Bab 3

2.8K 138 6
                                    

"Tuan, eh awak, eh?" Ujar aku ke arah nya dan dia terus memandang aku pelik. Ya! Aku pun pelik dengan diri aku sekarang ni. Aku mana tahu dia nama apa. Dia pun tak bagitahu nama dia. Bantai ja la!

"Kenapa Qistina?" Soal Lelaki itu sambil memandang ke arah aku. Dia juga terus memeluk tubuh sendiri, sementara tunggu lampu merah menjadi hijau. "Hidup ni kena bagi aci tau! Saya dah bagitahu nama saya, habistu awak bila nak bagitahu nama awak?" Soal aku ke arah nya

"Penting ka?" Soal dia sambil mengangkat kening kanan nya. Aku dengan pantas nya terus angguk kan kepala. Aku rasa memang penting pun, habis takkan aku nak panggil dia awak ja

"Aidan"

"Ha? Aidan ja?"

"Aidan kenn"

"Apa ikan?"

Aidan terus menepuk dahi nya. Dia terus jeling tajam ke arah aku. "Bukan ikan, kenn. K E N N" Ujar Aidan sambil mengajar aku seperti budak tadika. Aku terus ketawa kecil, Mana la aku tahu. Ya la, nama pelik sangat. Kenn? Memang sama macam ikan kan? Ka aku yang salah?

"Aidan ken? Aidan kin? Ka aidan kon?" Ujar aku ke arah nya dan lagi sekali aku kena jelingan tajam oleh nya. Sejak aku kenal dengan mamat ni, memang setiap saat la kena jeling. Kalau aku ada kuasa, dah lama aku korek mata dia bagi anjing makan. Selalu sangat nak jeling kan

"Aidan ken bukan aidan kon. Aidan kon tu anak kau" Ujar dia seram ke arah aku. Ish! Mana la aku tahu

"Gurau sikit pun tak boleh. Garang sangat, takut nanti tak ada perempuan nak kat awak" Ujar aku ke arah nya

"Lebih baik dan lebih bagus" Ujar Aidan sambil memandang ke arah aku sesaat dan memandang ke arah lain. "Aik? Kenapa awak cakap macam tu?" Soal Aku pelik

"Entah, maybe aku tak sempurna macam lelaki lain" Ujar dia tenang dan dahi aku terus berkerut seribu. Dah kenapa pula dengan mamat ni?

"Kenapa awak cakap macam tu?" Soal aku lagi

"Tak tahu"

"Aik? Tak tahu tapi cakap diri tu tak sempurna. Awak ni okay ka tak? Awak ada masalah otak ka?" Soal aku sambil tepat memandang nya yang masih tenang memandu kereta

"Kenapa harini Qistina macam banyak soalan sangat? Dah bersedia nak sempurnakan aidan ka macam mana?" Ujar Aidan sambil memandang sesaat ke arah aku

"Euw! Tak nak saya"

"ikut kau la Qistina"

-----

"Aku nak tanya kau sesuatu" Ujar Aidan ke arah aku. Kami berdua sudah pun sampai di destinasi sebenar iaitu kedai baju. Aku masih lagi mencari beberapa baju yang ada size badan sendiri. Memang sekarang ni susah nak cari baju size M ka? Penat la macam ni, kenapa banyak S dengan L ja?

"Pernah ka selama ni awak minta izin? HAHA! Awak ni kadang-kadang lawak la juga walaupun hambar. Tanya ja la" Usik aku ke arah nya

"Kau memang tak nak pakai tudung balik ka macam mana?" Soal Aidan sambil memandang tepat ke arah aku. Aku yang ralit mencari baju itu terus terbantut dan memandang ke arah Aidan semula. Aidan mengangkat kedua belah kening nya dan aku hanya mengukir senyuman palsu

"Tipu la kalau saya tak nak pakai balik" Ujar aku sayu

"Habistu kenapa tak pakai ja?"

"Lepas Mak Ayah saya meninggal dunia, Pak Cik Omar tak benarkan saya pakai tudung. Solat? Memang tak. Cuma haritu, saya terdetik nak pergi sekolah pondok saya balik tapi sayang nya.... tempat tu dah kosong. Dah tak ada sesiapa" Jelas aku satu persatu ke arah Aidan

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now