BAB 03 🫧🕊️

61 5 0
                                    


TUHAN, aku reda. Ayah pulang ke pangkuan-Mu. Cuma aku ralat. Ralat kerana aku langsung tak sempat bertemu dengan ayah. Mungkin selama ini aku terlalu sibuk dan lalai dengan dunia-Mu.

Aku terlalu rindukan ayah.

Tiba-tiba gambar bersaiz passport Encik Zayn terlucut dari genggaman tangan halus Adra. Lalu terbang jatuh melekat di atas sebuah batu agak besar terletak di hadapan jambatan kayu itu.

Alamak!

Hanya itu satu-satunya gambar yang dia ada. Sempat dia curi dan simpan di dalam dompetnya. Sehingga sekarang hanya gambar itu sahaja ada dengan dia. Yang lain, dia tak tahu mana Puan Azalea letak. Mama nya kata, dia sudah pun bakar semua gambar dan memori yang ada.

Mama kejam!

Macam mana nak ambil ni?

Adra pandang kiri kanan. Hari sudah pun gelap. Hanya nampak samar-samar dek sinaran cahaya bulan purnama. Nak tak nak kena panjat penghadang jambatan ini.

Adra ambil langkah. Kedua-dua belah tangan memaut kuat pada penghadang jambatan yang tingginya paras dada. Lalu sebelah kaki kanan pula diangkat sampai dia berjaya mencecahkan kakinya di atas penghadang tersebut. Sebelah kaki lagi dijinjit untuk bagi sokongan tubuh.

Lepas tak lepas itu belakang cerita. Janji dia dah cuba. Tambahan tiada orang nampak. Bolehlah dia buat kerja gila!

Kaki kanan lepas! Yes! Kaki kanan dan juga kedua-dua tangannya pula bagi sokongan tarik tubuhnya naik ke atas.

"Not again." Keluh Luth yang baru saja berjaya dia pinjam joran dari seorang abang tadi. Joran di buang ke tepi. Dia berlari sekuat hati. Adrenalinnya mendadak naik.

Adra berjaya naik ke atas penghadang jambatan kayu itu. Dia kumpul keyakinan untuk melompat turun pada batuan besar tersebut.

"Adra!!!" Bergema satu suara garau dari kejauhan. Adra yang belum sempat terjun ke bawah, dia menoleh. Satu lelaki berlari pecut menuju ke arahnya. Langkah kakinya yang panjang itu besar besar. Membulat mata Adra tika ini. Nampak figura jejaka itu semakin dekat dengannya.

Mamat ni buat apa kat sini?!

"Not again, Adra Roselle!!" Pekiknya kuat. Nadanya keras! Pantas kedua-dua tangan kekarnya melingkar erat pada perut Adra. Adra tak sempat buat apa-apa. Hanya mampu menjerit kecil apabila terasa tubuhnya secara tiba-tiba dicempung jatuh ke permukaan jambatan.

Gedebuk! Mereka berdua jatuh bersama.

"Kau kenapa?!!" Marah Adra sebaik sahaja mereka berdua kembali berdiri dalam keadaan sedikit pegal-pegal akibat jatuh.

Luth lihat sikunya sedikit berdarah akibat bergesel dengan permukaan jambatan yang berkayu itu. Dia biarkan saja. Kelihatan ada bara di dalam hatinya. "Sepatutnya aku tanya kau! Kau tu dah kenapa?! Kau dah gila ke nak terjun kat sini?! Dah tak reti nak ingat Tuhan?!" Kali ini Luth pula naik satu oktaf.

Adra tercengang apabila dimarahi begitu. "Kau ingat aku nak terjun bunuh diri ke?" Teka wanita itu.

"Habis tu?! Kalau dah naik atas ni, apa maknanya? Apa tak pergi terjun ke bawah? Takkanlah kau tiba-tiba saja nak berpeleseran duduk melepak atas ni macam beruk kan?" Soalan berbalas soalan.

My Beautiful Moon [OG]Where stories live. Discover now