"BAK sini!" jerit Dahlia sebelum menarik-narik dompet milik Zara. Tangan Zara naik untuk mencubit bahu Dahlia. Namun, gadis itu terlebih dahulu mengelak."Tak nak!" jerit Zara.
"Bak sini!" jerit Dahlia pula.
"Tak nak! Kau kan baru balik dari Oxford! Kau rehatlah! Biar aku yang pergi!" ujar Zara sebelum menarik-narik dompetnya semula. Sudah hendak terkoyak kulit dompetnya.
"Aku tak kira!" balas Dahlia sebelum dompet itu ditarik dengan lebih kuat. Dia tersengih bangga selepas dompet tersebut berada di dalam genggamannya.
"Aku bagitau dekat mak aku! Huhu! Mak!" jerit Zara sambil menangis. Dia terus berlari meningalkan Dahlia.
Dahlia hanya menjelirkan lidahnya kepada Zara. Dia dengan cepat melangkah keluar dan menuju ke skuter Zara. Helmet itik dipakai sebelum enjin skuter tersebut dihidupkan.
Tidak sampai 30 minit, skuternya berhenti pada destinasi yang ditujunya. Dia dengan bergegas mencari si pelukis jalanan tersebut di sekitar tasik. Kelibat seorang lelaki yang sedang melukis sendirian itu terus dia hampiri.
"Um... Hello? Do you remember me?" tanya Dahlia sambil berdiri tepat di hadapannya. Haider mendongak untuk memandang si empunya suara.
"Yes" balas Haider sepatah.
"Oh... I'm Zara friend. I come here to take and pay the painting" kata Dahlia.
Tanpa berfikir panjang, Haider terus mengangguk. Sebuah lukisan yang sama besar saiznya dengan kuali itu diberikan kepada Dahlia. Kemas sahaja balutannya. Lukisannya juga cantik dan tersusun. Selepas mengambil lukisan tersebut, Dahlia terus membayarnya. Lukisan itu berharga enam belas ribu jika ditukarkan kepada ringgit Malaysia. Mahal bukan? Tapi apa yang pelik? Zara is a rich girl.
"Can I get your signature?" pinta Dahlia sambil menghulurkan sebuah topi keledar yang berwarna kuning dan mempunyai muncung seperti itik.
"I'm not that famous, you k-"
"I don't care. You're a famous painter in my eyes" Laju sahaja Dahlia memotong ayat lelaki itu. Bibirnya melontarkan senyuman yang cukup manis. Matanya mengerling ke arah topi keledarnya seperti sedang memberi isyarat.
Haider tersengih dalam diam. Dia terus mengeluarkan maker pen daripada poketnya sebelum tanda tangannya diukir cantik di atas topi keledar milik Dahlia.
Dahlia dengan cepat memandang topi keledarnya. Dia terus tersenyum bangga."If you don't mind, can I know your full name?" tanya Dahlia.
"Haider. Haider Akashah. You can call me Shah or anything else you like" jawab Haider dengan sopannya.
"So, I will call you Haider from now on. I'm Dahlia Carissa. You can call me Dahlia" balas Dahlia pula sebelum tersenyum manis. Sekali lagi, Haider jatuh dengan senyuman gadis itu.
"Carissa" ujar Haider sebelum mengangguk kepalanya. Entah kenapa dia memilih panggilan itu untuk memanggil gadis itu.
Selepas perbualan mereka yang singkat itu, Dahlia terus meninggalkannya untuk pulang ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.
"Abang! Who's that?" tanya Rachael sebelum memperbetulkan topinya.
Haider berpaling untuk memandang remaja itu. Dia memandang pakaian Rachael. Set memanah yang dipikul oleh remaja itu di belakangnya dipandang pula. Sudah dia tahu bahawa remaja itu baru sahaja pulang dari latihan memanah.
"You don't know her? She's the same girl that staring at me without blinking" balas Haider.
"Oh, that was her? I didn't recognize her" balas Rachael sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di tepi Haider.
"Of course you did not recognize her. She does not wearing that stupid heels" sindir Haider sebelum mengambil berus catnya. Muka seseorang dilukis.
ZARA memandang lukisan tersebut dengan wajah yang berpuas hati. Muka ibu dan ayahnya dilukis dengan kemas dan realistik. Tidak membazirlah apabila dia membayar kepada pelukis itu dengan harga yang tinggi. Zara dengan cepat menyembunyikan lukisan itu apabila ibunya sudah menjejakkan kaki ke ruang tamu.
Dahlia yang sedang berjalan sambil memeluk topi keledar itik dipandang pula."Wak gapo? (Buat apa?)" tanya Puan Siti sambil memandang anak daranya. Namun, Zara hanya tersengih.
Dahlia tersenyum-senyum. Dia dengan cepat menaiki tangga ke biliknya semula selepas mencuri beberapa keping keropok. Pintu bilik dikunci.
"Haider Akashah... Ya Allah! Comelnya nama dia! Cara dia senyum... Mata kelabu dia tu... Pergh!" ujar Dahlia sebelum melompat-lompat.
"Dari matamu matamu, ku mulai jatuh cinta" nyanyi Dahlia sambil mundar-mandir di dalam biliknya.
"Ku melihat-melihat ada bayangnya"
"Dari mata kau buatku jatuh. Jatuh terus jatuh ke hati..." Dahlia terus menamatkan lirik lagu yang dinyanyikan olehnya. Dia tersenyum-senyum. Jujur bahawa hatinya itu sedang berbunga-bunga.
"Hm... Ni ke cinta pandang pertama? Sekarang, tiba masa untuk aku move on daripada jantan buaya dan dayus tu! Only Haider Akashah in my heart!" jerit Dahlia sebelum melompat ke atas katil. Helmet itik itu terus dia letak di atas meja kecil yang terdapat di tepi katilnya. Eee, sukanya!
Dahlia terus merebahkan badannya di atas katil empuk miliknya. Tidak sampai beberapa saat, dia telah pun tertidur.
"What's your name, kid?" tanya seorang lelaki sambil memandang seorang budak lelaki yang beriak kosong.
Budak lelaki itu hanya diam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut. Kesan darah yang masih terdapat pada kepala budak tersebut disentuh lalu dilap.
"From now on, you're part of this family" ujar lelaki tersebut sebelum berpaling ke arah pengawal-pengawalnya. Dia memberi isyarat mata kepada pengawal tersebut.
Salah seorang pengawal tersebut dengan cepat mendukung budak lelaki itu menuju ke bilik tidur yang disediakan khas. Selepas tuan mereka meninggalkan tempat tersebut, mereka mula berbisik kepada satu sama lain.
"Aku kesian lah dengan budak tu"
"Kenapa tuan kutip dia?"
"Macam tak betul aje budak tu"
"Aku rasa, budak tu bawa sial lah"
Dahlia memandang pengawal-pengawal tersebut. Dia mengetap bibirnya sebelum berlari ke arah pengawal-pengawal milik ayahnya. Kaki salah seorang pengawal yang menghina budak lelaki itu disepak dengan kuatnya.
"Tak boleh cakap macam tu! Nanti Allah marah!" jerit Dahlia di hadapan muka-muka mereka.
Pengawal-pengawal tersebut hanya berdiam diri. Mereka memandang budak perempuan yang merupakan anak kepada Tengku Zafrel Arash.
"Pergi minta maaf!" jerit Dahlia di hadapan mereka. Selepas mendengar suruhan daripada budak perempuan itu, mereka terus berlari menuju ke bilik di mana budak lelaki itu ditempatkan.
Dahlia terus tersedar dari mimpinya. Dia meraup mukanya. Jam dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Masih awal.
"Mimpi? Kenapa macam real aje? That's not a dream, right?" soal Dahlia kepada dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah keluar dari biliknya untuk menuju ke bilik air.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Lãng mạn-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...