Bab 54

1.4K 65 4
                                    

Zheng terjaga dari tidur nya apabila Azan sudah pun berkumandang di sekitar rumah. Zheng terus mengosok matanya sesaat dan memandang ke arah isteri yang masih lagi bermain-main dengan mimpi. Zheng senyum manis dan terus mencium di ubun rambut Qistina

"Assalamualikum, Isteri Abang" Gumam Zheng perlahan di tepi telinga Qistina. Dahi Qistina sudah pun berkerut dan tangan nya terus menolak lembut muka Zheng. Zheng ketawa kecil dan terus bangun pergi ke arah bilik air untuk membersihkan diri sendiri

Zheng mengambil masa beberapa minit juga untuk membersihkan diri. Dia terus pergi ke arah Qistina yang masih nyenyak tidur. Bantal gulung di peluk erat oleh Qistina. Zheng terus duduk di tepi katil dan perlahan-lahan selak rambut Qistina ke tepi telinga

"Isteri Abang, Bangun dulu. Solat subuh dengan Abang" Ujar Zheng lembut dan lagi sekali tangan Qistina menolak muka Zheng. Zheng cium di pipi kanan Qistina

"Subuh tak tunggu kita sayang, Bangun pergi mandi dulu" Ujar Zheng lagi dan Qistina dengan perlahan-lahan membuka matanya. Tangan kanan Zheng terus menakan button lampu kecil di tepi katil

"Mimpi apa? Sampai tak nak bangun ni?" Soal Zheng ke arah Qistina. Qistina senyum dan terus memeluk erat leher Zheng. Zheng juga memeluk erat pinggang Qistina. Sempat juga Zheng cium di setiap sudut muka Qistina

"Saya mimpi Abang" Ujar Qistina lembut sambil senyum ke arah Zheng

"Ouh.. Seronok sangat mimpi Abang, sampai tak nak bangun subuh? hm" Soal Zheng sambil senyum ke arah Qistina. Qistina terus ketawa kecil dan dengan pantas nya, Qistina cium di pipi Zheng

"Saya nak pergi mandi dulu ya, Suami" Ujar Qistina lembut. Zheng senyum dan terus angguk kan kepala nya sekali. Qistina terus bangun dan terus pergi masuk ke dalam bilik Air. Zheng juga terus mengemas katil dan pergi mangambil wuduk di bilik sebelah



"Abang, dah-dah la tu peluk saya. Macam mana saya nak masak ni?" Soal Aku lembut apabila Zheng dari pagi tadi tidak lepas peluk belakang aku. Katanya untuk melepaskan rindu. Alhamdulilah... sejak dari aku jumpa Zheng dekat Jerman, Hidup kami dah makin pulih dan lebih baik. Tiada siapa pun boleh kacau kami berdua

"Abang nak peluk sayang, Salah ka kalau Suami sendiri nak manja dengan isteri kesayangan Abang ni?" Soal Zheng sambil memandang ke arah aku Manja. Aku terus ketawa kecil dan memegang kedua belah pipi kiri dan kanan nya

"Tak salah pun suami, Cuma bagi la isteri Awak ni selesaikan tugas dia dulu. Mahu nanti, orang ingat saya kejam sebab tak bagi makan untuk suami sendiri" Ujar aku lembut ke arah nya. Zheng terus menarik tangan aku untuk duduk di birai katil

"Duduk dengan Abang, Sekarang ni. Tugas seorang isteri tu adalah layan suami dia. Seorang suami yang perlu buat semua tugas. And siapa yang berani cakap isteri Abang ni tak bagi makan? Mai Abang nak jumpa, Abang nak ceramah sikit" Ujar Zheng sambil bercekak pinggang. Haha! Comel!

"Sekarang ni, bagi abang nak manja, nak gedik-gedik dengan isteri Abang ni. Boleh?" Soal Zheng sambil mengangkat kening kanan nya. Aku senyum dan terus mengeleng kan kepala beberapa kali. Zheng terus memandang tajam ke arah aku

"Saya lapar la" Ujar Aku sambil muncungkan mulut ke arah nya. Zheng senyum misteri dan dengan pantas nya, Zheng sudah pun mencium di bibir muncung aku itu. Terbuka luas mata aku apabila Zheng masih lagi tidak lepaskan ciuman itu

Aku sedaya upaya untuk menolak badan Zheng sehinggalah Zheng sendiri yang melepaskan ciuman itu. Zheng ketawa macho apabila aku sudah pun memandang tajam ke arah nya. Sakit hati ada la!

"Jom, Abang masak untuk sayang" Ujar Zheng sambil mencepung badan aku. Aku dengan automatik sudah pun memeluk erat leher Zheng. Zheng senyum dan terus membawa aku turun ke tingkat bawah

"Encik Suami, boleh tak kalau saya yang masak kan untuk awak? Saya teringin nak awak makan masakan saya" Ujar aku lembut sambil membuat muka comel ke arah nya. Perlahan-lahan Zheng meletakkan aku di atas kerusi di dapur

"Sayang teringin?" Soal Zheng dan aku dengan pantas nya terus angguk kan kepala beberapa kali

"Awak tak nak rasa masakan saya ka?" Soal Aku sambil memandang nya sayu. Sempat juga aku memujuk nya sambil bermain-main dengan tanganya. Aku boleh nampak yang Zheng masih lagi memikir sambil memandang ke arah dapur kami itu

"Okay listen, Memang abang teringin nak rasa masakan sayang. Tapi, dalam masa yang sama Abang risau dengan Sayang. Pisau, api semua ni bahaya untuk Sayang" Terang Zheng lembut sambil memegang tangan aku lembut. Aku melepaskan nafas berat dan terus tundukkan kepala ke bawah sahaja

"Awak cakap ja la, yang awak memang tak nak makan masakkan saya" Ujar Aku sayu dan Zheng terus memegang dagu aku. Mata aku terus memandang ke arah matanya juga

"Bukan sayang, Abang memang teringin tapi Abang tak nak susahkan Sayang. Sebab semua ni tugas seorang suami bukan tugas seorang isteri. Abang kahwin dengan sayang bukan sebab cinta sahaja tapi sebab Abang nak sayang rehat. Abang tahu life sayang, dan sekarang abang dah janji dengan diri Abang yang Abang takkan susahkan isteri Abang" Terang Zheng bersungguh-sungguh ke arah aku

"Tapi Saya dah rehat, Sekarang izin kan lah saya untuk sehari ni ja macam isteri orang lain. Masakan untuk suami dan buat semu tugas dalam rumah ni. Sehari ja, Boleh?" Soal Aku pula sambil memandang comel ke arah nya

"Boleh tak Encik Suami? izinkan Cik Isteri masak" Soal Aku lagi dan Zheng terus melepaskan nafas berat. Zheng cium di dahi aku dan dia terus angguk kan kepala. Aku terus senyum gembira

"Terima kasih Abang!" Ujar Aku riang

"Ada syarat" Ujar Zheng dan aku terus terbantut

"Abang kena tolong Sayang masak, Sayang tak boleh pegang pisau dan benda yang berbahaya untuk sayang" Ujar Zheng dan dahi aku terus berkerut seribu

"Mana boleh macam tu!" Marah aku dan Zheng terus mengambil Apron di tepi pintu dan Apron itu terus di sarungkan di leher. Zheng juga ikat reben di belakang aku

"Nak masak untuk suami ka tak?" Soal Zheng sambil menyarungkan Apron di tubuh sendiri. Aku terus menjeling ke arah nya dan Zheng hanya ketawa bebas

"Kenapa nak marah, Tak nak pahala?" Soal Zheng sambil memeluk erat pinggang aku. Aku menolak nya lembut dan pergi ke arah singki untuk mengambil kuali

"Nak tahu satu benda tak?" Soal Zheng sambil mengambil papan potong dan juga pisau. Aku hanya diam dan mengambil barang di dalam laci

"Kalau isteri dia senyum dekat suami pun mudah dapat Pahala. Isteri ni buat benda yang boleh membahagiankan suami pun dapat Pahala. Sebab perempuan ni mudah dapat Phala dan mudah dapat Dosa" Terang Zheng

"So, Awak nak cakap saya tak hargai suami saya sendiri. Saya tak pernah bahagiakan suami saya sendiri? macam tu?" Soal Aku tak puas hati ke arah nya. Zheng senyum dan terus mengeleng kan kepala beberapa kali

"Tak Sayang, Maksud Abang sayang tengah dapat Pahala tanpa sedar. Tadi pagi Sayang bangun, Sayang dah bahagiakan Abang. Sayang nak masakkan untuk Abang pun, Sayang dah dapat Pahala. Sebab apa Abang cakap macam tu, Sebab diri Sayang sendiri pun dah buat Abang ni Bahagia" Terang Zheng sambil menarik aku supaya aku rapat dengan nya

"Awak ni gila tau, macam mana saya yang tak buat apa-apa pun boleh bahagiakan awak pula?" Soal Aku pelik dan Zheng terus senyum

"Abang memang dah gila, Gila sebab kesayangan Abang ni buat cinta yang mengila kan Abang. Sebab tu setiap Hari Abang angaukan isteri Abang sendiri" Ujar Zheng dan terus Zheng cium di dahi aku

"Abang sayang isteri Abang yang sorang ni ja. Abang tak nak yang lain sebab Abang dah dapat bidadari syurga" Ujar Zheng dan aku terus tersenyum kecil. kenapa aku boleh blushing ni! Dan telinga aku dapat dengar yang Zheng sudah pun ketawa macho

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now