke arahku dan menganggukkan kepalanya.Aku tersenyum.

"Aku tak sangka semua ni berlaku.Aku tak mimpi kan?" Izhan berkata.Aku tergelak mendengarnya.Izhan senyum ke arahku.

"Macam ni la aku suka" Kata Izhan.

"Maksud kau?" Aku bertanya.

"Aku suka tengok kau happy dari kau sedih.No matter what happens, please be honest with me. I will always be there for you" Kata Izhan lalu tersenyum.Aku turut tersenyum mendengar kata-katanya.

"Ehem" Tiba-tiba kami terdengar seseorang berdehem.Aku dan Izhan memandang ke arah bunyi itu.Kami nampak Hazim dan Hany sudah tersenyum-senyum melihat ke arah kami.

"A-apa korang senyum-senyum ha?" Izhan terus gagap.Nervous mungkin,crush baru confess.Aku menahan gelak mendengarnya.

"Cieeee dah dapat buah hati dia laaaa" Hazim mengusik Izhan.Aku dan Hany tergelak.

"Cis diam la bro" Izhan malu selepas di usik.

"Dah dah jangan mengusik dia Haz.Nanti cikgu ingat dia pakai blusher " Kata ku sambil tergelak kecik.

"Hamboiiii dia pandai dah ek" Izhan berkata.Aku tergelak mendengar kata-kata nya.

Dalam pada itu,mereka tidak sedar bahawa seseorang memerhatikan situasi kegembiraan itu dengan rasa tidak puas hati...

Tiba-tiba cikgu Ida masuk ke dalam kelas.Kami terus ke tempat masing-masing.Orang yang memerhati itu terus pergi dari situ.

"Assalamualaikum" Ucap cikgu Ida.

"Waalaikumussalam cikgu" Jawab kami.

"Okay kamu semua boleh duduk.Saya ada maklumat yang perlu disampaikan pada kamu semua" Kata cikgu Ida.Kami semua terus diam dan memberi perhatian pada cikgu.

"Seperti yang kamu semua tahu,bahawa kamu semua sudah selesai menjalani minggu peperiksaan pada minggu lepas.Maka,pihak sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti menarik bermula minggu hadapan sehingga akhir tahun ini.Aktivi ini hanya akan disertai oleh pelajar tingkatan 3 termasuk kamu semua.Saya harap kamu semua dapat menjalankan semua aktiviti dengan sebaik mungkin" Terang cikgu Ida.

"Tak belajar ke cikgu?" Haz bertanya.

"Tidak Hazim.Kamu semua boleh anggap minggu itu adalah minggu kamu semua boleh bersuka-ria sebelum masuk ke tingkatan 4 pada tahun hadapan.Bermula tahun depan, kamu semua tiada masa lapang untuk bersuka-ria ya" Kata cikgu Ida.

"Kenapa cikgu?" Hany bertanya.

"Kamu semua akan menduduki SPM pada tingkatan 5.Jadi, cikgu-cikgu nak kamu semua mula fokus sejak tingkatan 4 pada tahun hadapan.Takkan kamu semua nak fokus pada tingkatan 5 sahaja bukan?" Kata cikgu Ida lagi.Kami semua mengangguk.

"Jadi,kamu semua boleh la meluangkan masa bersama rakan-rakan kamu dan bersuka-ria sebelum ke tahun hadapan " Sambung cikgu Ida.

"Baik cikgu" Jawab kami.Cikgu Ida mengangguk dan sambung pembelajaran kami.

*Pada minggu hadapan...Semasa aktiviti dijalankan*

Semua murid tingkatan 3 harus pergi ke dewan.Jadi,aku dan Hany terus masuk ke dalam dewan.Terdapat banyak kerusi yang disediakan di dalam dewan itu.Kami terus mengambil tempat duduk.Sementara itu,aku melihat Izhan dan Hazim yang baru sahaja tiba.Mereka mengambil tempat duduk sebaris dengan kami tetapi di bahagian lelaki.Aku melihat ke arah Izhan.

Tiba-tiba dia turut pandang ke arahku.Aku malu dan terus melihat ke arah lain.Izhan tergelak kecil setelah melihat karenah ku.Masa pun berlalu dan aku dapat lihat ramai yang telah tiba.Kerusi semua hampir penuh.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh semua pelajar tingkatan 3" Ucap salah seorang cikgu yang aku tidak kenali.

"Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakaatuh cikgu" Jawab kami.

"Okay pada harini,kita nak have fun have fun je.Seperti yang kamu semua lihat di belakang sana mempunyai banyak meja yang akan digunakan untuk menjual makanan dan seperti yang kamu lihat di skrin hadapan ini pula,kamu akan melihat tayangan filem yang bertajuk "MALBATT".Saya harap kamu semua akan menjaga tingkah laku kamu dan tidak membuat bising Faham semua?" Terang cikgu itu.

"Faham cikgu" Jawab kami lagi.Cikgu itu mengangguk dan mula menayangkan filem tersebut.Aku teruja untuk melihat filem tersebut.Dalam beberapa minit kemudian,aku terasa lapar dan dahaga.

"Hany,kau lapar tak?" Aku bertanya pada Hany.

"Lapar la jugak.Kau nak beli ke?" Hany berkata.Aku mengangguk.

"Aku pergi beli kejap.Kita kongsi je la ek,sebab nampak macam banyak.Kau tunggu je sini jaga tempat aku.Aku pergi jap" Aku berkata lalu bangun dari tempat duduk ku.Disebabkan aku duduk di bahagian hujung,jadi mudah untuk aku keluar.Izhan turut bangun untuk membeli makanan.Dia datang ke arahku...

"Sya" Izhan memanggil ku.Aku menoleh dan tersenyum kepadanya.

"Eh Iz.Kenapa tu?" Aku bertanya.

"Sya nak beli makanan ke? Biar Iz belikan untuk Sya.Kesian pulak kat Sya nanti, lama berdiri" Kata Izhan perlahan.Haaaaa sejak daripada hari yang aku confess tu terus kami tak panggil (aku,kau).Kami hanya panggil menggunakan nama.

"Eh takpelah Iz, Sya boleh je ni beli sendiri" Kata ku perlahan.Malu la kalau dia yang belikan.

"Takpe Sya,Iz belikan ya.Sya nak apa?" Izhan berkata sambil tersenyum ke arahku.

Aku terpaku melihatnya...






-Haaaa korang blushing ke tuwwww-

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now