"Hurm...nak pakai yang mana eh?" Hanis bermonolog sendiri sambil melihat dua pasang baju di hadapannya. Bersilih ganti dia mencubanya di hadapan cermin."Warna ni lah." Dia memilih baju berwarna merah jambuh cerah. Sesuai dengan warna kulitnya.
Beberapa minit kemudian, dia siap. Hanis membelek dirinya dihadapan cermin. Ah okey lah ni. Desis hatinya. Hanis mencapai kunci kereta dan begnya lalu memandu ke destinasi yang di tetatpkan.
___
"Semua sudah siap?" Soal Thaqeef kepada pekerja-pekerjanya. Mereka mengangguk sebagai respon. Thaqeef menilik jam tangannya sekilas. Sesekali dia menjenguk ke luar melihat keadaan pelanggan yang makan di hotel itu.
"Dah ramai chef.." ujar salah satu pekerjanya.
Thaqeef menganggukkan kepalanya tanda faham. "How about dessert ?" Kini Thaqeef mengalihkan pandangan pada seorang pasangannya dalam dapur, Hanako Agata.
Hanako memandangnya dengan senyuman. "Done."
Thaqeef menganggukan kepalanya tanda faham. Sekali lagi matanya melirik ke arah luar. Namun dia menoleh dengan pantas buat kali kedua, bagi memastikan apa yang dia lihat itu benar.
Terukir segaris senyuman pada bibirnya.
"Okey guys. Serve the main dish." Arahnya sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku.
Hanako yang perasan tindak-tanduk Thaqeef itu mendekatinya.
"You seems happy." Tegur Hanako lalu turut bersandar pada meja dapur. Thaqeef menoleh ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya namun masih tersengih-sengih sendirian. Hairan Hanako dibuatnya.
Thaqeef mengalihkan lagi pandangannya ke luar , melihat tetamu dan pekerjanya melakukan tugas dengan baik. Sambil-sambil dia melirik ke seseorang.
Comel. Desis hati Thaqeef.
___
Hanis menepuk perlahan perutnya. Kenyang. Itulah perkataan yang boleh terangkan keadaan Hanis sekarang. Dia tersenyum melihat Mellisa , iaitu sahabat baiknya.
"Sedap sangat makanannya...tak boleh nak skip langsung tau!" Ujar Hanis dengan nada yang ceria. Mellisa hanya menggelengkan kepalanya.
"Jom tanya siapa chef dia , nak tak? Kot-kot lah boleh jadi tukang masak masa majlis kahwin aku nanti." Utara Mellisa sambil tertawa kecil. Hanis membuat muka sebagai respon.
"Tak malu. Kau rasa hotel ni nak bagi tau ke siapa chef terbaik dia tu? I don't think so..." Ujar Hanis.
Tiba-tiba jejaka tinggi datang menyapa, dia menunduk sedikit agar kepalanya betul-betul berada di sebelah kepala Hanis. Suaranya lembut namun bernada sedikit tegas.
"Talking about me, miss lady?" Ujarnya lalu menegakkan semula badannya lalu berdiri di sisi Hanis. Hanis yang terkejut itu terus duduk menegak , kepala laju menoleh ke arah suara tersebut.
Matanya membesar melihat empunya suara.
"Hi miss. Nice to meet you again. Here."
YOU ARE READING
fallin flower
Rastgele"never thought i would want to fall for someone..." start : 17.07.24 end : @harutokacak storyline | inspired by fallin flower by seventeen