"ANAK mama!" jerit Naurah sebelum memeluk Dahlia dengan eratnya. Dahlia turut sama membalas pelukan mamanya. Tangan Naurah dan Zafrel disalami.Anak matanya beralih pula ke arah Hans dan juga Hannah. Dua beradik itu sedang bergaduh hanya kerana gula-gula getah? Huh. What a waste.
Usai sahaja penampakan Dahlia dilihat, Hannah terus berlari-lari anak sebelum memeluk Dahlia dengan eratnya.
"Akak Lia! Rindunya!" jerit Hannah dengan gembiranya.
"Kenapa datang juga? Kan dah lewat ni" tanya Dahlia sebelum meleraikan pelukan mereka.
"Awal lagi lah" balas Hannah. Jam tangannya dipandang. Apa kebenda awal? Dah pukul 10.30 kot!
"Anak mama ni mesti penat, kan? Mama dengan papa ada urusan dekat sini. Jadi, kami tak boleh balik dengan kamu" suruh Naurah.
"Jom akak Lia! Balik dengan kitaorang" Tangan Dahlia terus dipimpin oleh Hannah. Hans yang sudah berjalan mendahuluinya itu dipandang. Dia broken lagi ke?
Sepanjang perjalanan balik ke rumah ibu bapanya, Dahlia hanya berdiam diri. Hannah yang sibuk bercerita tentang sekolahnya itu dihiraukan. Dahlia cuba menahan dirinya daripada muntah. Haih... Dia memang mabuk kenderaan.
"Lam... Lambat lagi ke, Hamzah?" tanya Dahlia sambil menekup mulutnya.
"Eh, kau ni. Kau ingat dekat ke Petaling Jaya dengan Kuala Lumpur? 3 jam lagi sampailah tu" balas Hans.
"Kau biar be... Betul? Bawa lah laju-laju sikit"
"Kau apasal?" tanya Hans apabila melihat Dahlia yang sudah pucat mukanya.
"Aku nak mun... Muntah... Tak boleh tahan dah!"
"No! Kereta mahal aku tu!" jerit Hans dengan cemasnya.
"Kali ni... A... Aje... Aku dah... Uwerk!"
"Woi!" jerit Hans sebelum menghentikan keretanya. Dahlia yang masih menahan dirinya daripada termuntah itu dipandang. Mujurlah tak muntah lagi.
Selepas kereta dihentikan, Dahlia terus berlari keluar ke arah semak-samun yang terdapat di pinggir jalan.
"Abang. Tak boleh ke kita menginap dekat mana-mana hotel? Akak Lia kan tak boleh naik kereta lama-lama. Kalau tak, jadi macam tu lah. Abang nak ke kereta abang ni tercemar dengan toksik?" tanya Hannah dengan dahi yang berkerut.
"Kau baik diam sebelum penampo ni hinggap dekat pipi kau" marah Hans sebelum menjelingkan matanya.
"Apa? Abang marah sebab abang sukakan dia lagi, eh? Ewahh" gurau Hannah sebelum tergelak.
"Macam mana? Kau nak bermalam dekat mana-mana hotel ke? Atau... Kau nak balik terus?" tanya Hans kepada Dahlia.
"Balik teruslah. Bermalam pun, apa gunanya? Balik guna kereta juga. Lagipun, Hannah sekolah esok. Rugilah dia tak hadir" balas Dahlia sebelum memasuki perut kereta.
"Macam ya... Macam tak" balas Hans pula sambil termenung memikirkan keputusan.
"Kau main-main eh dengan aku" marah Dahlia sambil mengacah-acah untuk memukul Hans.
JAM sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tinggal beberapa kilometer sahaja lagi sebelum mereka sampai ke Petaling Jaya. Hannah sudah tertidur. Begitu juga dengan Dahlia.
"Dik. Lia. Bangun. Dah sampai" Suara Hans yang lantang itu mengejutkan mereka. Suasana rumah mewah yang gelap itu dipandang oleh Hans.
"Oh. Adik kembar kau tu bermalam dekat rumah grandparents diorang. Jadi... Tak ada orang lah dekat sini. Aunty Naurah cakap yang dia ada kerja dekat KL. Temankan Uncle Zafrel jumpa client dia. Dalam 5 hari lagi, balik lah tu. Kau nak stay dekat mana malam ni?" tanya Hans.
"Dekat sini lah. Takkan lah dekat NASA pula" balas Dahlia dengan selambanya.
"Bahaya lah kau ni. Kau tu dahlah perempuan"
"Apa yang bahaya pula? Pakcik guard belambak dekat sini"
"Muka kau pucat. Kau pergi masuk, mandi, pastu rehat" pesan Hans kepada Dahlia yang sedang melangkah keluar dari perut kereta. Dahlia hanya mengangguk malas.
Suis lampu ditekan. Suasana yang gelap kini bertukar cerah. Bunyi enjin kereta Hans yang meningalkan perkarangan rumah ibu bapanya kedengaran dengan jelasnya. Dia dengan cepat berlari menaiki anak tangga.
"Hua! Rindunya bilik aku yang terlampau mewah ni! Cey!" jerit Dahlia dengan sepuas-puasnya.
Tiba-tiba sahaja dahinya sakit. Rasa nak muntah pun ada.
"Tidur... Tidur" Dahlia memaksa dirinya. Setelah sekian lama mencuba untuk menutup matanya, akhirnya membuahkan hasil.
"ERM..." Dahlia membuka matanya. Sedar tak sedar, dah pagi! Suasana biliknya dipandang. Asal kemain cerah, noh!?
"Astagfirullah! Toyol mana ni?!" jerit Dahlia apabila melihat Daniella yang sedang menggunakan barang soleknya. Nak marah, nak marah! Tapi kena sabar!
"Oh, mak kau pink!"
"Ni kerja kau? Siapa izinkan kau guna, hah? Inilah budak zaman sekarang. Mak ayah susah-susah hantar dia pergi sekolah, dia tak pergi pun! Kenapa tak pergi sekolah hari ni? Nak jadi Ultraman ke nanti besar?"
"Ni lagi satu. Kau tu laki tapi nak beli lipstick lah, benda-benda estetik lah. Pondan ke, Darwish? Bak sini telefon akak" bebel Dahlia sambil bercekak pinggang.
"Akak! Kitorang cuti sekolah lah!" jerit pasangan kembar tersebut sebelum berjalan keluar dari biliknya.
Dahlia hanya menggelengkan kepalanya. Dia menuju ke meja soleknya sebelum mengemas kembali alat soleknya. Skrin telefonnya yang masih menyala itu dipandang sebelum diambil. Dia terus duduk di atas kerusi yang bulat dan gebu itu.
Gambar-gambar yang memaparkan dirinya bersama dengan Haider dipandang lama. Rindu. Ya, dia sangat merindui lelaki itu.
"Awak selalu cakap 'jangan tinggalkan seseorang tu apabila kita dah cipta sebuah kenangan dengannya' Tapi? Awak sendiri yang kotorkan kata-kata tu. Awak sendiri yang hancurkan kata-kata tu"
"Kenapa perlu hilang macam tu? Saya ada buat awak sakit hati ke? Saya jujur. Saya rindu sangat-sangat dekat awak. Bodohkan saya? Bodoh sebab rindu dekat lelaki yang langsung, tak ada apa-apa hubungan dengan saya"
"Nanti, datang balik ya? Saya nak ceritakan semua masalah saya dekat awak. Saya nak tengok awak melukis. Tak sempat nak suruh awak lukis muka saya. Tapi tak apa. Saya percaya yang saya akan jumpa awak bila saya balik UK. Saya akan tetap tunggu awak"
Dahlia tersenyum tawar. Setitis air mata jatuh tanpa dia sedari.
YOU ARE READING
Haider Akashah: His Bidadari (Slow Update)
Lãng mạn-Spin-off Jangan Hampakan Cintaku TENGKU DAHLIA CARISSA, seorang gadis yang lebih mementingkan kebebasan. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga berada, dia langsung tidak tertarik dengan harta dan kekayaan. Baginya, semua itu bukanlah penentu kebaha...