✯𝘽𝘼𝘽 20✯

107 4 0
                                    

"Hati aku... sakit "

"Sya, istighfar okay.Kau perlu kuat" Kata Hany sambil tersenyum.

Aku tersenyum kelat.Aku mengelap sisa air mata dan kembali termenung.Hany hanya pandang ke arahku dengan pandangan sayu.

"Nah,minum air ni.Aku nak bercakap dengan Hany kejap" Aku nampak Iz memberi aku sebotol air.

Aku terus mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.

Aku nampak Hany dan Iz sedang berborak jauh dariku.Aku malas hendak masuk campur.Aku hanya pandang kearah padang.

"Apa yang jadi sampai Sya menangis teruk ni?" Kata Hany dengan nada geram.

"Sebenarnya..." Iz cerita dari A to Z apa yang berlaku.

"Memang jantan tak guna!!!" Aku dengar Hany mengamuk.Aku tau sebab apa,jadi aku tidak kesah.

"Kau jangan terlalu ikut emosi kau.Tolong jaga Sya untuk aku" Kata Iz.

"Aku tau kau suka dia dan kau orang yang bagi adik Sya surat kan?" Kata Hany.

Iz terkejut.

"Macam...mana...kau..." Tak sempat Iz menghabiskan ayatnya.

"Aku dengar perbualan kau dengan Haz dan aku nampak kau jumpa Syasya setiap kali waktu balik" kata Hani.

"Tolong...jangan bagitahu dia...tolong rahsiakan perasaan sebenar aku" Iz merayu.

"Aku janji tapi macam mana dengan Sya? Mana tahu kau mampu ubat hati dia" Kata Hani.

Iz pandang kearah ku sekilas.

"Dah la tu,dah lewat ni.Bawa Sya balik.Nanti mak ayah dia risau.Aku pergi dulu.Bye" Tak sempat Hani nak kata apa-apa dia dah bla.

Hani datang ke arahku.

"Sya..." Panggil Hani perlahan.

"y-ye" Jawabku perlahan.

Aku masih tiada mood sebenarnya.

"Jom balik,dah lewat ni.Nanti mak ayah kau risau pulak" Kata Hani prihatin.

Aku senyum kelat dan mengangguk perlahan.

Aku dan Hani terus pulang kerumah.

*Sampai di rumah...*

Aku terus masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.Aku terus menangis.

Ayah yang perasan akan perubahan tingkahlaku aku,terus bertanya kepada adikku Syasya.

"Kakak kenapa tu?" Tanya ayahku.

"Entahlah yah.Tadi kat sekolah nampak okay je.Mungkin stress kot banyak kerja sekolah" Kata Syasya.

Ayah hanya mengangguk.

Sebenarnya Syasya tahu apa yang berlaku kerana dia terserempak dengan Izhan sebelum balik.

[Syasya balik asing ya dengan kakaknya sebab kakak dia selalu balik lambat]

Aku menangis di dalam bilik sehingga tertidur.

*Waktu malam...*

Syasya pergi ke bilik ku.Dia risau sebab dah malam tapi kakaknya masih tidak keluar bilik.Ayahnya menyuruh Syasya untuk panggil kakaknya makan malam bersama.

Tok! Tok! Tok!

Syasya mengetuk pintu bilik ku.Aku rasa diganggu terus bangun dan pergi ke arah pintu.

"Ha kau nak ape" Kata ku dengan nada malas.

Syasya terkejut melihat ku dengan pakaian sekolah yang masih dipakai,mata merah seperti menangis dan nampak tak terurus.Syasya terus masuk ke bilik ku dan menutup pintu.

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now