Bab 55

1.5K 62 1
                                    

"Abang, macam mana kan kalau suatu hari nanti saya terdetik nak buat barcode dekat tangan. Awak marah tak?" Soal aku lembut ke arah nya. Habis sahaja kami breakfast tadi, Zheng sudah pun mengajak aku untuk pergi teman nya siram pokok Bunga

"Kenapa sayang nak cederakan diri sayang sendiri? Tak ada kerja?" Soal Zheng pelik ke arah aku sambil mengangkat kening kanan nya. Aku bangun dan terus pergi memeluk erat tangan kanan Zheng

"Kenapa ni, ada masalah ka? Nak cerita dekat Abang? Come, Abang dengar" Ujar Zheng lembut sambil memandang ke arah aku. Aku senyum dan terus mengeleng kan kepala beberapa kali. Zheng terus tutup paip air itu dan menarik aku untuk berada di dalam pelukan nya

"Habistu? Kenapa tanya soalan macam tu dekat Abang? Sayang tahu kan yang Allah melarang kita untuk cederakan diri sendiri. Tak kisah la, Sayang ada masalah ka tetap tak boleh. Barcode semua tu haram sayang. Jangan cuba buat okay?" Terang Zheng sambil mengusap lembut belakang badan aku

"Kalau Sayang ada masalah, Abang ada. Jangan pendam" Ujar Zheng lagi. Aku menolak nya lembut dan memandang ke arah nya

"Saya tak ada masalah, tapi awak. Awak mesti ada masalah kan? syarikat, cafe dengan perangai saya lagi. Awak tak penat ka Zheng? Awak tak nak rehat? Pergi kerja, kena layan pekerja balik rumah layan perangai saya pula" Ujar aku sambil mengusap lembut pipi kanan Zheng

"Jujur Abang jawab Abang tak penat, Abang lagi suka. Sebab tu Allah ciptakan Malam dan siang. Malam untuk berehat dan siang untuk bekerja" Ujar Zheng sambil mengukir senyuman manis ke arah aku

"Tak ada istilah Abang penat jaga sayang, Habis sebab apa Abang kahwin dengan sayang? Macam yang Abang bagitau sayang, Abang kahwin dengan Sayang bukan sebab cinta kita sahaja tapi sebab Abang nak jaga sayang, Abang nak sempurna kan kita, Abang nak kita sama-sama untuk terus bertaubat..." Panjang lebar Zheng terang ke arah aku

"Jawapan Abang tetap sama, Abang takkan penat" Ujar Zheng sambil menarik tangan aku untuk duduk di bangku berdekatan di situ. Zheng menarik dua belah tangan aku dan diletakkan di hati nya

"Kalau Abang ada kuasa untuk tunjukkan bertapa besarnya cinta Abang dekat Sayang, Abang dah tunjuk. Tapi, Abang tak ada kuasa sebab Abang pun manusia biasa sama dengan Sayang. Yes, ada juga dalam hati Abang yang Abang penat tapi penat kerja..."

"Bukan penat jaga sayang. Lepas ni, jangan tanya soalan yang sayang sendiri dah tahu jawapan dia. Dengan nama Allah, Zheng lucius hanya cintakan Qistina Tyara hingga akhir hayat dan hingga ke syurga nanti" Ujar Zheng sambil mencium tangan kiri dan kanan aku

"Macam mana suatu hari nanti, abang termakan kata-kata Abang?" Soal aku ke arah nya. Mata aku masih menatap ke arah Zheng

"Macam mana kalau Abang cakap yang Abang tak akan termakan dengan kata-kata Abang? Macam ni, Allah Maha Berkuasa Sayang. Kita berdoa dekat Allah supaya Allah jaga masjid kita. Masjid yang kita bina selama ni" Terang Zheng dengan soft nya ke arah aku

"Abang takkan tinggalkan saya kan? Janji kan?" Soal Aku ke arah nya

"Buat apa Abang kena tinggal kan bidadari syurga ni? Sayang bidadari Abang dan sayang juga isteri Abang. Allah hadirkan Sayang untuk Abang jaga dari ajnabi yang kejam. Abang tetap hero sayang... Sampai bila-bila and Abang janji" Terang Zheng sambil mengusap lembut pipi aku

"Terima kasih Abang.. Sebab jaga saya. Terima saya dengan sepenuh hati Abang. walaupun waktu pertama kali kita jumpa langsung tidak indah tapi sekarang Abang dah indah kan balik cerita kita"  Ujar Aku sambil mengukir senyuman manis ke arah nya

"Sama-sama Sayang" Ujar Zheng sambil mengusap lembut atas kepala Aku



"Abang dengan Zayden memang tak rapat ka?" Soal Aku ke arah Zheng. Kami berada di ruang tamu sahaja sambil melayan movie di televisyen

"Kenapa Sayang tanya?" Soal Zheng sambil memandang ke arah aku pelik. Aku geleng kan kepala dan cium di pipi Zheng

"Saja" Ujar Aku

"Abang dengan Aaron memang tak rapat dengan Zayden sebab dari kecil lagi Zayden di pindah kan untuk duduk dengan Xing. Lelaki yang sayang jumpa haritu. Xing memang tak pernah kahwin tapi ada banyak perempuan simpanan" Ujar Zheng sambil mengeleng kan kepala beberapa kali

"Berbalik kepada Zayden balik, Abang dengan Aaron kan twins jadi Mak Abang lebih sayang kan kami dari Zayden. Tapi, Zayden tak pernah nak berdedam dengan kami sebab ya, dari kecil duduk dengan jenayah" Terang Zheng lagi

"Last Abang jumpa dengan Zayden dulu waktu 8 tahun dan selepas itu kami dah tak jumpa sebab Xing bawak Zayden pergi German. Kenapa perangai Abang tak sama macam Aaaron? ini semua sebab Zayden" Ujar Zheng sambil memandang ke arah aku

"Aaron memang manja dengan mak Abang. Dan Abang? tak rapat dengan sesiapa sebab Zayden pernah cakap dekat Abang yang jangan percaya kan sesiapa dalam dunia ni. Tak kisah la, family, ibu atau Ayah sekali pun" Ujar Zheng 

"Waktu tu, memang abang dengar cakap Zayden sampai la Abang duduk dekat Malaysia dan kenal dengan kelaurga Anas Khalif. Keluarga angkat Abang dan waktu yang sama juga Abang jumpa Sayang" Ujar Zheng sambil mengengam tanga aku erat

"Abang dapat tahu yang Sayang muslim dan waktu yang sama juga keluarga angkat Abang memang muslim. Ayah Angkat Abang ajar Abang dan ajar niat yang betul. Abang syukur dekat Allah kerana hadirkan keluarga Angkat macam Anas Khalif. Abang bersyukur sangat waktu tu sayang. Abang pun waktu tu, dah tak main benda-benda yang haram" Ujar Zheng lagi. Panjang lebar aku dengar dia terang kan kepada aku

Sekarang aku dah dapat jawapan, kenapa Aaron perangai lain dari lain. Rupanya anak manja gitu. Dan aku juga dapat jawapan kenapa Zayden pun tak masuk islam seperti adik nya. Rupa-rupanya dia memang duduk dengan Xing dari kecil. Semua jawapan aku dah dapat

"Ada soalan lagi?" Soal Zheng dan aku terus angguk kan kepala

"Xing tu uncle Abang kan? Kenapa dia bunuh Ayah Abang? Kenapa Zayden pun bencikan Xing juga? Kenapa Zayden sanggup bunuh isteri dia sendiri haritu?" Soal Aku ke arah nya. Zheng ketawa bebas sambil memeluk pinggang aku erat

"Banyak juga ya soalan Sayang ni" Ujar Zheng dan aku hanya ketaw sahaja. Dah alang-alang, tanya ja la selagi boleh

"Kenapa Xing bunuh Papa dulu? Sebab dia nak harta papa. Dan dia juga cintakan mama dulu. Tak dinafikan Mama memang cantik sama macam Sayang. Tapi Xing tak boleh terima yang papa dah kahwin dengan Mama. Sebab-sebab lain Abang tak tahu tapi Abang yakin yang Zayden tahu" Ujar Zheng sekali nafas dan sempat juga dia memuji kecantikan aku. Blushing!

"soalan yang kedua, Kenapa Zayden pun turut bencikan Xing walaupun Zayden memang duduk dengan Xing kan? jawapan dia, Papa yang hantarkan Zayden duduk dengan Xing. Dan waktu tu juga Zayden memang bencikan Papa sebab Papa gunakan Zayden untuk intip Xing. Tapi, Zayden salah. Papa dah rancang tapi xing yang lalai. Zayden memang ada darah papa. Darah ganas. Papa sengaja nak Zayden ada ilmu xing supaya senang untuk buat sesuatu bila Xing serang dan papa juga tahu yang Xing memang ada niat untuk bunuh diri papa sendiri" Zheng terus melepas kan nafas dan aku terkebil-kebil memandang ke arah nya. 

Wow! 

"Untuk jawapan ni sayang faham kan?" Soal Zheng dan aku terus angguk kan kepala beberapa kali

"Next, sebenarnya bini Zayden tu anak kepada Xing. Ikut rancangan papa, untuk intip Zayden buat kerja ghost. Kenapa dia libatkan sayang? Sebab dia nak bila ada konco-konco xing intip Zayden waktu tu, diorang tak akan marah dan serang. Sebab, mask tu muka Sayang. Diorang ingat Zayden bunuh sayang depan Abang dan.."

"Itu salah satu rancangan Xing. Dia nak abang derita sama macam papa dulu" Ujar Zheng dan mata aku mula meluas

"Jangan takut. Zayden dah buat kerja gila haritu" Ujar Zheng dan aku terus memandang ke arah nya pelik

"kerja gila?"

"Biarlah rahsia..

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now