‧͙⁺˚*・༓☾ BAB 11 ☽༓・*˚⁺‧͙

43 8 4
                                    


             "SO... Do you accept it?" tanya Dahlia.

"I don't know. I have no feelings for you. I'm sorry" luah Haider. Pengakuan jujur dari lelaki itu membuatkan Dahlia terkedu. Bukan ini jawapan yang dia mahukan.

"Really?" tanya Dahlia sekali lagi, inginkan kepastian.

"Yes, really" balas Haider pula dengan yakinnya. Selepas mendengar jawapan kedua daripada lelaki itu, Dahlia terus mengangguk kepalanya.

"Kenapa awak tak terima saya?" soal Dahlia. Matanya yang sudah berair itu memandang tepat ke dalam mata kelabu milik Haider.

"Because I'm not in the same level as you. You're smart. I'm not. You're rich. I'm not. You're Oxford student. I'm not" ujar Haider sebelum tersenyum tawar.

"Saya tak kisah! Saya tak kisah kalau awak miskin atau tak pandai macam saya. Harta bukan penentu kebahagiaan. Saya suka awak seikhlas hati saya" balas Dahlia dengan jujurnya.

Haider hanya memandangnya dengan pandangan yang sayu. Dia mengeluh perlahan. Apabila melihat reaksi lelaki itu, Dahlia mula merasa bersalah.

"Kalau awak tak terima... Tak apa. Kita masih bergelar sebagai kawan baik, kan?" tanya Dahlia sebelum tersenyum tawar. Dia tidak mahu merosakkan persabahatan mereka.

"Ya. Kawan baik" balas Haider pula.

"Kalau macam tu... Saya balik dulu, ya? Ada hal dekat rumah" ujar Dahlia sebelum mengundur diri. Air mata yang mengalir menuruni pipinya dengan cepat dikesat sebelum lelaki itu menyedarinya.

LANGIT yang sudah bertukar oren itu menandakan bahawa matahari sudah pun terbenam. Dahlia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah yang didiaminya dengan muka yang sembap. Mukanya langsung tiada perasaan. Kosong. Sekosong hatinya.

"Kau dah kenapa? Haha!" gelak Zara yang sedang memakan kerepek di ruang tamu. Apabila Dahlia hanya berdiam diri dan menghiraukannya, rasa bersalah mula bersarang di hatinya.

"Kau kenapa? Lia, jawablah. Asal muka kau pucat kemain? Kau okey tak?" tanya Zara yang sudah risau itu. Dia dengan cepat berdiri sebelum berjalan ke arah Dahlia.

"Lia... Jawab-" Tidak sempat Zara hendak menamatkan ayatnya apabila Dahlia terlebih dahulu memeluknya sambil menangis teresak-esak.

"Kenapa kau nangis? Jawablah. Kenapa dengan kau? Kau okey? Kau ada masalah ke?" tanya Zara bertalu-talu.

"Aku tak layak untuk dicintai ke? Kenapa ramai yang tak suka aku? Kenapa? Buruk sangat ke aku?" tanya Dahlia pula. Soalan dibalas dengan soalan. Mendengar soalan daripada kawan baiknya itu, Zara terus menggeleng kepalanya.

"Tak! Mana ada kau buruk! Kau cantik giler! Kau ada... Confess dekat siapa-siapa ke hari ni?" tanya Zara.

Sudah dia tahu perangai kawan baiknya yang satu ini semenjak sekolah menengah lagi. Kalau dah suka, auto confess! Kalau kena reject, nangis!

"Pelukis jalanan tu! Dia... Dia... Reject aku..." luah Dahlia sebelum menekup mukanya dengan telapak tangannya.

"Dah lah... Bukan jodoh kau..." balas Zara pula. Belakang kawannya itu digosok-gosok bagi menenangkannya.


               



          





            HANS memandang Qaisara yang sibuk dengan buku latihannya itu. Air laici dihirup sebelum dia mengalihkan pandangannya ke tepi.

"Apa tengok-tengok? Kau ingat aku tak nampak ke?" tanya Qaisara sebelum menjelingkan matanya. Shawl miliknya diperbetulkan sedikit. Kalau pakai tudung singkat, auto kena buang dari rumah!

"Lantak aku lah, budak. Aku ada mata" balas Hans sebelum membalas jelingan itu.

"Heh... Dahlah kena reject... Hahaha!" gelak Qaisara sebelum mempersendakan Hans.

Dengan wajah yang sudah memerah dan rasa geram yang berkobar-kobar di dalam jiwa, Hans terus menumpahkan air laicinya di atas buku latihan Qaisara.

"Apa kau ni!?" teriak Qaisara sebelum menarik rambut Hans. Semua pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut terus memandang mereka dengan pandangan yang hairan.

"Dahlah rambut macam sarang tebuan! Dahlah bodoh!" jerit Qaisara lagi sebelum mengelap buku latihannya dengan sehelai tisu.

"Ekeleh... Dengan rambut ni lah ramai perempuan suka dekat aku. And, I'm not stupid as you think! I'm Harvard student, you know" balas Hans dengan sombongnya.

"Dahlah cikgu tu garang! Kau tahu tak yang ni buku latihan aku untuk SPM nanti?! Dahlah mahal! Kau langsung tak hormat orang yang tengah belajar, kan?!" marah Qaisara.

Hans memandang remaja perempuan yang sedang memarahinya. Mata Qaisara sudah berair. Mesti banjir nanti...

"Asal kau nangis pulak? Aku gurau je. Manja lah kau ni" omel Hans.

"Ish! Aku benci kau!" teriak Qaisara.

Apabila melihat remaja itu sudah menitiskan air mata, rasa bersalah mula menyerang hatinya.

"Aku minta maaf, dho... Janganlah nangis! Nanti si Qayyum tu nampak pulak!" ujar Hans. Apabila melihat Qaisara masih menitiskan air mata, air matanya turut jatuh menuruni pipinya.

"Asal... Kau nangis?" tanya Qaisara sambil memandang Hans yang sedang menangis di hadapannya.

"Sebab... Sebab kau lah! Janganlah nangis! Kau tahu kan yang aku mudah menangis bila nampak orang menangis depan aku!" marah Hans sebelum mengelap air matanya.

Ya, memang dari dulu lagi Hans mempunyai sikap sebegitu. Mudah menangis. Atau lebih dikenali sebagai... Manja!

"Abang aku tak ada lah! Dia dah balik ke Kaherah... Boleh tak kau ajar math? Kau kan student Harvard..." pinta Qaisara sebelum mengeluarkan sekotak soft cookies bersama dengan fresh milk.

Melihat sahaja makanan tersebut, Hans terus tersengih. Buku latihan math dan juga kalkulator milik Qaisara terus diambil olehnya.

"Eleh... Algebra je ni. Kucing je" ujar Hans dengan sombongnya.

"Hah? Kucing? Sepatutnya 'kacang je'. Kan? Kan?"

"Samalah tu, budak kecik" balas Hans dengan malasnya.

"Budak kecik? Hehe! Comel jugak nama tu"

"Apa kejadah kau ni? Syaiton mana yang hasut kau ni?" tanya Hans.

"Kaulah. Kau kan setan" balas Qaisara acuh tak acuh.

"Pergi membeli ikan di pasar raya, lantak kau lah Qaisara" Hans memberi pantun sebelum menjelingkan matanya.

"Makan keropok bersama Huzaifah, siapa kau nak marah aku, hah?" balas Qaisara pula.

"Siapa Huzaifah?" tanya Hans sambil memandang tajam ke arah Qaisara.

Qaisara meneguk air liurnya sendiri sebelum tersengih. Keningnya dijongketkan berkali-kali.

"Nama random yang muncul dalam otak aku. Kenapa? Kau marah? Kau jealous eh? Kalau kau suka aku, cakap aje lah! Hehe"

"Mana ada! Mengarut lah kau ni!" marah Hans sebelum mengalihkan pandangannya daripada Qaisara. Pipinya yang sudah memerah itu disembunyikan.

Qaisara memandang Hans dengan pandangan yang tidak berkelip. Dia tersenyum apabila mata lelaki itu bertembung dengannya.

'Astagfirullah... Ujian apakah ini?' getus Hans di dalam hatinya.

"Kalau kau suka aku, cakap jelah. Nanti aku pertimbangkan" ujar Qaisara.

"Dah lah! Meh aku ajar!" jerit Hans sebelum merampas kalkulator tersebut daripada tangan Qaisara.

Haider Akashah: His Bidadari [Completed]Where stories live. Discover now