✯𝘽𝘼𝘽 13✯

108 6 0
                                    

"Semua murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Kemungkinan kumpulan ada banyak sebab cikgu hanya mahu ada 4 orang sahaja dalam satu kumpulan" Kata guru yang melancarkan aktiviti itu.

"Lah 4 orang je.Tak syok la sikit je" Kata ku.

"Tu la tu" Hany menyokong ku.

"Kumpulan telah ditetapkan oleh cikgu ya.Jadi tiada penolakan" Kata guru itu lagi.

"Alaa mesti aku tak dengan kau Sya" Hany merungut.

"Cis,kenapa tak kita je pilih" Aku berkata.

"Tu la hm" Hany menjawab.

"Maaf,cikgu lupa untuk perkenalkan diri dahulu.Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Siti.Kelas 3K mungkin kenal saya kerana saya mengajar mereka" Kata cikgu Siti itu lagi.

"Patutlah kita tak kenal" Kata ku.

"Setiap ketua kelas sila berjumpa dengan saya untuk tahu pengagihan kumpulan" Kata cikgu Siti.

Aku nampak Dani sudah pergi ke arah cikgu tu.Dia balik kearah kami dengan sehelai kertas.

"Wei Dani,aku kumpulan dengan siapa?" Tanya ku.

"Jap aku check " Kata Dani sambil melihat kearah kertas yang dia pegang.

"Kau dengan Izhan.Kumpulan 7" Kata Dani.

What??? Mamat tiang tu (bisik hatiku).

Aku terus pandang kearah Iz.Dia pun pandang kearah ku.

Lama...

"Korang main lawan mata ke ape" Kata Dani.

Kami terus pandang kearah lain.

"Alaaa Hany,aku nak dengan kau" Kata ku dengan nada sedih.

"Takpelah,cikgu dah tetapkan.Pergi la dekat Izhan.Aku dengan sape Dani?" Tanya Hany pula.

Aku pun nak tau jugak hehehe.

"Hany dengan Hazim.Kumpulan 3" Jawab Dani.

Aku nampak Hazim tersenyum gembira.

Dia suka kawan baik aku ni ke ( bisik hatiku).

"Dah tahu kumpulan sila beratur ya mengikut nombor yang ditetapkan" Kata Cikgu Siti.

"Aku pergi dulu ya Hany.Bye" Aku terus pergi ke arah Iz yang sedang beratur.

Kenapa aku rasa canggung tiba-tiba ni (bisik hatiku).

"Iz" Panggil ku.

"Hm nape" Jawab Iz.

Dia macam tak okay je ni (bisik hatiku).

"Kau okay tak ni?" Tanya ku.

Dia pusing ke arah ku sambil tersenyum.

"Okay je" Jawabnya.

Aku tergamam dengan senyumannya.Kami berpandangan seketika...

"Hai Syah"

Kami terus pandang kearah yang menegur kami.

Lah perempuan gedik ni lagi (bisik hatiku).

Siapa lagi kalau bukan si Rin tu.

Aku nampak Iz hanya buat tak endah sahaja apabila Rin menegurnya.

"Wei Iz,dia tegur tu" Aku berbisik pada Iz.

"Tak perlu layan perempuan tu" Kata Iz dengan nada malas.

Ish ikut kau la mamat tiang (bisik hatiku).

"Aryssa!!!"

Aku dengar seseorang memanggil ku.Aku pandang ke arah suara itu.Iz dan Rin juga turut pandang.

"Mir?" Aku nampak Mir sedang berjalan kearah ku.

"Awak kumpulan 7?" Tanya Mir kepadaku.

"Haa.Awak kumpulan berapa?" Tanya ku pula.

"Eh kita sama la dengan Rin sekali.Lagi seorang dari kelas Aryssa siapa?"

yayyyy satu kumpulan dengan crush.

"Izhan satu kumpulan dengan kita" Jawabku.

"Yes,kita memang berjodoh kan Syah" Tanya Rin gembira.

Sampai bab jodoh pulak minah ni (bisik hatiku).

Aku nampak Iz tidak mahu layan Rin.Kenapa ek???

"Dah jom beratur" Mir mengajak kami untuk beratur.

Kami terus beratur.

*Aktiviti berjalan seperti biasa*

(POV IZ)

Sepanjang aktiviti dijalankan, Syana dan Syahmir sentiasa melakukan aktiviti sama-sama.

Haih cemburu tapi siapa la aku ni (bisik hatiku).

"Syah" Seseorang memanggil ku.

"Ha kau nak apa lagi Rin" Jawabku dengan nada malas.

"Tengok Syana dengan Syahmir tu comel kan macam kita" Kata Rin teruja.

"Sejak bila kita ada apa-apa.Jangan kacau aku la.Blah" Kata ku tegas.

Rin terus pergi dari situ.Aku melihat Syana yang riang gembira melakukan aktiviti itu bersama Syahmir.

Pretty smile (bisik hatiku).

Dalam tidak sedar Rin sedang melihatku yang sedang tersenyum memandang kearah Syana.

Dia minat perempuan tu ke (bisik hati Rin).

(END POV IZ)

*Selesai melakukan semua aktiviti*

"Semua pelajar boleh masuk ke kelas masing-masing untuk berehat.Ketua dan penolong diminta untuk menjaga kelas.Cikgu-cikgu akan ke dewan makan untuk menjamu selera" Kata cikgu Siti.

Semua pelajar pergi ke kelas masing-masing.

"Aryssa" Aku toleh kebelakang.

Aku nampak Mir jalan kearah ku.

"Ye Mir?" Tanya ku.

"Seronok kan aktiviti tadi" Tanya Mir dengan nada gembira.

"Alhamdulillah seronok" Jawabku.

"Seronok sebab kita satu kumpulan?" Tanya Mir lagi.

"Hehehe mungkin.Tak sangka kita satu kumpulan" Aku malu.

"Tu la tak sangka.By the way..." Mir diam seketika.

"Ye?" Tanya ku.

Kenapa Mir ni (bisik hatiku).

"IA" Jawab Mir dengan wajah tertunduk.

Wait!!! IA??? Kertas tu (bisik hatiku).

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now