✯𝘽𝘼𝘽 38✯

82 4 0
                                    

"Urmmm...Harini hari last Sya kat sini" Kata ku perlahan.Semua terkejut mendengarnya.

"Sya tak kelakar tau joke ni" Kata Hany sambil tertawa.

"Aku tak bergurau,esok aku pindah Johor" Kata ku.

"Tapi kenapa Sya? Macam tiba-tiba je" Kata Izhan perlahan.

"Ayah dapat kerja kat sana.Jadi,Sya perlu tinggal sana" Kata ku perlahan.Aku tidak mampu tahan tangisan.Hany terus memeluk ku.

"Sya,kalau macam tu,kita tak boleh buat apa dah.Kau perlu ikut family kau" Hany melepaskan pelukannya.Aku pandang ke arahnya.

"Sya jangan lawan cakap ibu ayah tau.Ikut apa keputusan mereka.Ingat pesanan Iz ni tau,jaga kesihatan,jaga diri,jaga mata,jaga hati.Iz harap Sya tak gantikan Iz dengan orang lain bila di sana nanti" Kata Iz.

"Iz tak,Sya takkan ganti Iz.Mungkin ni cara untuk kita berjauhan buat masa ni.Mungkin kita perlu lebih fokus dengan belajar tapi In Shaa Allah sepanjang kita berjauhan Sya akan jaga diri Sya dari mana-mana lelaki lain" Kata ku sambil tersenyum kelat.Izhan turut tersenyum.

"Iz percayakan Sya.In Shaa Allah kita berjumpa suatu hari nanti.Iz janji akan jaga hati Sya buat selamanya.Sya tunggu Iz berjaya ya" Kata Iz.Aku tersenyum dan mengangguk.

"Haih drama Korea ke ni?" Hazim mengusik kami.Izhan memukul lengannya.

"Ish kau ni,dia nak pindah tau.Takkan nak happy pulak" Kata Izhan dengan nada geram.Aku tergelak kecil.

"Eleh dia ni Sya sekarang nampak la cool,balik nanti confirm nangis kat bucu katil HAHAHA "Kata Hazim sambil tergelak.Aku dan Hany tergelak.Izhan memandang tajam ke arah Hazim.

"Kau tu bila nak jujur yang kau suka Hany ha?" Kata Izhan secara tiba-tiba.Aku dan Hany terkejut.

"K-kau merepek apa ha?" Gagap Hazim.

"Jujur je la bro,sampai bila nak tipu nya" Kata Izhan lagi.

"Kau suka aku ke Haz?" Tanya Hany.

"Haa,kenapa tak boleh ke? Kalau tak boleh takpe " Kata Hazim seperti merajuk.

"Aku tak kata pun tak boleh" Kata Hany sambil malu-malu.Aku tersenyum melihat mereka.

"So official korang sebenarnya suka sama suka tapi tak nak mengaku" Kata Izhan.Aku mengangguk dan bersetuju.

"Ha ye ye,dah jom duduk.Nanti cikgu sampai,cikgu fikir bukan-bukan pulak" Semua mengangguk dan duduk di tempat masing-masing.

Hany dan Hazim tersengih-sengih memandang sesama sendiri.Aku termenung ke arah luar tingkap.Izhan memandang ku dalam diam.Aku masih tidak boleh menerima dengan keputusan untuk pindah sekolah tu tetapi aku tidak boleh membantah.

*Sewaktu balik...*

"So harini hari last la kau sekolah sini?" Tanya Hazim setelah kami berempat keluar dari kelas.Aku mengangguk.

"Maaf la kami takde buah tangan nak bagi" Kata Hazim lagi.

"Eh takpe, susah-susah je" Kata ku perlahan.

"Sya gerak pukul berapa esok?" Izhan bertanya.

"Tak awal pun.Mungkin 8 pagi macam tu" Kata ku.

"Esok Iz datang rumah ya? Iz boleh tolong angkat barang " Kata Izhan.

"Eh takpelah,tak nak susahkan Iz" Kata ku.

"Takpe Sya.Aku dengan Haz pun datang esok,nak tolong tolong" Kata Hany pula.

"Betul ke?" Tanya ku.Mereka bertiga mengangguk.Aku tersenyum.

"Terima kasih korang " Kata ku.Mereka mengangguk dan terus balik ke rumah masing-masing.

*Waktu malam....Di rumah...*

Kami sekeluarga sibuk mengemas barang untuk berpindah esok.Aku bersendirian di dalam bilik untuk mengemas barang ku.Tiba-tiba aku terjumpa surat-surat yang Izhan beri kepada ku.Aku baca semula semua surat-surat itu sambil tersenyum.

Tiba-tiba adikku Syasya masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.Aku memandang tajam ke arahnya.

"Salam mana salam,tangan takde ke untuk ketuk pintu dulu ha?" Kata ku dengan nada geram.Syasya tersengih dan datang ke arahku.

"Alaaa kak sorry laaa.Asyik marah je,nanti tua baru tau" Syasya memujuk ku.Aku menjeling nya dan sambung mengemas.

"Kau nak apa?" Tanya ku sambil mengemas.

"Aku bosan la,tu aku datang sini nak kacau kau kak" Kata Syasya sambil tersengih-sengih.

"Kau dah siap kemas belum?" Tanya ku.Dia mengangguk.

"Barang aku sikit je,bukan macam kau kak.Dengan novel banyak-banyak buat apa?" Bebel Syasya.

"At least dapat menambah ilmu juga sebab membaca dari kau tu pergi dengar lagu yang lagho lagho tu berfaedah ke? Tak kan?" Aku memerli nya.Syasya membuat muka tidak puas hati.

"Biar la" Dia terus keluar dari bilik ku.Aku hanya menggelengkan kepala dan sambung mengemas sehingga selesai.Setelah selesai aku melihat telefon pintar ku.Tiada pesanan dari Izhan pun.Cuma Hany yang memberi pesanan untuk datang menolong ku esok.Aku membalas pesanan Hany dan terus melelapkan mata.Pada masa yang sama,Izhan masih termenung di dalam biliknya memikirkan mengenai Syana.Dia tidak mahu mengganggu Syana semasa mengemas.

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now