✯𝘽𝘼𝘽 30✯

116 3 0
                                    

(SAMBUNGAN POV IZ)

"Apa yang korang cakap kat Syana ha?" Marah ku lalu memukul meja yang berada di situ.Mereka terkejut dan terdiam.

"Apa Syah ni, tiba-tiba datang nak marah-marah.Cuba sabar" Kata Sarah dengan perlahan.

"Sabar kau kata? Aku dah cukup sabar dengan perangai macam korang ni.Apa yang korang cakap dekat Syana ha sampai dia menjauh dari aku" Marah ku.

"HAHAHA kenapa? Takut dia tak terima Syah ke?" Kata Rin sambil tertawa sinis.

"Eh kau jangan cabar kesabaran aku ya Rin.Korang cemburu dengan Syana kan sebab aku suka Syana bukan korang" Kata ku dengan nada tegas.

Dalam tidak sedar...

"I-iz suka S-sya?"

Aku,Rin dan Sarah terkejut melihat Syana berada di belakang kami.

D-dia dengar k-ke? (bisik hati Iz)

"Iz, Sya tanya ni.Betul ke ape aku dengar?" Syana bertanya.

Semua terdiam,Rin dan Sarah tidak berpuas hati setelah kantoi.Mereka berdua terus beredar dari situ dan meninggalkan kami berdua.

(END POV IZ)

"Izhan Arasyah,aku tanya ni.Jawab la" Marah ku.

"Ye,betul.Aku suka kau,lama dah.Cuma aku tak mahu jujur" Kata Iz perlahan.

Aku terkejut.K-kenapa aku tak pernah perasan selama ni.Dia bantu aku,dia gembirakan aku sebab dia suka aku?

"Aku minta maaf" Kata nya lagi dengan nada sedih.

Aku pandang ke arahnya.

"K-kenapa?" Tanya ku dengan teragak-agak.

"Aku minta maaf sebab ada perasaan pada kau.Aku tahu kau masih suka pada Syahmir.Maafkan aku Syana" Katanya lalu berlalu pergi.

"Izhan..." Tak sempat aku untuk menghalangnya dari pergi.

Ya Allah,kenapa aku rasa bersalah (bisik hatiku).

Aku terus mengejar Izhan.Aku nak jujur pada dia bahawa aku dah tiada apa-apa perasaan pada Syahmir tapi mengapa hati aku nak sangat dia tahu...

"Izhan tunggu" Aku melintasi ke hadapannya.

"Syana,aku..." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya.

"Izhan,aku dah tawar hati dengan Syahmir" Kata ku sekilas.

Dia melihat kearah ku dengan riak wajah yang terkejut.

"K-kau serius?" Tanya Iz.

Aku mengangguk perlahan.

"Syana" Iz memanggil ku perlahan.

Ya Allah kenapa dia panggil aku macam tu.Tak rilek jantung aku macam ni (bisik hatiku).

"H-ha k-kenapa?" Tanya ku gagap.

"Apa yang Sarah dengan Rin cakap pada kau sampai kau menjauh dari aku.Aku tak boleh kalau kau macam ni,aku rasa lain.Kita dah berkawan dengan baik tapi tiba-tiba kau menjauh dari aku,kenapa Syana?" Kata Iz dengan nada sedih.

"Mereka kata kau hampir tampar Rin sebab Rin beria" Terang ku.

"What? Habistu kau percaya?" Tanya Iz.Dia tengah menahan marah.

"A-ku percaya..sebab haritu kau..hampir tumbuk Mir" Kata ku gagap.

"Astaghfirullahalazim Syana.Aku hampir tumbuk Mir sebab kau" Kata Iz.

W-what sebab aku (bisik hatiku).

"Aku tak boleh bila dia sakitkan hati kau sebab aku rasa hati aku sakit bila tengok kau sedih dan aku benci kalau lelaki berkasar dengan perempuan.Yes,aku rimas dengan Rin sebab dia beria walaupun aku dah cakap aku dah ada seseorang tapi aku tahan diri aku untuk tak berkasar dengan dia" Terang Iz.

Aku terdiam.Dia sangat baik...

"Izhan..." Panggil ku.

"Y-ye" Gagap Iz.

"Aku minta maaf sebab percayakan mereka.Aku tak sangka mereka tipu aku" Kata ku perlahan.

"Tidak mengapa la,aku faham.Yang penting kau perlu percayakan aku.Janji?" Kata Iz sambil tersenyum.

Tanpa aku sedar aku turut tersenyum.

"Janji" Kata ku sambil mengangguk.

"Ehem ehem" Seseorang menegur kami.

Apabila kami melihat kebelakang, terdapat Hany dan Haz sedang tersenyum mengusik.

Cis malunyaaaaa (jerit ku di dalam hati).

"Eh Hany...jom la...err kita nak buat kerja sekolah kan kan" Aku cuba mengelak.

"Well kau dah tahu kan seseorang tu dah lama ada perasaan pada kau" bisik Hany pada aku.

Merah muka ku apabila mendengarnya.

"Cis kau ni dah la jom" Aku menarik tangan Hany untuk pergi dari situ.

"Cieeeee ape cite bro" Haz mengusik Iz.

"Dia dah tahu" Kata Iz sekilas.

"Kau serius la?" Haz terkejut.

Iz mengangguk.

"Habistu macam mana? Dia okay tak? Dia terima tak?" Haz tidak sabar dengan jawapan dari aku.

"Cis kau ni rilek boleh tak.Dia okay je.Nak kata accept tu,tak kot.Aku rasa dia lebih prefer berkawan tapi takpe aku okay janji dia tak berjauh dari aku macam sebelum ni" Kata Iz panjang lebar.

"Ha apa cita yang dia menjauh dari kau?" Tanya Haz.

"Haaa thanks bro ingatkan.Jom ikut aku" Iz mengajak Haz untuk pergi ke suatu tempat.

"Eh kau nak pi mana?" Haz gelabah.

Izhan hanya diam dan menuju ke kelas 3K.Sampai sahaja di kelas 3K,mereka tidak terus masuk kerana bertembung dengan Syahmir...

"Izhan,kau buat apa kat sini?" Syahmir bertanya.

"Kau tolong panggil Rin dengan Sarah boleh? Aku nak jumpa mereka" Kata Iz sekilas.Dia malas nak panjangkan cerita.

Syahmir mengangguk dan terus masuk ke kelas 3K untuk memanggil mereka.

"Kau dan Syahmir dah okay ke?" Tanya Haz.

"Okay je la kot" Kata Iz sekilas.

Beberapa minit kemudian Rin dan Sarah keluar dari kelas bersama Syahmir.

"Thanks bro" Ucap Iz pada Mir.

Syahmir hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"K-kenapa ni Syah nak jumpa kami?" Tanya Sarah dengan gagap.

"Best tabur fitnah?" Tanya Iz dengan sinis.

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now