✯𝘽𝘼𝘽 23✯

79 4 0
                                    

Sampai di ruang tamu,aku terkejut.

Izhan dengan Hazim pun ada???? (jerit ku di dalam hati).

"Ha kak long, mari duduk sini.Kawan-kawan kak long datang melawat ni ha" Tegur ibuku setelah melihatku.

"Errr susah-susah je korang datang" Kata ku perlahan.

Aku malu sebenarnya.Dah besar pun ade yang nak melawat huhu.

"Tak susah pun la Ana" Kata Haz.

"Betul betul betul" Kata Hany pula.

Aku lihat kearah Izhan.Dia hanya senyap dan pandang ke arahku sekilas.

"Kak long borak-borak la dengan kawan-kawan kak long.Ibu nak sambung memasak jap" Kata ibu lantas bangun.

"Eh ibu,biar kak long tolong la" Cepat-cepat aku mengelak.

"Jangan nak mengade,kak long tak sihat.Pergi borak dengan mereka" Kata ibu lalu berlalu pergi.

Aku terus termenung.Semua hanya diam.Mungkin tak tahu nak cakap ape.

"Sya okay?" Tanya Izhan secara tiba-tiba.

"Ha? Ape?" Aku tak berapa dengar.

Tiba-tiba Haz dan Hany gelakkan aku.Aku terus membuat muka cemberut.

"Cis tak kelakar la" Aku berkata dengan nada geram.

Tiba-tiba aku dengar Izhan tertawa.

Masyaallah kenapa aku suka bila tengok dia happy ya (bisik hatiku).

"Beb,dia tanya kau okay ke?" Hany berkata.

"Ouh okay alhamdulillah" Jawabku perlahan.

Izhan hanya senyum kearah ku.

Aku terpukau? Maybe ehem.

Selesai berborak sakan,ibu mengajak kami makan bersama.Semasa makan,banyak Izhan berborak bersama ibu ku.Macam-macam la juga pasal aku dia tanya tapi aku diam je.

Haz pulak berborak dengan Hany.Ade la tu something tu.

Selesai makan...

"Okaylah Syana, kami dah nak balik ni.Esok kau datang sekolah kan?" Tanya Hany.

"In Shaa Allah datang" Kata ku sambil tersenyum.

"Banyakkan berehat Sya" Kata Izhan.

Aku hanya mengangguk.Mereka terus pulang.Aku pula terus masuk ke bilik.Aku dah cakap kat ibu nak berehat.

Aku termenung di dalam bilik sambil melihat surat-surat yang aku pernah dapat sebelum ni.

"Lelaki tu ke bagi? Patut ke aku buang?" Kata ku perlahan.

"Kak jangan" Tiba-tiba Syasya menghalang ku dari membuang surat itu.

"Cis kenapa? Kau tau dia dah sakitkan hati aku.Buat ape lagi aku nak simpan" Kata ku dengan nada tegas.

"Kau ingat lelaki tak guna tu ke bagi kak?" Tanya Syasya.

"Habis tu siapa lagi kalau bukan si Mir tu" Kata ku.

"Kak jangan buang.Bukan dari dia pun.Aku tau sebab orang yang bagi kat aku kertas ni bukan Mir" Syasya memujuk ku.

"What? H-habistu?" Tanya ku.

"Aku tak boleh bagitahu kau kak tapi memang bukan Mir,so jangan la buang" Pujuknya lagi.

"Okay aku tak buang" Kata ku perlahan.

"Okaylah kak,baik kau rehat.Tak perlu fikir tentang lelaki tak guna tu" Kata Syasya.

Aku hanya mengangguk.Syasya terus beredar dari bilik ku.Aku merenung kembali surat itu.

Siapa kau? Kenapa kau terlalu baik? (bisik hatiku).

*Keesokan paginya...di sekolah*

"Hai Ana.Demam dah okay?" Tanya Dani.

Masuk-masuk kelas je dah kene terjah.Ape punya ketua kelas la dia ni.

"Okay Alhamdulillah" Kata ku lalu terus pergi ke tempat duduk ku.

Sempat pulak saling berpandangan dengan Izhan.Aku terus mengalihkan pandangan.

Haih kenapa dengan aku ni Ya Allah (bisik hatiku).

"Ish kau ni,Syana baru sihat.Jangan kacau dia" Kata Hany pada Dani.

Aku tanya je pun (bisik hati Dani).

Dani terus keluar dari kelas untuk mencari cikgu sains.Beberapa minit kemudian,Dani masuk ke kelas semula.

"Cikgu-cikgu ada mesyuarat,jadi korang jangan buat hal.Aku dan Syana akan jaga kelas" Kata Dani dengan nada tegas.

Ketua mesti la perlu tegas.

"Dani aku nak pergi tandas kejap boleh?" Tanya ku.

"Ha pergi la" Jawab Dani.

Aku hanya mengangguk.Baru sahaja nak pergi...

"Kau tak nak aku ikut?" Tanya Hany.

"Eh takpelah,aku pergi sorang" Kata ku.

Hany mengangguk.

Aku terus keluar dari kelas untuk pergi ke tandas.Baru nak lalu kelas 3K,aku bertembung dengan bala.

Bala? Semestinya la Syahmir dan Afira.

Aku jeling ke arah mereka dan beredar terus dari situ.

Why Mir why? Mir kata Mir kawan je dengan dia (bisik hatiku)

Sambil berjalan,aku hanya mampu menahan air mata dari keluar.Sampai saja di tandas,aku terus menangis.

Ya Allah aku tak kuat Ya Allah.Aku tahu ape aku buat selama ni salah Ya Allah.Ampunkanlah aku Ya Allah( bisik hatiku)

Selesai menenangkan diri aku balik ke kelas.

"Aryssa" Seseorang menegurku.

Aku pusing kebelakang dan nampak Mir  sedang berdiri di belakangku.Aku malas nak layan,aku terus pergi.

"Aryssa tunggu" Mir menghalang ku dari terus berjalan.

"Tepi Mir" Kata ku sekilas.

"Mir nak minta maaf.Mir ikhlas sayang Aryssa" Kata Mir perlahan.

"Ikhlas? Mulut kata lain,hati kata lain" Kata ku sinis.

"Tapi Aryssa..." Tak sempat Mir habiskan ayatnya.

"Sya"

Aku nampak Izhan menegurku.

Ni peluang aku untuk elak dari bercakap dengan mamat tak guna ni (bisik hatiku)

"Iz,mesti lama kau tunggu aku kan.Jom kita masuk kelas" Kata ku dengan nada gembira sambil tersenyum lebar.

Masyaallah,ape yang dia cuba buat ni (bisik hati Iz).

Iz dah blushing dalam diam.

"Tapi Mir tak habis cakap lagi" Kata Mir tiba-tiba.

"Takde ape yang nak dikatakan lagi.Jom Iz" Kata ku lalu berlalu pergi.

Iz pandang kearah Mir sekilas dan terus mengikut langkah ku.

Mereka ada apa-apa ke (bisik hati Mir)

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now