✯𝘽𝘼𝘽 7✯

157 5 0
                                    

"Aduhhh sakitnya kepala aku.Ni badan ke tiang" Aku mendongak dan terkejut...

"Syah???" Dengan muka terkejutnya.Harap-harap takde siapa nampak la.Aku lupa yang aku dengar perbualan mereka tadi,tak tahu pula lelaki ni masih kat sini.

"Lah cik adik ke yang panggil aku tiang" Dia berkata sambil menahan gelak.

"Eh kau,jangan panggil aku cik adik la.Aku bukan adik kau pun" Kataku sambil membuat muka menyampah.

"Kau pun jangan panggil aku Syah.Panggil aku Iz.Izhan Arasyah" Katanya sambil buat muka macho.

Mir lagi hensem la (bisik hatiku)

"Sama je.Dua-dua nama kau" Aku tak berpuas hati.

Sebab Iz hanya orang special saja boleh panggil (bisik hati Iz) Dia tersenyum.

"Kau tersenyum-senyum dah kenapa" Geram dah aku dengan dia ni.

"Takde apa.Dapat bunga nampak" Katanya sambil senyum mengusik.

"Dah la,aku nak masuk kelas.Bye" Kataku lalu pergi ke kelas.

Mana dia dapat bunga tu agaknya (bisik hati Iz)

*Di kelas...*

Aku duduk di tempat duduk ku dan meletakkan bunga yang di beri Mir ke bawah meja.

"Sya,kau okay?" Hany perasan aku termenung.

"Ha? Oh,aku okay je" Aku kurang beri tumpuan apa yang dia cakap tadi.

"Betul ke Mir yang nak jumpa kau tadi?" Tanya Hany.

"Haa.Dia kata nak bagi hadiah,dia bagi tu" Kataku sambil menunjuk ke arah bunga di bawah meja.

"Serius lah bunga? Korang couple ke?" Tanya Hany secara berbisik.

"Ish kau ni.Mana ada couple.Aku je suka dia,dia tak suka aku pun" Aku membuat muka sedih.

"Kalau dia tak suka kenapa dia bagi,ha?" Hany bertanya.

"Dia kata sebab saje,dah kenal" Jawab ku.

"Aku dah tercrush kat dia Hany tapi dia tak suka aku" Sambung ku lagi sambil mencebik.

"Senang macam ni.Kau kan kalau suka sesiapa kau akan bagitau.Macam confess gitu.Try la jujur kat dia" Hany memberi cadangan.

"Aku takut aku bertepuk sebelah tangan " Kata ku perlahan.

"Cuba dulu,nanti baru tahu.Okay?" Hany cuba memujuk ku.

"Okay" Kataku sambil tersenyum kelat.

(POV IZ)

"Woi,Syah.Kau jumpa dengan Ana ekkk" Haz mengusik ku.

"Dia terlanggar aku tadi" Jawabku dengan tenang.

"Oh.Kau nak tau tak,dia tu ada boyfriend" Haz mula membuka cerita.

Iz terkejut.

"Boyfriend?" Kataku dengan tenang walaupun hati sedikit kecewa.

"Tadi aku lalu dekat pusat sumber.Aku nampak sorang lelaki bagi bunga dekat dia.Nampak mesra je.Aku tak perasan pulak muka laki tu" Terang Haz.

"Oh" Itu sahaja yang aku jawab.

Aku salah pilih orang lagi ke Ya Allah (bisik hatiku)

"Kau okay tak?" Haz bertanya.

"Okay,dah jom balik kelas" Kataku sambil tersenyum kelat lalu pergi ke kelas.

(END POV IZ)

*Ketika malam di rumah...*

"Haih penatnya.Alhamdulillah siap jugak kerja sekolah" Kata ku dengan nada penat.

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now