Bab 60

1.5K 66 1
                                    

Aku dengan perlahan-lahan membuka mata dan aku dapat rasakan yang ada satu tangan memeluk badan aku erat. Mata aku terus terbuntang apabila Zheng masih nyenyak tidur di sebelah aku. Aku terus meneguk air liur dan perlahan-lahan menolak tangan Zheng tetapi Zheng masih lagi mengeras memeluk badan aku

"Tolong jangan pergi mana-mana, stay dengan Abang. Cukup semalam Abang derita tidur sorang-sorang tanpa isteri di sisi" Ujar Zheng perlahan di telinga aku. adan aku terus kejung dan memandang ke arah Zheng masih lagi menutup mata

"Hah?"

"Jangan pergi mana-mana, Abang nak sayang duduk sini teman Abang tidur. Abang penat, nanti Kita bincang pasal semalam" Ujar Zheng lagi dan aku terus memandang ke arah nya pelik. Dia mamai ka apa ni? Cakap tapi mata masih tutup

"Abang tak mamai, Abang cuma nak make sure yang isteri Abang ni sentiasa ada dengan Abang. Abang tak nak isteri Abang ni tinggal Abang" Ujar Zheng sambil membuka matanya dan memandang ke arah aku "Baring" Ujar Zheng lagi dan aku terus mengeleng kan kepala beberapa kali. Zheng tarik aku suapaya aku baring semula di dada nya dan dia menahan kepala aku agar aku tidak bangun lagi

"Tidur dengan Abang" Ujar Zheng dan aku hanya senyap. Aku menghembuskan nafas berat dan menampar dada nya kuat. Aku tidak tidur malah aku hanya memandang ke arah jam dinding. Sekarang menunjukkan pukul 4 pagi. Sempat juga mata aku memandang sekeliling. Bilik kami?! Aik bukan semalam aku tidur bilik tetamu ka? Zheng dukung aku?

"Don't think to much, Sayang. Just sleep" Ujar Zheng lagi dan lagi sekali tangan aku menampar dada nya. Zheng ketawa kecil dan menarik semula selimut untuk menutup tubuh kami berdua. Zheng manrik tangan aku supaya di letakkan di dada nya. Disebabkan encik mata dah tak sabar sangat nak lelap. akhirnya aku dan Zheng tidur kembali








Zheng awal-awal lagi menarik tangan aku supaya aku mengikut nya pergi masuk ke dalam bilik. Ya, tadi Zheng masakkan aku bihun goreng dan aku terpaksa makan dua tiga sudu juga sebab dah kena jelingan tajam dari Suami sendiri kan walaupun sekarang ni aku dalam fasa merajuk lagi

"Duduk dekat ditu, Abang nak pergi ambil something" Ujar Zheng sambil mengarahkan aku duduk di birai katil. Aku jeling tajam ke arah nya dan terus duduk di birai katil. Aku memeluk tubuh sendiri dan memandang ke arah lain sementara Zheng mengambil barang 'Someting' dia tu!

Beberapa minit Zheng kembali semula duduk di sebelah aku. Aku masih lagi memandang ke arah lain. Aku dapat rasakan yang Zheng mengeluarkan satu bouqet novel dan dihiasi dengan 3 tangkai bunga Rose

"Sayang, pandang Abang. I'm Sorry about last night. I know i hurt you" Pujuk Zheng lembut sambil menyerahkan Bouqet Novel itu ke arah aku. Aku dengan pantas nya terus menempis dengan kuat. Aku buat balik macam mana dia tempis aku semalam. Hati ni masih sakit!

"Sayang..."

"Awak sendiri dah tahu kan betapa sakit nya hati saya semalam. Semalam saya sedaya upaya untuk masakan untuk awak supaya awak maafkan saya, tapi apa yang saya dapat? Tempisan awak!" Ujar aku geram ke arah nya. Kilang air mata pun masa ni la kau nak mengalir pun! Haish! apa boleh buat hati tisu kan

"Saya sakit hati, Zheng. Sakit gila. Saya ni sanggup luka tangan sebab nak masakan untuk awak. Ya! Saya pun tahu salah saya tapi saya dah minta maaf kan. Habis selama ni, awak buat salah boleh ja saya maafkan. Tapi bila saya buat salah sikit awak tak boleh maafkan. Now, saya tak nak ego, saya nak minta maaf, lantak awak la nak maafkan atau tidak" Ujar aku dan aku mahu bangun dari situ tetapi tangan Zheng terlebih laju lagi menarik aku supaya kekal duduk di birai katil bersama nya

"Lepas la Zheng!" Ujar aku geram dan Zheng masih lagi genggam tangan aku kuat. 

Cup!

Zheng terus mencium dahi aku lama sehinggalah dia sendiri yang melepaskan ciuman itu. Zheng terus mengangkat aku supaya duduk di atas peha nya. Aku terus jeling ke arah nya dan pandang ke arah lain

"Okay, i know. Ini semua salah Abang sebab ego dengan sayang. Sebab abang marah dekat sayang semalam. Sorry sebab teking sayang dan tak makan nasi goreng sayang semalam. Sorry sebab buat sayang terluka dan menangis kerana Abang. Sebab tu Abang cakap yang Abang ni bukan suami yang baik untuk Sayang. Tapi.."

"Abang akan cuba sehabis yang baik. Abang pun terluka sebab Abang tahu Sayang nangis. Sebab tu Abang masuk bilik tetamu semalam dan Abang betul. Sayang tidur dengan keadaan panas, aircond tak buka. Air mata masih lagi tak kering dekat pipi sayang" Terang Zheng satu persatu sambil mengusap lembut tangan kanan aku itu

"Tolong maafkan Abang semula dan terima Abang balik. Abang janji yang Abang akan cuba untuk jadi suami yang terbaik untuk Sayang. Abang tak kisah kalau sekarang ni Sayang pandang abang dengan pandangan jijik, tapi Abang akan cuba juga untuk pujuk Sayang" Ujar Zheng lagi dan aku terus memandang ke arah lantai sahaja

Kenapa aku rasa macam sedih dengan ayat Zheng?

"Bagi sebab kenapa saya perlu maafkan awak?" Soal aku ke arah nya dan Zeng terus memandang ke arah aku. Aku masih lagi dengan muka ketat aku walaupun air mata sudah pun membasahi pipi

Haish! Malu sat! Tapi girl! confident kena ada right?

"Bagi 17 sebab dan kenapa saya minta 17 sebab saya ikut rakaat solat. Dari subuh hingga isyak" Ujar Aku dan aku boleh nampak yang Zheng sudah pun senyuman manis ke arah aku. Zheng menghembuskan nafas dan terus mengusap lembut pipi kanan aku

"Sebab pertama, Ikhlas dari hati Abang yang Abang hanya cintakan sayang. Sebab kedua, Sayang isteri Abang, dan kita suami isteri. Dalam islam, tidak mengajarkan kita bergaduh malah perbaiki mana yang buruk" Ujar Zheng dan aku masih lagi memandang ke arah mata nya

"ketiga, Sebab abang tahu hati sayang dan diri sayang lemah lembut...

4. Sebab Abang tahu dalam diri Sayang masih ada nama Abang

5. Sebab Abang nak sayang bahagia dengan Abang sendiri. Abang tak nak orang lain yang bahagiakan sayang

6. Abang nak, sayang cintakan Abang bukan kerana paksa

7. Sebab Abang suami yang kacak untuk sayang dan Abang yakin keturunan kita akan hensem dan cantik macam kita

8. Sebab Abang suami yang comel untuk Sayang

9. Sebab Sayang makmum Abang di dunia dan di syurga nanti

10. Sebab Sayang bidadari Syurga Abang

11. Sebab Sayang dengan Abang bagai ombak dan pantai. Takkan akan pernah putus

12. Sebab Abang nak kita hidup setia hingga hujung akhir hayat

13. Sebab Abang bakal seorang ayah kepada anak-anak kita nanti

14. Sebab Abang bakal menjadi ustaz kepada Anak-anak kita

15. Sebab Sayang bakal menjadi ibu dan bakal menjadi ustazah kepada anak-anak kita

16. Sebab Abang tak nak lelaki lain yang gantikan tempat Abang

17. And last... Sebab Abang cintakan sayang. Allah hadirkan bidadari macam sayang yang dah ubah diri abang hingga jadi macam ni. Bukan kerana cinta sahaja abang kahwin dengan sayang malah Sayang tanggung jawab Abang... Sayang amanah Abang

Aku terkebil-kebil memandang ke arah Zheng yang sudah memenuhi setiap ruangan 17 sebab. Tipulah kalau aku tak terharu dengan kata-kata dia sebentar tadi

"Please maafkan abang, abang dah tunaikan permintaan sayang Dan sekarang boleh maafkan Abang?" Soal Zheng lembut ke arah aku. Aku melepaskan nafas Dan terus mengukir senyum Manis ke arah nya

Zheng dengan pantas nya terus memeluk aku erat Dan aku juga membalas pelukan nya itu. Satu demi satu kucupan kasih sayang Dari Zheng di atas kepala aku

"Thankyou sayang"



HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now