BOOK :
• HALYN : WIFE FROM THELESIADi mata orang, dia wanita yang pelik. Memiliki rambut berwarna jingga kemerahan, berlainan jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Kehadiran dia di istana mendapat kecaman daripada kerabat diraja bahkan rakyat Thelesia.
Kata mereka, dia perempuan simpanan raja. Kehadiran dia hanya tujuh bulan di istana bersama perut memboyot. Tiada berita langsung mengenai perkahwinannya dengan raja, namun diiktiraf oleh raja sendiri bahawa wanita itu ialah isteri ketiganya.
Wajah cantik sang isteri ditenung hiba. Sudah tiada hembusan nafas, apatah lagi senyuman. Hanya jasad kaku tidak bernyawa. Raja muram. Isterinya pergi setelah melahirkan.
“Bagaimana dengan anakanda beta?”
“Tuan puteri selamat dilahirkan.” Mak bidan menghulur bayi di dalam dukungan.
Semakin hiba dirasakan saat melihat wajah putih bersih bayi di dukungannya. Genetik wanita itu lebih kuat. Warna rambut yang tumbuh, sama. Kelihatan jingga kemerahan. Warna iris mata coklat gelap pula mengikut kepunyaan dirinya.
“Puteri Halyn Aynara, anakanda ke-lima beta. Puteri sah Kerajaan Thelesia.”
Halyn Aynara.
Hanya kerana dia seseorang yang berdarah raja, hidup tidak semestinya senang, aman damai dan seronok dengan kemewahan. Semakin menginjak ke usia remaja, sikap Puteri Halyn Aynara menyebabkan dia digelar sebagai seorang puteri yang kurang ajar. Seringkali suka mencari pasal bahkan membuat onar dengan orang sekeliling. Mereka tidak sukakan dia.
Bibir Puteri Halyn terjungkit sinis lalu dia tertawa puas. Tangan mencekak pinggang sambil mata memandang ke arah beberapa orang dayang yang telah ditendang olehnya sehingga masuk ke dalam kolam ikan. Tak peduli itu kolam ikan kesayangan Raja Haquin sekalipun.
“Tak guna!”
Buk! Belakang Puteri Halyn dipukul menggunakan telapak tangan. Tak cukup dengan itu, rambut Puteri Halyn pula ditarik.
Puteri Halyn tidak meronta. Untuk melepaskan cengkaman pada rambut, dia menendang Puteri Amara tanpa memusingkan tubuh. Tangan melayang tumbukan ke sisi kepala gadis itu. Puteri Halyn hela nafas lelah.
“Kau memang tak habis lagi, kan?”
“Aku takkan kalah dengan kau!” Angkuh Puteri Amara berkata.
“Kita tengok kalau kau boleh buktikan kata-kata kau.” Pisau di dalam sarung pada bahagian pinggangnya dikeluarkan. Lantas, pisau tersebut diacu ke arah Puteri Amara. Senyuman psikopat ditarik.
“Kau nak membunuh ke hah? Aku mati, kau pun takkan selamat!” Puteri Amara sudah ketakutan. Kaki sedikit menggigil melangkah ke belakang.
“Aku sikit pun tak peduli. Selama ni kalian seksa aku, tak pula kalian fikirkan hal tu. Macam mana kalau aku mati? Kalian pun takkan selamat bukan?”
YOU ARE READING
HALYN : WIFE FROM THELESIA
Fantastik[COMING SOON] [ROYAL FANTASY] Sakit hati Puteri Halyn tatkala menerima titah untuk berkahwin dengan panglima tentera Minglan daripada ayahandanya sendiri. Sudah diberitahu tidak sudi, tetap juga memaksa. Bukan sifat Puteri Halyn untuk menyerah begit...