Tikus masuk perangkap! Tekaan dia tepat. Dalangnya bukan orang lain selain ayah tirinya. Dasar manusia durjana!Namun, nyawa kini menjadi taruhan.
"Argh!" Rasa mencucuk-cucuk di perut kian terasa. Semakin lama semakin sakit. Kedua-dua belah kaki cuba diorak walaupun dia tahu pergerakan dia sudah sedikit terbatas.
Entah. Adra tiada hala tuju. Pak Sue Haqeem langsung tidak menjawab telefonnya. Berkali-kali dia telefon namun hampa. Telefon mama, lagilah dia kecewa. Puan Azalea langsung tidak menjawab. Tengah malam begini masih sibukkah dengan kerja?
Belakang bajunya penuh dengan darah. Adra mengalami pendarahan setelah bergelut dengan ayah tirinya tadi. Berjalan perlahan jauh dari rumah neraka itu. Dia sendiri tak tahu sudah berapa jauh dia berlari, lari dari lelaki tak guna itu.
"Erghhhh!" Rintih dia. Sakit! Ya, Allah. Sakit!
Renik peluh di dahi semakin menebal. Nafasnya turun naik tidak teratur. Sungguh, dia tak mampu untuk berjalan lagi jauh. Pandangannya mula kabur ditambah dengan keadaan malam.
Ya, Allah. Bantu aku!
——
"Puas hati dapat burger?"
Fea mengangguk sambil tersengih menampakkan gigi hadapan yang sudah rongak.
"Thank you abang. Sayang abang." Fea dekatkan hidung pada plastik berisi burger yang dia pegang. Fuh, bau dia sedap! Menusuk kalbu.
Luth menggeleng kepala. Tahulah tengah cuti penggal sekolah. Bukan main budak kecil ni tak reti nak tidur awal. Itu tak apa lagi. Dia bantai merengek pula nak burger tengah malam buta.
Ikutkan sajalah permintaan adik perempuannya. Karang tak ikut, merajuk. Bibir muncung sedepa.
Nasib kau lah, Luth. Dapat adik cenonet macam Fea.
"Aih, cium burger aje ke? Cium abang takmau? Abang dah tolong belikan tau."
"Mmmuah!" Pipi Luth dikucup manja. Alah, comel!
"Sama-sama, sayang. Balik ni, lepas makan burger. Tidur okay? Budak kecik mana elok tidur lewat-lewat. Nanti tumbesaran terbantut."
"Okay, abang."
Luth tekan pedal minyak. Kereta kancil milik Encik Hisyam mula bergerak meninggalkan kedai burger yang terletak di tepi jalan. Alang-alang sudah dapat lesen P, kita kasi satu chance lah bawa adik jalan-jalan naik kereta.
"Abang."
"Ya?"
"Kenapa kakak tu jalan sorang-sorang?"
"Mana?"
——
Sekali lagi Luth membawa Adra, gadis yang sama dia jumpa beberapa hari lepas ke hospital. Kali ini Adra bukan masuk ke kecemasan zon hijau. Tapi, zon merah. Dia mengalami pendarahan teruk serta tidak sedarkan diri. Di wajah polos gadis itu, terdapat beberapa kesan kecederaan kecil.
Apa dah jadi sebenarnya ni? Apa dia buat kat luar tengah malam buta begini? Dan dia masih seorang diri seperti tempoh hari.
Luth mundar-mandir di luar bilik pembedahan. Tak senang duduk. Entah kenapa dia begitu dia sendiri tak tahu. Yang dia tahu dia risau. Risau?
"Assalamualaikum." Seorang lelaki menegur Luth. Luth menoleh. Lelaki berusia lewat 20-an berdiri di hadapan dia. Nafasnya juga tidak teratur akibat berlari.
"Waalaikumsalam." Salam dijawab. Mungkin lelaki ini ahli keluarga perempuan itu.
"Aku Haqeem. Pak Sue kepada Adra. Kau yang jumpa dia di tepi jalan ya?" Terang Haqeem beserta soalan. Lelaki itu berkaca mata. Tangan dihulur untuk berjabat tangan.
"Ah, ya saya. Saya yang bawa dia ke sini. Saya Luth." Mereka bersalaman.
"Terima kasih sangat-sangat Luth selamatkan anak saudara aku. Dia macam mana ya? Dia okay?"
Luth nampak air muka Haqeem sangat risau. Riaknya bercampur menyesal pun ada.
"Saya tak pasti. Dia masih dalam dewan bedah."
"Apa yang kau nampak pada Adra? Ada kecederaan tak?"
"Ada. She's bleeding. Dan saya perasan wajah dia pun ada luka-luka kecil di beberapa bahagian. Bibir juga pecah. Macam kena pukul pun ya. Bahagian tubuh lain saya tak pasti." Jelas Luth.
"Ya Allah, Adra." Nafas dihela berat.
"Kau mesti terseksa sangat tadi. Pak Sue minta maaf! Pak Sue lambat jawab call Adra." Haqeem meraup wajahnya berkali-kali setelah menanggalkan kaca mata. Luth hanya memerhati. Daripada gaya pemakaian, Haqeem masih berbaju scrub. Sepertinya dia seorang doktor.
Telefon di kocek seluar Haqeem keluarkan. Dia mendail satu nombor kontak. Panggilan tidak diangkat. Berkali-kali dia menelefon Puan Azalea namun langsung tiada jawapan.
"Mana Kak Lea ni?! Anak kau dah nyawa-nyawa ikan laki kau kerjakan! Kurang ajar punya Razman! Mati kau aku kerjakan!"
Haqeem panas hati. Siapa saja tak panas hati. Dia dapat voicemail dari Adra. Tak sanggup dia ingat kembali suara rintihan Adra meminta tolong.
Laki? Lelaki? Lelaki kepada ibu Adra? Bermakna ayah?
"Luth. Boleh aku minta tolong?" Soal Haqeem.
"Boleh. Apa yang mampu saya tolong, saya tolong."
"Tolong tunggu Adra di sini."
"Oh." Luth terdiam sejenak. "Okay."
"Terima kasih, Luth. Semoga Allah balas semua kebaikan kau. Apa-apa kau update aku. Telefon Adra ada pada kau kan?"
Luth angguk. Ya.
Haqeem menghilang dari pandangan. Dia pergi ke mana, Luth tak tahu. Tidak pula dia mahu bertanya. Luth mula duduk di kerusi panjang yang disediakan di hadapan dewan bedah.
Dia menoleh ke arah pintu menuju dewan bedah.
"Huh..." dia juga mengeluh nafas berat.
"I hope she will be fine."
YOU ARE READING
My Beautiful Moon [OG]
RomanceLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...