Bab 28

13 3 0
                                    


6 bulan kemudian...

             "IBU, nak makan" Safiya terus membuka mulutnya, menanti Cik Noraini untuk menyuapnya. Dah besar pun nak kena suap lagi.

Dahlia berjalan masuk ke bahagian dapur. Haider yang sedang mengemaskan kemeja putihnya itu sambil menuruni tangga dipandang.

"Abang, rasalah dulu" Pinggan yang berisi kuey teow goreng itu dihulurkan kepada Haider. Ini kali pertama dia belajar memasak. Entahlah sedap ke tidak.

Tanpa berlengah-lengah, Haider terus menghampiri isterinya. Sudu diambil sebelum sesudu kuey teow dimasukkan di dalam mulutnya. Tunggu... Rasa ni...

"Uwerk!" Haider menekup mulutnya bagi menahan isi perut yang hampir terkeluar. Ya Allah, tak sedap! Getus Haider di dalam hatinya.

"Kenapa? Tak sedap ke?" tanya Dahlia. Dahi wanita itu sudah pun berkerut hebat.

"Eh, sedap! Sedap sangat! Pandai bidadari abang ni masak!" puji Haider. Thumb up diberikan kepada isterinya.

"Ya, eh? Sukanya! Nanti bolehlah kita makan ni hari-hari. Kan, kan?"

'Makan kuey teow dia hari-hari? Mampuih aku'

"Ha, ha, ye. Boleh boleh. Tapi, tak best lah asyik makan kuey teow je"

"Habis tu?"

"Biar abang masak je lah, erk? Ok. Babai. Nak pergi kerja dah ni" ujar Haider. Tanpa menunggu lama, Dahlia terus menyalami tangan suaminya.

Dahlia terus melambai-lambai tangannya ke arah Haider walaupun kereta suaminya telah pun meningalkan perkarangan rumah mereka.

"Ibu, Lia pergi jemur kain dulu lah, ye" ujar Dahlia sebelum berundur diri. Cik Noraini hanya mengangguk di belakang.

Bakul yang berisi kain yang masih lembap itu dibawa keluar ke ampaian. Satu demi satu disidai dengan cermatnya.

"Mana suami kamu yang rajin tu?" tegur Mak Yah sambil memandang Dahlia dengan pandangan yang menyampah.

Dahlia diam.

"Kan dia yang sidai kain. Nak tunggu isteri dia buat, memang lama lah"

Diam lagi.

"Ke kamu nak tunjuk rajin depan mak mertua kamu? Tak payah lah laparkan attention sangat"

Diam?

"Oi, makcik. Saya buat tugas ni sebab memang ni tugas saya sebagai seorang perempuan. Saya tak ada niat pun nak attention, nak tunjuk yang saya ni rajin depan ibu mertua saya. Tak ada pun niat macam tu" balas Dahlia. Ha! Ambik kau, jerit Dahlia di dalam hatinya.

"Habis? Kalau ni tugas kau, kenapa selalunya suami kau yang buat? Kau tak ada tangan ke?"

"Eh makcik. Lantak dia lah nak tolong sidai ke nak tolong basuh ke. At least, saya ada suami yang bertanggungjawab dan tahu tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Daripada makcik tu. Suami pun tak ada. Janda" sindir Dahlia. Lantak lah kalau perang nak mula ke tidak, dia memang dah geram!

"Kau jangan nak kurang ajar eh dengan aku!" marah Mak Yah. Muka wanita tua itu sudah pun memerah. Dahlia menarik nafasnya sedalam-dalam mungkin.

"Eh. Baik makcik jaga mulut makcik yang tak ada lesen tu daripada nak sibuk dengan rumah tangga orang. Perangai makcik dengan anak lelaki makcik tu sama je"

"Anak lelaki? Aku tak ada anak lelaki lah!" marah Mak Yah.

"Apa tu nama dia? Faris. Anak makcik kan?"

"Tu menantu aku. Kenapa? Gatal nak dekat laki orang?" soal Mak Yah dengan megahnya. Sempat lagi dia menyilangkan kedua-dua tangannya di dada.

Dahi Dahlia berkerut seperti tidak memahami maksud tersirat yang dikatakan oleh wanita tua itu. Namun, bibir Mak Yah mula mengukir senyuman yang amat menyampah.

"Saya? Suka dia? Come on... He's not my type. Lagipun, anak makcik yang gatal. Dah kahwin pun gatal lagi. Dasar jantan tak cukup satu macam itu lah"

"Kau jangan biadap, eh!" marah Mak Yah. Wanita tua itu terus menggerakkan kakinya dan meninggalkan Dahlia.

Dahlia tersenyum bangga. Malas dia hendak melayan perangai orang tua yang tidak tahu malu. Makin dilayan, makin menjadi. Siapa yang makan cili, dia lah yang pedas.

Tanpa berlengahkan masa, Dahlia terus melangkah masuk ke dalam rumah dua tingkat itu semula. Bakul kain diletakkan di tempatnya. Di rumahnya pun tiada maid, apatah lagi di sini. Jadi, memang dia terbiasalah melakukan kerja-kerja rumah.



              HAIDER memandang sebuah lukisan di hadapannya. Hampir siap. Selepas ini, dia terus mahu pulang ke rumah. Tak ada dah singgah sana sini untuk beli sushi.

"Bos" panggil seorang wanita.

Haider berpaling ke belakang. Seorang wanita yang langsung tidak mengenakan tudung dan memakai baju menjolok mata itu dipandang seketika. Ya Allah... Ujian apakah ini?

"Ya?" jawab Haider tanpa melihat wanita itu sedikitpun.

"Kenapa awak tak balik lagi?" tanya Haider pula apabila wanita itu masih berdiam diri.

"Tak ada lah. Saja nak tengok-tengokkan bos. Mana tahu ada pencuri ke, boleh lah saya lawan dia" balas Marsya. Haider pula mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda faham.

Berus lukisan dicapai sebelum dia mula melukis. Kalau layan perempuan ni, memang sampai ke sudah tak siap.

"Bos nak kopi? Saya boleh buatkan"

"Saya tak minum kopi" balas Haider. Kalau kopi, no no no. Memang dia orang pertama yang tolak.

Tiba-tiba, terasa geli di bahagian lengannya. Terasa seperti jari-jemari yang sedang menari-nari.

"Bos..." Suara Marsya yang cukup lembut itu terdengar jelas di telinganya. Haider terus menoleh ke belakang dan bangun dari tempat duduknya. Tingginya yang sekitar 188 itu mudah untuk takutkan orang. Haha.

"Jangan sentuh saya" Haider memberi sebuah amaran keras.

Namun, Marsya hanya tersenyum. Dia mendekatkan dirinya dengan Haider. Bunyi kasut tumit itu kedengaran dengan megahnya.

"Bos nak tahu tak? I like you. A lot" bisik Marsya.

"Jangan cabar kesabaran aku, perempuan" balas Haider. Dia sengaja mendekatkan dirinya dengan Marsya agar wanita itu takut.

"From now on, you're fired"

Click!

Marsya hanya tersenyum puas apabila sebaris ayat itu keluar dari mulut Haider sendiri. Biarlah dia dipecat, asalkan dia sudah dapat apa yang dia mahukan.

"Now, get out from here! Get out!" halau Haider. Apabila Marsya sudah pun berjalan pergi, Haider dengan cepat mengeluh. Ya Allah, adakah benar apa yang dikatakan oleh Marsya?

Tidak. Dia tidak akan sesekali tergoda dengan wanita itu. Dia sudah mempunyai sebuah tanggungjawab yang besar, sebuah harta karun yang paling berharga di dunia. Mengapa pula dia harus meninggalkan harta karun dan mengejar seorang wanita yang tidak bermaruah.
Setahunya, Marsya iaitu setiausahanya sudah pun berkahwin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update) Where stories live. Discover now