Akhirnya lelaki bernama Razman merangkap ayah tirinya itu telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa atas bantuan pak cik saudaranya, Haqeem.Haqeem minta Luth untuk terus temankan Adra yang masih bertarung nyawa di dalam dewan bedah ketika itu. Dia pula pergi ke rumah kakak kandungnya iaitu Azalea, mencari si Razman. Tapi Razman dah larikan diri.
Tapi bijaknya Adra, dia minta Haqeem sediakan satu kamera tertutup untuk dia letak di sebalik pasu bunga kecil di atas meja belajar di dalam biliknya pada malam itu. Sebagai bukti kukuh jika ramalannya betul-betul berlaku.
Seperti biasa, bila Adra pulang ke rumah dari asrama dia akan sambung mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam. Peliknya, setiap kali mama nya tiada di rumah ; bekerja sehingga lewat malam atau outstation, Razman pastik akan mengetuk pintu bilik Adra dan mempelawa secawan air untuk Adra. Jika mama nya ada di rumah, tiada pula secawan air atau beberapa jenis snacks dia berikan. Bahkan ketuk pintu bilik Adra pun tidak.
Pada awalnya dia tak syak apa-apa. Yalah, ayah tiri kan. Kelakuan pun baik saja. Hubungan dia dan mama nya juga nampak bahagia.
Mama bahagia dengan pilihannya, Adra turut bahagia melihat mama nya bahagia.
Dua hari selepas Haqeem mengambil dia di perhentian bas, dia pulang ke rumah. Haqeem hantar. Puan Azalea ada di rumah. Nampak raut wajahnya marah. Alasan yang diberi oleh Haqeem, Adra mahu bercuti di rumah Haqeem untuk dua hari. Nak release tension. Penat belajar 24/7. Tambahan, Adra dengan paksunya memang rapat. Umur pun tak adalah jauh beza sangat. Haqeem pula memang suka layan anak buahnya.
Mujur Puan Azalea tidak berkata apa-apa. Namun, seperti biasa mahu tak mahu saja dia layan Adra. Adra akur. Dia dah biasa dengan perangai mama nya. Jadi mengapa bila dia tak pulang ke rumah, beria sangat telefon?
Malam pertama, tiada apa berlaku. Razman juga nampak berkepit saja dengan mama Adra. Kita lihat esok malam.
Malam kedua, Puan Azalea tiada di rumah. Dia outstation. Memang selalu Puan Azalea tinggalkan Adra dengan suami barunya. Tekaan Adra tepat. Dia ketuk pintu bilik Adra.
Adra buat-buat polos seperti biasa. Pintu dibuka.
"Ya? Pakcik nak apa?" Soal Adra berbuat naif. Lelaki usia awal 30-an itu berdiri di hadapan Adra. Umurnya memang lebih muda sedikit dari mama.
"Ni, ada air coklat panas pakcik buat untuk Adra. Snacks sekali." Razman senyum. Adra perasan dirinya ditenung lama oleh lelaki itu. Renungannya mengerikan.
Huluran satu mug air coklat panas bersama beberapa jenis snacks lain diterima. "Macam biasa, kamu mesti tengah study kan?" Tanya Razman. Adra sekadar angguk.
"Kenapa pakcik selalu bagi Adra ni time mama takde?" Soalan pancing.
"Mama kamu mana bagi kamu makan junkfood atau snacks kan? Tak baik untuk minda katanya. Pemikiran mama kamu old school. Kalau bagi time mama ada, kantoilah."
Oh, itu alasannya. Baiklah. Kita lihat.
"Terimakasih." Kemudian, daun pintu bilik ditutup rapat. Kunci.
Cepat-cepat Adra buang air coklat itu di dalam toilet tanda dia dah minum. Tinggalkan sedikit saja untuk bahan bukti untuk diuji di makmal. Dia meminta Haqeem bantunya juga. Dia pasti, Razman ada masukkan sesuatu dalam minuman. Kalau tak kenapa setiap kali dia minum sambil ulangkaji pelajaran, dia akan berasa sangat mengantuk lalu tertidur dengan nyenyak?
Tak jadi nak ulangkaji. Adra kenal dirinya sendiri. Dia bukan orang yang jenis senang untuk tertidur di mana-mana asalkan boleh tidur. Tak, dia bukan orang yang begitu. Insomnia adalah teman rapatnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/372955768-288-k332736.jpg)
YOU ARE READING
My Beautiful Moon [OG]
RomanceLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...