✯𝘽𝘼𝘽 34✯

80 5 1
                                    

"Sebenarnya...Abang Izhan yang bagi surat tu" Jujur Syasya.Aku terkejut tak terkata.

"K-kau...gurau...je en" Kata ku gagap.Tak mungkin,selama ni Izhan ambil berat mengenai aku.

"Aku tak gurau kak.Aku serius.Dia yang minta aku bagi pada kau surat tu.Waktu kau dengan abang Syahmir,aku rasa kesian pada abang Izhan" Kata Syasya.Aku masih terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Why? Why baru sekarang kau jujur dengan aku?" Aku bertanya.

"Sebab abang Izhan suruh aku simpan rahsia ni tapi sampai bila aku nak biar dia sahaja yang beria" Syasya meluah.

"Aku.....suka dia" Jujur ku perlahan.

"W-what? Kau serius ke kak? Kau tak main-main kan?" Syasya terkejut dan terus bertanya kepada ku.Aku hanya mengangguk.

"Dia tau?" Syasya bertanya.Aku hanya menggelengkan kepala ku.

"Aku tak tahu nak jujur macam mana.Aku segan.Aku malu.Dia kawan sekelas aku, tiba-tiba aku ada perasaan pada dia" Luah ku.

"Kak,kau jujur la pada dia.Nanti dia salah faham pulak.Aku kesian kat dia,dia lihat kebahagiaan kau dengan abang Syahmir sebelum ni" Kata nya.Aku mengeluh.

"In Shaa Allah esok aku jumpa dia dan aku akan jujur pada dia.Okay lah,aku nak tidur.Kau pergi la bilik kau" Kata ku dan terus pergi ke katil.Syasya mengangguk dan terus keluar dari bilik ku.Aku tutup lampu dan melelapkan mata...

*Keesokan paginya...di sekolah*

Aku pergi ke sekolah seperti biasa bersama Hany.Sampai sahaja di kelas,Dani termenung di tempat duduknya.Aku terus pergi ke arahnya.Hany mengikuti ku.

"Aku minta maaf tentang semalam" Kata ku sekilas.Dani memandang ke arahku.

"Aku tak marahkan kau tapi kenapa kau mengamuk pada aku semalam? Aku nak tahu sebabnya" Kata Dani.

"Kau dengan Afira ada hubungan kan?" Kata ku.Dani terkejut dan terdiam.

"Sebab itu,aku marah pada kau.Syahmir tu kawan pada kau.Kau patut jaga hati dan perasaan dia" Sambung ku lagi.

"Aku... tau salah aku...tapi aku sayang Afira...Aku harap kau faham" Kata Dani perlahan.Aku mengeluh.

"Aku tak nak masuk campur tapi tolong bincang baik-baik dengan Syahmir" Kata ku.Dani mengangguk.Aku dan Hany terus pergi ke tempat duduk kami.Baru sahaja hendak duduk,aku lihat Izhan dan Hazim masuk ke dalam kelas.Aku baru sahaja nak bergerak ke arah mereka tetapi...

"Wei,kau nak pergi mana pulak ni?" Hany menghalang ku.

"Oh,aku nak jumpa Izhan sekejap"  Kata ku perlahan.Hany memandang pelik ke arahku.

"Izhan? Aku tak salah dengar kan?" Tanya Hany.Aku mengangguk dan pergi ke arah Izhan.Izhan dan Hazim terus memandang ku.

"Haz,aku nak cakap dengan Izhan sekejap boleh?" Tanya ku.Hazim mengangguk dan pergi dari situ.Izhan memandang pelik kepada ku.

"K-kenapa? Aku ada buat salah ke?" Tanya Izhan seperti takut-takut.

"Tak de la.Aku nak jujur something dengan kau" Kata ku perlahan.Izhan lihat ke arahku.

"J-jujur...apa...tu?" Izhan terus gagap kerana risau mungkin apa yang aku kata kan akan menyakiti hatinya tapi sebenarnya tidak.

"Tapi sebelum tu...jujur dengan aku,kau ke yang upah adik aku untuk bagi surat-surat tu?" Aku bertanya.Aku lihat riak wajahnya terkejut.

"A-aku minta maaf kalau kau rimas,kau tak suka,kau..." Belum sempat dia habis berkata,aku terus memotong percakapannya.

"A-aku suka" Jujur ku perlahan.Izhan terdiam dan melihat ke arah ku.

"A-aku...suka...kau... Izhan Arasyah..."



-Author minta maaf atas update yang terlalu lambat.Author harap korang masih berminat untuk membaca story ni.Tenkiuuu-

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now