Bab 49

1.3K 64 4
                                    

Harini aku di beri keizinan untuk keluar bersama Fiera. Sengaja nak tenang kan diri bersama Fiera alang-alang boleh lepas kan rindu. Memang dah lama juga aku Dan Fiera tidak berjumpa. Zheng memang bagi tapi aku kena pergi dengan Ziyyad. Dia takut kalau ada orang nak ganggu aku lagi. Aku ikutkan sahaja, aku tahu yang suami aku itu masih berada di dalam fasa trauma kehilangan aku

Semalam? Memang memory indah bagi aku. Lepas sahaja kami menari, Zheng sudah pun membawa aku untuk masuk ke dalam bilik. Ha! fikir apa? kami tak buat apa-apa pun sebab Zheng nak aku rehat dan dia tahu aku perlukan masa

"Fiera! i miss you! so much!" Ujar Aku dan kami sama-sama berpelukan each other gitu! Aku boleh nampak yang Ziyyad menyampah dengan perangai kam itu. Ingat aku kisah? Siapa suruh dia nak ikut. Kena la bertahan sikit! Haha!

"Aku pun rindu kau!" Ujar Fiera dan kami sama-sama melepaskan pelukan sempat aku senyum jahat ke arah Ziyyad yang sudah memandang tajam ke arah aku

"Ehem! Rasa macam tak selesa la kan? Kita nak sembang girl jer tapi ada boy ler pula kan?" Ujar aku ke arah Fiera sambil itu mengata seround ke arah Ziyyad. Fiera terus ketawa kecil sambil memandang ke arah Ziyyad 

"kutuk dalam tersirat ka macam mana ni, hm?" Soal Ziyyad sambil mengangkat kening kanan nya. Aku terus mengangkat kedua-dua bekah bahu sahaja. "Huft! fine. i go but, 30 minutes" Ujar Ziyyad dan dia terus berlalu dari situ

"Awak ni jahat la, kesian dia" Ujar Fiera sambil menjeling tajam ke arah aku. Aku terus ketawa kecil sambil senyum smirk ke arah Fiera

"Suka dia ka?" Soal Aku mengusik dan Ya! Muka Fiera mula memerah! Sah diorang ni ada apa-apa. Amboi! dalam diam dua orang ni. Kena bagitahu Husband ni. Ada cerita baru, Haha!

"Mana ada! aku dengan tak ada apa-apa pun. kau jangan nak lebih-lebih erk" Ujar Fiera sambil menjeling tajam ke arah aku. Aku hanya ketawa sahaja dan Fiera terus memeluk tubuh sendiri. 

"Eleh! kalau ada pun tak salah. Jujur la jal, mana la tahu nanti korang pula" Ujar aku mengusik lagi dan Fiera terus 

Pap!!

Tangan Fiera sudah pun menampar kuat di lengan aku. Sakit beb! ini bukan marah ni mesti ada dendam ni! Aku terus mengusap lembut lengan aku sambil memandang ke arah Fiera yang sudah pun senyum puas

"Kau ni mesti ada personal dengan aku kan" Ujar aku dan dia terus angguk kan kepala beberapa kali. Aku terus ternganga

"Sampai hati kau dho!"

"Kau yang buat aku marah, selalu sangat usik aku. Kalau aku ada apa-apa dengan dia pun. Kau tetap kawan aku juga" Ujar Fiera latang dan mata aku terus terbuntang

"K-kau ada apa-apa dengan Ziyyad? Betul ka dho? kau tak main-main kan?" Soal aku dan Fiera terus mengangkat tangan nya. Ready nak bagi penampar kali kedua

"Okay-okay, sorry"







Habis sahaja aku dan Fiera pergi Shoping. Aku menyuruh Ziyyad hantarkan aku pergi office Zheng dan seterusnya hantarkan Fiera balik rumah. Boleh la waktu tu diorang bersweet tapi sempat juga aku beri terguran. Aku tahu Fiera macam mana

Aku mahu melangkah masuk ke dalam Office Zheng tetapi ada satu tangan besar sudah pun menutup mulut aku mengunakan satu kain. Aku mula jerit ketakutan tetapi tiada langsung orang di situ 

Aku mahu sangat-sangat yang akan ada orang nampak aku tetapi aku silap. Pernafasan aku mula lemah jeritan aku mula perlahan. Aku dapat rasakan ada seseorang dukung aku masuk ke dalam Van putih dan mata aku mula tertutup





Mata aku perlahan-lahan terbuka dan aku dapat rasakan kesakitan di tangan aku. Kaki dan tangan aku diikat ketat di kerusi itu. Aku memandang sekeliling bilik itu. Tak kotor tapi sunyi. Tak ada satu barang dan tak ada satu pun manusia di situ

Aku terus berdoa di dalam hati supaya Zheng dapat selamatkan aku. Adakah orang yang sama yang hampir bunuh aku dulu? Ya Allah... Aku nak suami aku 

Aku terus memandang ke arah pintu bilik apabila pintu itu dibuka oleh seseorang yang sudah memakai topeng Putih yang penuh dengan darah? Badan aku mula shaking dan berselawat di dalam hati

"Kau takut?" Soal Lelaki bertopeng itu sambil bercangkung di hadapan aku. Dia mahu memegang dagu aku tetapi aku menepis dan memandang ke arah lain. Dia melepaskan nafas dan ketawa jahat ke arah aku

"Kenapa kau culik aku? Aku tak kaya. Aku tak ada duit. Tak ada manfaat pun. Buat susah ja" Ujar aku latang sambil memandang garang ke arah nya. Lagi sekali lelaki itu ketawa bebas dan memegangkuat di dagu aku

"Aku nak kau, manfaat untuk aku" Ujar dia dan matanya terus renung di mata aku. Aku terus meneguk air liur dan memandang ke arah lain

"I know, kau kahwin dengan adik aku" Ujar dia dan dia terus melepaskan dagu aku. Dia bangun dan memeluk tubuh sendiri. Kahwin dengan adik dia? Zheng ka? Suami aku? We! apa benda ni!?

"Zheng Lucius right?" Soal dia lagi dan aku hanya senyap

"Aku benci kau! sebab kau! adik aku tinggalkan kerja dia!.. tapi bila aku tengok kau ni, Aku rasa aku suka dekat kau. Sebab tu adik aku boleh buat apa sahaja untuk kau" Ujar dia gerun dan aku terus meneguk air liur lagi

"You perfect and beautiful

"Aku tahu, tak lama lagi adik aku akan selamatkan kau juga. Aku ada kerja untuk kau dan kau akan selamat selepas ni" Ujar dia lagi

"Kau siapa?! Kau abang zheng? kenapa aku tak tahu?!" Soal aku latang ke arah nya. Dia terus membelakangi aku dan topeng putih dicampak ke bawah. Lengan nya dilipat hingga ke siku dan dia terus memandang ke arah aku

"Abang?"

"Aku bukan suami kau, Aku Zayden Louis" Ujar dia dan terus bercangkung di hadapan aku. Muka dia memang sama macam Zheng dan juga Aaron. Cuma di kening nya ada bekas torehan. Aku termenung di kening nya sahaja

"Zheng Lucius dan Zander Lucas adik aku" Ujar dia dan aku terus terkejut. Siapa pula lelaki yang bernama Zander Lucas ni. Takkan Aaron?

"Banyak benda suami kau berahsia denan kau ni sampai aku sebut nama Adik aku pun kau tak kenal. Kau isteri dia atau..." Dia terus dekatkan bibir nya di telinga aku

"Something untuk melepaskan nafsu?" Soal Zayden

"Aku isteri dia lah!! Aku tahu suami aku macam mana! Dia baik dan kau macam iblis!" Jerit aku latang sambil mahu menendang nya

"Aku mengaku yang aku iblis dan aku tahu Adik-adik aku dah dapat didikan yang baik. Tapi kau kena ingat erk, Sekarang ni aku penting dalam hidup kau dan adik aku!" Ujar Zayden dan dia terus membuka ikatan tali aku

"Aku akan bagi tugas kau dan aku akan ceritakan segalanya tentang diri Zheng Lucius yang sebenar" Ujar dia sambil menarik tangan aku kuat supaya ikut dirinya keluar dari bilik kosong itu. Aku tak ada pilihan lain dan hanya turut sahaja

"Untuk apa aku kena tolong kau?!" Soal aku

"Nasib aku suka kau kalau tidak pistol ni kena dekat perut comel kau tu" Ujar Zayden sambil memandang misteri ke arah baju aku. Aku terus meneguk air liur

"Kau tolong aku, kau akan selamat"

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now