✯𝘽𝘼𝘽 19✯

95 4 0
                                    

"Sya tolak Fira,Mir.Sakit..."

"Eh,tak Mir.Saya tak..." Tak sempat aku nak balas,Mir dah memotong.

"APA NI ARYSSA!!!" Mir marah aku.

"Mir,saya tak.."

"TAK APA??!!" Mir menengking ku.

"Mir dengar dulu penjelasan saya" Air mata aku dah mengalir.

"Penjelasan ape lagi.Dah jadi depan mata,APA LAGI YANG KAU NAK JELASKAN!!!"

Makin kuat aku menangis sampai tersedu-sedan.

"SYAHMIR MUKRIZ!!!!!" Aku dengar seseorang memanggil Mir dengan nada marah.

Aku pandang kearah pemanggil itu.

Izhan? Apa dia buat kat sini (bisik hatiku).

Izhan datang kearah kami.Aku nampak dia macam nak mengamuk tapi kenapa?Aku nampak Fira dah bangun dan...Mir menolongnya hm.

"Kau apasal" Tanya Iz sambil menolak bahu Mir.

"Kau boleh jangan sebok tak" Kata Mir tegas.

"Asal aku tak boleh sebok.Kau dah sakitkan hati perempuan.PEREMPUAN TAU!!!!" Tengking Iz pada Mir.

Aku masih menangis melihat Mir yang masih tidak mempercayai ku.Aku nampak Fira hanya menunduk.Aku geram.

Aku pergi kearah Fira.Mir dan Iz yang sedang berlawan kata, dihiraukan.

"Kau memang perempuan tak guna" Marahku sambil menamparnya.

Mir dan Iz terdiam.

Fira buat-buat menangis.

"Apa ni Aryssa??? Nampak kan sekarang salah kau.Kenapa nak kena tampar dia" Mir marah aku.Mir pergi kearah Fira.

"Fira okay?" Mir tanya kepada Fira dengan nada prihatin.

Hati aku hancur...

"Okay je Mir" Kata Fira sambil tersenyum kelat pada Mir.

Mir pandang ke arahku.

"Apa masalah Aryssa ni sebenarnya ha?? Mir ingat Aryssa ni baik rupanya..." Tak sempat Mir habiskan ayatnya.

Buk!!!

Iz menumbuk Mir.Aku dan Fira terkejut dengan apa yang kami lihat.Mir sudah jatuh ke lantai akibat ditumbuk oleh Iz.

Aku menghalang Iz dari terus menumbuk Mir.Walaupun aku masih menangis.

"Iz please jangan" Kata ku sambil menangis.

"Kenapa kau still nak backup lelaki tak guna macam dia Sya" Marah Iz.

Aku makin menangis.

Aku nampak Fira bantu Mir bangun.Mir pandang ke arahku.

"Tolong lupakan aku" Mir berkata dengan pandangan biasa.

Hati aku sakit...

"Mir please jangan macam ni" Aku merayu pada Mir sambil menangis.

"LUPAKAN AKU SYANA ARYSSA" Mir terus pergi dari situ dengan Fira.

Aku jatuh terduduk sambil menangis.

"Kenapa Mir buat macam ni kat Aryssa.Mir dah janji taknak tinggalkan Aryssa" Kata ku dengan nada sedih.

Air mata makin banyak turun.

Iz pandang kearah ku dengan nada sayu.Dia datang ke arahku dan bercangkung di depanku.

"Sya,kita duduk dekat bawah bumbung sana ya.Sini panas nanti kau demam" Kata Iz dengan nada prihatin.

Aku pandang kearah iz dengan mata yang berair.

"Sya teruk ke Iz.Jahat sangat ke Sya ni Iz" Aku menangis lagi.

"Hey jangan macam ni.Kita cakap kat sana ya.Jom" Perlahan saja Iz berkata.

Aku bangun perlahan-lahan dan pergi ke tempat yang selalu aku pergi untuk tenangkan diri.Aku duduk di situ.Iz turut duduk di sebelahku.Tak rapat ya.

Aku masih menangis.Aku perasan Iz pandang kearah ku dengan sayu.

"Sya tak buat Iz.Fira yang jatuh sendiri.Sya betul-betul tak buat Iz" Aku seperti ingin memberontak.

"Okay okay tenang Sya.Aku percayakan kau.Aku tau kau takkan tolak orang sesuka hati" Kata Iz perlahan.

Hati aku rasa sedikit tenang mendengarnya.

Iz hulur tisu ke arahku.

"Nah,lap air mata tu.Comot dah muka.Dah tak comel dah" Kata Iz sambil tersenyum.

Aku menjeling ke arahnya.Aku dengar dia tergelak kecil.Aku terus mengambil tisu dan mengelap air mataku.

"Thanks" Kata ku perlahan.

Aku nampak Iz mengangguk.

Aku termenung kearah padang.

Apa patut aku buat? Patut ke lupakan dia? Tapi aku ikhlas sayang dia Ya Allah (bisik hatiku)

"Kita perlu lupakan apa yang menyakitkan hati kita" Kata Iz secara tiba-tiba.

Aku pandang kearahnya.

"Hati aku sakit sangat Iz.Mir lebih percayakan perempuan lain berbanding aku" Kata ku perlahan.

"Jangan fikir dah pasal tu.Kau perlu kuat.Allah takkan menguji hambanya diluar kemampuan " Kata Iz sambil tersenyum.

Betul juga apa dia kata hm (bisik hatiku).

"Sya?" Aku nampak Hany berdiri tidak jauh dariku.

Aku terus bangun dan berlari ke arahnya.Aku terus memeluknya.

"Mir dah tak sayangkan aku Hany" Kata ku sambil menangis.

Hany gosok belakang badanku.

Iz turut datang kearah kami.

"Kau bagi dia tenang dulu baru balik.Nanti mak dia risau tengok dia macam ni" Kata Iz kepada Hany.

"Apa jadi ni?" Tanya Hany pada Iz.

"Nanti aku cerita.Kau pergi duduk sana dengan dia.Tenangkan dia.Aku nak pergi beli air untuk dia" Iz terus pergi dari situ.

Kenapa dia prihatin terhadap aku (bisik hatiku).

"Sya,kita duduk sana ya" Hany menarik tanganku untuk duduk ditempat tadi semula.

"Hey,kau tak boleh macam ni.Nanti mak kau tengok mata kau bengkak macam mana?" Kata Hany.

"Hati aku... sakit " Ngadu ku.

𝙼𝚈 𝙲𝚁𝚄𝚂𝙷,𝙼𝚈 𝙲𝙻𝙰𝚂𝚂𝙼𝙰𝚃𝙴Where stories live. Discover now