Bab 48

1.5K 58 0
                                    

"Betul ni sayang nak kerja dekat cafe lagi?" Soal Zheng lagi ke arah aku. Kami Masih lagi berada di dalam perut kereta yang sudah berada di hadapan Cafe Z Lucius milik suami aku itu. Di manakah dua jejaka itu? Ziyyad Aaron sudah pun duduk di rumah asal mereka. Itu pun Jejaka di sebelah aku ini yang arahkan

Soalan yang di Tanya oleh Zheng itu sudah pun berkali-kali sejak semalam lagi. Dia wajib kan aku untuk duduk di rumah sahaja tapi ini kan Qistina Tyara. Dengan kecomelan mata aku ini, boleh la pujuk dia walaupun harini banyak Kali juga dia pujuk aku. Haha!

"Saya okay ja la, kenapa awak nak risau sangat ni? Lagipun office awak tepi ni ja. Jangan la risau" ujar aku sambil mengusap lembut tangan besar nya

Dia melepaskan nafas berat Dan terus mengusap kepala aku itu. Sempat dia cium di dahi luas milik aku. Aku tersenyum kecil Dan terus Salam tangan nya

"Be careful sayang, kalau ada apa-apa terus call abang. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Kalau perempuan gila tu datang, terus call abang. Nanti abang suruh ziyyad tengok kan" ujar Zheng Dan aku terus berkerut dahi

"Ish, takyah la! Lagipun saya boleh jaga diri sendiri. Tak perlu susahkan ziyyad untuk jaga saya. Saya bukan budak kecil pun. Lagipun, kan ada kak sofea Dan yang lain. Saya okay ja" ujar aku pula

"Sayang tetap budak kecil untuk diri abang. Abang risau dengan sayang, macam haritu abang tak ada. Sampai lebam dia buat sayang" terang Zheng sambil memandang dengan penuh perasaan sedih ke arah aku. Aku melepaskan nafas berat dan terus mengusap lembut pipi nya yang putih itu

"Everything can okay, Trust me. I'm okay and you.. be careful too"  Ujar aku ke arah nya

"Wo ai ni"  Ujar aku sambil tersenyum kecil. Mata zheng sudah pun membesar sambil memandang aku tidak percaya

"Macam mana sayang pandai cakap cina ni? siapa ajar?" Soal Zheng sambil memandang aku dengan perasaan teruja. Aku ketawa kecil dan senyum ke arah nya

"Suami saya orang Cina, mestilah isteri dia pun kena pandai cakap cina. Adik kembar awak yang ajarkan selebihnya saya belajar guna google" Terang aku sambil memandang tepat ke arah matanya 

"Pandai dah sekarang ni, buat apa-apa tak bincang dengan abang dulu" Ujar zheng sambil jeling tajam 

"Tapi Abang happy!" Ujar zheng lagi

"Abang tak nak balas ka?" Soal aku sambil senyum manis ke arah nya

"Wo ye ai ni" 






Seperti biasa tugas ku di cafe. Tak ada yang kurang tapi ada yang bertambah. Zheng tambah kan dua menu baru iaitu Coffe Dear Rose dan Coffe Qin ai de. Beza kedua-dua coffe ni? Aku pun tak tahu sangat. Bak kata kak Sofea, Zheng letak nama tu untuk hint yang Zheng sudah pun jatuh cinta dengan aku sebab nama Dear Rose dan Qin ai de (Sayang). 

Sweet betul suami aku ni!

"Amboi! termenung nampak. Fikir apa?" Soal Kak Sofea ke arah aku. Kak Sofea terus duduk di hadapan aku sambil memandang ke arah luar tingkap itu. Sekarang waktu Staff berehat, memang tak ramai orang sebab tu aku hanya termenung, tak sangka pula ada kak sofea. Haduh! Kantoi!

"Tak fikir apa pun kak sofea, cuma tengah fikir macam mana la Zheng dulu boleh setia dengan saya selama 3 tahun. Kalau saya tak sanggup" Ujar aku dengan nada perlahan ke arah Kak Sofea. Kak Sofea terus tersenyum kecil dan memandang ke arah tingkap juga

"Semua tu sebab cinta, Qistina" Ujar Kak Sofea 

"Kuatkan setia cinta itu, Sampai sanggup menunggu berapa tahun pun. Sebab tu, Qistina kena bersyukur dapat lelaki macam Tuan Zheng. Dia banyak berjasa dan setia dengan Qistina. Tak ada lelaki yang sebaik Tuan Zheng tu. Qistina kena hargai dan bersyukur. Tak semua mampu ataupun dapat lelaki macam Tuan Zheng" Terang Kak Sofea. Aku mengukir senyuman manis dan terus anguk kan kepala beberapa kali

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now