05

63 7 5
                                    


15tahun telah berlalu. Adra Roselle tumbuh dewasa sama seperti anak gadis yang lain. Dan dia telah pun berjaya mencapai cita-citanya. Dia dah jadi orang sukses. Namun, tidak pada traumanya.

Masih lagi segar dalam ingatan. Tragedi malang yang menimpanya itu acapkali menjadi mimpi ngeri di malam hari.

Untuk kesekian kali, Adra bangun dari tidur yang singkat. Sakit kepala. Renik peluh terbit memenuhi ruang dahinya. Nafas yang menderu cuba ditenangkan semula. Dadanya sesak! Rambut panjangnya yang sedikit menutupi wajah disebak perlahan ke belakang.

Lihat jam digital di atas laci terletak di kepala katil sebaik saja eye mask yang menutupi matanya dia tanggalkan.

3pagi.

"Tuhan belum panggil kita pulang. Bertahanlah."

Kedengaran dia mengeluh kecil. Dia bertahan hidup sehingga kini hanya kerana sebaris ayat itu saja. Ayat yang memberi impak kepada dirinya untuk tetap teguh dan kuat walau apa jua rintangan dan sakit yang dia kena hadap.

Wajahnya diraup sekilas sebelum comforter tebal yang menyelimuti tubuhnya dia selak.

Suis lampu ruang dapur diketik. Adra masuk ke ruangan tersebut. Satu botol besar berisi air mineral dicapai sebaik saja peti ais dibuka. Dia buka penutup botol dan tuang air mineral tersebut ke dalam gelas kaca yang kosong.

Satu botol kecil di atas meja makan ; ubat tidur dia capai. Ambil dua biji. Adra telan bersama air tadi. Dia kembali masuk ke dalam bilik dan kembali panjat katil. Comforter dia tarik menyelimuti tubuh. Eye mask Adra pakai. Mata kembali tertutup. Dia berbaring dan cuba untuk tidur semula.

Beep! Satu notifikasi whatsapp masuk.

Dengan malas Adra meraba-raba laci kecil di kepala katil. Telefon pintarnya terletak di tepi jam digital. Dia capai. Sekali lagi eye mask dia buka.

Eskandar ;
Tidur?

Adra senyum. Macam tahu-tahu saja dia belum tidur.

Beep!

Eskandar ;
You seen my text.
Kat mana? Rumah atau hospital?

To Eskandar ;
Home.

Eskandar ;
Are you okay?
It's already 3 am right kat Malaysia?

To Eskandar ;
Okay..
Baru balik dari hospital actually.
Ada apa text? Tiba-tiba.

Tipu. Adra tipu. Dia habis kerja pukul 8malam tadi. Namun sampai sekarang dia masih belum boleh tidur sebetul-betul tidur.

Eskandar ;
Nothing.
Cuma bosan kat sini tak ada kau. :(

To Eskandar ;
It's been 3years I left UK.
Baru sekarang rasa bosan?
Kau sangat kelakar, bang.

Eskandar ;
Do you wanna have some talk?
I miss you.

"Buang tebiat." Ringkas dan padat ayat yang terpacul di dua ular bibir mungel milik Adra Roselle.

My Beautiful Moon [OG]Where stories live. Discover now