Special Chapter I

2K 97 4
                                    

4 tahun kemudian...

"Amsyar Qaid! hati-hati jalan tu. Tunggu Papa keluar, jalan dengan Papa" Ujar Aku ke arah seorang budak lelaki yang sudah memakai topi berwarna hitam itu. Siapa lagi, kalau bukan Amsyar Qaid Bin Aidan Kenn. Confirm sangat anak aku. Macam mana boleh dapat nama tu? Zheng gabungkan nama Aidan Dan juga nama aku, Qistina

Amsyar Qaid

Ya! Allah telah hadirkan seorang umat nya untuk kami berdua

Alhamdulilah, kami berdua bersyukur walaupun hanya seorang. Dan aku boleh nampak wajah Zheng saat Amsyar di lahirkan. Sangatlah terselah kebahagiaan seorang Ayah

"Okay Mama" Ujar Amsyar sambil berlari ke arah aku. Aku tersenyum kecil dan terus genggam tangan Amsyar dengan penuh lembut. Kami sama-sama memandang ke arah laut pantai apabila masih lagi menunggu Zheng keluar dari homestay

"Sorry, I'm late" Ujar Zheng sambil berlari ke arah aku. Aku hanya senyum tetapi tidak untuk budak kecil ini. Dia terus bercekak pinggang seperti mana aku buat apabila aku marah Zheng dan juga Amsyar

"Papa ni kan? kesian Mama tau! Meh sini Amsyar bebel dekat Papa! Kita ni kena tepati jani tau! Nasib la, Amsyar hero! Boleh jaga bidadari cantik macam Mama" Ujar Amsyar dan dia sempat senyum ke arah aku sambil kenyitan sebelah matanya

"Eh? Mama bidadari Papa la. Mana boleh share-share. Papa yang susah ngorat Mama, Amsyar pula yang nak jadi hero. No! No!" Ujar Zheng sambil memeluk lembut pinggang aku. Benda macam ni, memang aku dah muak dah nak layan. Semestinya suami aku dan anak aku selalu nak ambil hak sebagai Hero. Haha!

"Hahaha! sebab itulah Papa susah sebab Mama tak sayang Papa. Mama Sayang Amsyar ja, sebab waktu Amsyar lahir, Mama dah cium dahi Amsyar tau. Papa ada? papa tak ada" Ejek Amsyar ke arah Zheng sambil memegang tangan kanan aku

"Amboi dia tu, suka ya ejek Papa dia?" Soal aku lembut ke arah Amsyar dan Amsyar terus ketawa kecil. Sempat dia menarik tangan aku untuk jalan pergi ke arah pasir

"Jom Mama, Kita dating. Papa kan lambat" ujar Amsyar Dan aku hanya mengikut anak aku itu. Zheng? Sudah pun jeling tajam ke arah anak nya Dan berlari mengikut aku

"Kalau nak dating, jangan dating dengan bidadari Papa. Dating dengan bakal isteri Amsyar. Mama ni hak milik Zheng Lucius bukan Amsyar Qaid" Ujar Zheng sambil memeluk tubuh sendiri di hadapan Amsyar

"Eleh, Papa jealous kan? Kalau jealous cakap ja. Hidup kena gentle man! Kalau papa tak gentle, nampak sangat papa kalah dengan Amsyar" ujar Amsyar sambil menepuk dada nya. Aku sudah pun ketawa kecil sambil memandang ke arah drama suami aku Dan juga anak aku

"Yes, papa jealous sebab ada orang tu ambil hak papa. Tahu kan, papa ni tak boleh hidup kalau tak ada mama kamu yang cantik ni" ujar Zheng Dan dia sempat memuji aku. Merah muka dah la muka aku ni! Ni yang aku geram dengan Zheng! Saja buat aku blushing sorang-sorang

"Ouh, papa suka mama sebab cantik ja la. Faham-faham" ujar aku sengaja mahu mengusik. Dan aku boleh nampak Amsyar sudah pun buat drama dia. Perangai siapa lagi kalau bukan aku. Haha! Betul-betul turun temurun

"Oh no! Mama hurt! Ayooo! Papa! Dah buat kekasih kita hurt. It's okay mama, mama marah macam singa pun, mama always cantik di mata Amsyar. Apa la papa ni! Ish! Ish! Tak patut tak patut" ujar Amsyar sambil mengusap lembut kepala aku. Ya! Aku terpaksa tunduk dah anak aku ni Masih pendek la kan

"Eh no! Papa tak maksud kan macam tu sayang. Papa kan kahwin dengan mama sebab papa cintakan sayang. Papa kan dah pernah cakap dulu, papa kahwin dengan mama sebab banyak sebab. Salah satu nya, sebab papa jatuh cinta dengan mama" pujuk Zheng sambil cangkung di hadapan aku

"Sayang macam mana pun, always cantik di mata papa. Kita sehati sejiwa, secinta Dan sepasang suami isteri yang abang tengah usaha kan untuk bahagia kan di antara kita" ujar Zheng lagi Dan aku terus tersenyum kecil. Kami sama-sama bangun Dan kami sudah pun dengar ada budak tu jealous

"Euw! I don't like you!" Ujar Amsyar Dan dia terus jeling tajam ke arah Zheng 

"Mama jom! Kita jalan-jalan" ujar Amsyar sambil melutut bagaikan raja mahu meminang Cinderella. Pandai budak ni, saja nak buat Zheng jealous. Haha! Aku angguk Dan senyum. Aku terus memegang lembut tangan nya seperti drama Cinderella

Kami sama-sama jalan pergi ke arah pantai. "Ouh ya, kamu jaga jalan. Saya nak jalan dengan bidadari saya harini. Semalam hari kamu dengan dia sekarang hari saya dengan kekasih saya" ujar Amsyar dengan gaya raja nya ke arah Zheng

"Baik lah tuan pendek" ujar Zheng

"Apa kamu cakap? Saya ni tuan kamu tau" ujar Amsyar Dan Zheng terus memusing kan bebola mata hitam nya sahaja. Aku Dan Amsyar teruskan berjalan manakal Zheng juga berjalan di sebelah kiri aku

Dah macam bodyguard pun ada! Hahaha!

"Ehem, raja. Saya rasa kan nak duduk dekat sini ja la. Panas la raja, tak kesian dekat Cinderella ni ka?" Soal aku ke arah Amsyar Dan Amsyar tetus buat muka terkejut nya

"Oh no! My Cinderella hurt! Baik lah Cinderella, duduk dekat sini. Tak panas sangat" ujar Amsyar Dan aku terus duduk di atas pasir itu. Zheng juga duduk di sebelah kamu

"Who are you? Saya nak duduk dengan Cinderella saya ja. Kamu duduk dekat sana" ujar Amsyar sambil menunjukan ke arah hujung di pokok. Memang jauh beb!

"Ehem, boleh tak Cinderella nak duduk dengan suami dia? Cinderella takut nanti perempuan lain ngorat suami saya. Mahu nanti saya nangis, raja juga yang pening nanti nak handle" ujar aku sambil memeluk tangan kanan Zheng dengan erat

"Kejap, bagi raja fikir dulu" ujar Amsyar Dan aku terus ketawa kecil bersama Zheng. Seronok juga berdrama dengan Amsyar Qaid ni!

"Hm, boleh la" ujar Amsyar Dan Amsyar tetus duduk di sebelah aku juga. Tangan aku Masih kekal memeluk erat tangan Zheng manakala si raja sudah pun main dengan Tanah nya sahaja

"Be careful Amsyar, jangan sampai masuk mata main pasir tu" ujar Zheng Dan Amsyar terus angguk kan kepala beberapa Kali

"Abang..." Panggil aku lembut ke arah Zheng Dan dia juga memang ke arah aku. Kepala aku sengaja di letakkan di bahu nya

"Kenapa ni? Hm" soal Zheng lembut Dan aku hanya ketawa kecil sahaja

"Saja nak dengar suara abang" ujar Aku Dan aku boleh dengar yang Zheng juga sudah pun ketawa kecil

"Terima kasih"

"For what?"

"Sebab lahirkan seorang insan yang bernama Amsyar Qaid. Sanggup menahan kesakitan demi melahirkan zuriat untuk abang" ujar Zheng Dan aku terus memandang ke arah nya

"It's okay, itu kan tanggungjawab seorang isteri untuk lahirkan zuriat untuk suami dia. Everything okay, don't worry okay?" Ujar aku sambil bermain-main dengan tangan nya

"Thank you again sayang..."

"Most welcome"

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now