"AWAK APA KHABAR, ADRA ROSELLE?" Dr. Harithah memulakan perbualan dengan ton suaranya yang sentiasa lembut itu. Hanya mereka berdua di salah sebuah ruang galeri yang jauh dari keramaian orang.Sewaktu Luth perkenalkan Adra kepada kumpulan para doktor psikiatrik, mereka sangat terkejut. Si penyelamat Luth pada malam itu adalah seorang perempuan. Bukan lelaki. Mereka tak sangka. Adra sekadar memberi reaksi senyum sahaja. Tak tahu nak berbual apa dengan mereka.
Mereka juga sangkakan Adra adalah teman istimewa kepada Luth. Hanya kerana warna pakaian mereka berdua nampak seperti sedondon. Tambahan pula, mereka nampak Luth duduk bersebelahan Adra sewaktu di dalam dewan ballroom tadi. Nampak rapat.
Nasib baik Luth menafikan hal itu.
Teman istimewa? Peh! Jauh sekali. Minta dijauhkan!
"Alhamdulillah, semakin membaik." Ujar Adra membalas persoalan Dr. Harithah. Entah, dia tak pasti sebenarnya dirinya semakin membaik atau memburuk. Baginya macam masih sama. Cuma ada beberapa perkara dia merasakan ada sedikit perubahan ke arah positif.
Doktor wanita lewat 40-an itu kekal menyimpul senyum di wajahnya yang nampak lembut itu.
"Alhamdulillah, syukur. Ya, saya pun nampak. Awak nampak bertambah membaik. Air muka awak nampak lebih tenang berbanding sebelum ni. Dan awak bertambah cantik." Puji Dr. Harithah buatkan bibir Adra terukir senyum. Tertunduk malu. Ah, cantik sangat ke saya malam ni?
Ternaik sedikit kening Dr. Harithah.
"And you're pure smiling." Tegur Dr. Harithah. Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia nampak pada pesakitnya itu, Adra Roselle. Senyumannya nampak jujur. Bukan palsu seperti selalu.
"Malam-malam awak, masih ada nightmare? How about your insomnia? Getting better? Saya dah dengar dari Dr. Haqiem. Awak sure tentang itu?"
Adra diam sejenak. Air muka senyum polos tadi mula hilang. Raut wajahnya kekal tenang. Dia sudah mengagak, ditembak dengan pelbagai persoalan.
"Kedua-duanya saya masih mengalaminya." Akui Adra.
"Dan saya yakin dengan keputusan saya. Dr. tak perlu risaukan saya. Setiap kali saya ambil ubat, saya rasa saya sedang menipu diri sendiri. Saya... dah tak nak lari dari realiti. Saya akan cuba hadap dan laluinya sampai saya sembuh." Terang Adra.
"Ia akan jadi sangat sukar untuk awak, Adra. Jika tanpa ubat."
"Saya tahu, Dr. Saya tetap nak cuba sembuh tanpa ubat."
"Baiklah. Saya bagi satu tips. Harap ianya membantu. Saya rasa mungkin awak pun dah tahu." Bicara Dr. Harithah.
"Apa dia tu, Dr.?"
"Hanya ada satu pintu, dan hanya ada satu kunci untuk awak keluar dari ruang gelap tu. Awak sudah pun jumpa pintu. Tinggal nak cari kuncinya saja. Redha." Beritahu Dr. wanita itu.
"Adra, redha bukan bermaksud awak melupakan. Tak. Saya tak minta awak melupakan terus tentang itu. Mustahil awak boleh lupa tragedi yang sangat hitam bagi seluruh hidup awak dan telah menjejaskan kehidupan seharian awak. Melupakan bukan sesuatu yang mudah. Kecuali amnesia. Itu mudah." Mukaddimah diberi.
"Redha yang saya maksudkan adalah awak berdamai dengan takdir. Selami dan dalami sakit dan luka yang awak telah pegang selama ni. Dan lepaskan ia perlahan-lahan. Insha Allah awak tak akan terluka lagi."
"Seperti arca yang awak lihat tadi."
Tepat iris hazel Adra merenung iris coklat Dr. Harithah. Maknanya Dr. Harithah dah perasan akan kewujudan dia di galeri ini sejak awal.
YOU ARE READING
My Beautiful Moon [OG]
RomanceLuth Erden x Dr. Adra Roselle 🕊️🥀 "Encik Luth. Saya tak suka awak panggil saya signorina, Roselle atau Bidadari atau what so ever. Tolonglah. Hormat saya." "But Roselle is your name, Roselle." "Saya tak suka." "Tapi saya suka." "Encik Luth Erden...