Bab 62

1.6K 73 2
                                    

"Hye love! dah lama tak jumpa. Buat apa dekat rumah, tak bosan?" Soal Zayden sambil kenyitkan mata kanan nya ke arah aku. Aku baru sahaja mahu jawab tapi ada orang tu menyembuk sangat nak potong

"Baca dakwat hitam la tu, siapa ja tak kenal Cik Hamster" Ujar Zander ke arah aku ambil memeluk tubuh sendiri. Aku terus jeling tajam ke arah Zander dan mata aku memandang ke arah seorang lelaki yang memakai baju hodie yang sedang elok duduk di sebelah Zayden

"Siapa dia kan? itu yang ada dalam fikiran sayang kan?" Soal Zheng sambil memandang ke arah aku. Aku terus tersenyum kecil dan terus memeluk erat tangan kanan Zheng. Zheng terus senyum dan cium di dahi aku

"Oi oi! hormat" Ujar Zander dan aku terus ketawa kecil. Zheng menarik tangan aku supaya aku duduk di berhadapan dengan pemilik lelaki yang pakai baju hodie itu. Zayden masih kekal duduk di samping lelaki tersebut manakala Zander masih berdiri sambil memeluk tubuh sendiri

"Sayang nak soal apa di persilakan. Kalau dia tak jawab, Abang dengan Zayden akan jawab" Ujar Zheng ke arah aku. Aku terus angguk kan kepala beberapa kali. Aku memandang ke arah lelaki baju hodie itu semula

"Aku, Zyran Luke. Adik diorag semua. Bekas banduan dekat sini, dan aku bukan islam macam twin Z" Ujar dia garau ke arah aku. Lah! adik Zheng? kenapa muka diorang tak sama pun?. Haish! lepas satu-satu Zheng ni! lepas ni siapa pula?

"Saya Qistina Tyara. I think kita sebaya, panggil saya Qistina ja" Ujar Aku ke arah lelaki hodie itu. Dia senyum dan terus angguk kan kepala. Apa yang aku perasan dekat Zyran ni, rambut depan nya tutup mata kanan. kenapa erk? Dia tak rimas ka?

"Kenapa selama ni Abang tak pernah cerita pun" Ujar aku pula ke arah Zheng yang sudah pun memeluk erat pinggang aku. Dia senyum kecil dan lagi sekali Zheng cium di pipi kanan aku. Aku boleh nampak dari ekor mata yang Zander dan Zayden sdah pun menyampah. Haha!

"Zyran luke duduk Cina, lepas abang dengan Aaron pindah Malaysia dan Zayden duduk dengan Xing. Kami tak tahu yang Zyran masih hidup atau tidak. Tapi, Alhamdulilah... Zyran masih hidup dan selama ni Zyran memang dah ada dekat Malaysia" Terang Zheng satu persatu ke arah aku

"Zyran adik angkat kami semua, Mama kitaorang jumpa dia waktu Xing hampir bunuh Zyran. Nasib waktu tu, Papa yang selamatkan Zyran" Ujar Zayden pula dan aku masih angguk kan kepala beberapa kali

"Kesian Zyran... Takpa awak ada Abang-abang awak dan awak ada saya" Ujar aku lembut ke arah Zyran. Aku boleh nampak yang Zyran senyum manis dan angguk kan kepala. Manis nya senyuman dia!

"Ehem! love jangan nak gatal. Cukup ada scandal sorang. Iaitu Mr. Zayden Louis" Ujar Zayden sambil memandang aku tajam. "Oi! dia yang scandal aku!" Ujar Zander pula dan aku hanya ketawa kecil sahaja

"Sayang, no scandal-scandal okay? you have me and i have you. You mine and i your" Ujar Zheng garau sambil mengangkat dagu aku supaya aku berpandangan antara satu sama lain. Aku senyum dan terus kenyitkan mata aku ke arah nya

"Aye Aye! captain Zheng Lucius!" Ujar aku sambil senyum manis ke arah Zheng







"Abang! Abang rasakan saya patut pilih novel yang mana?" Soal Aku ke arah Zheng sambi menunjukkan ke arah dua novel berada di hadapan aku itu. Zheng masih setia berdiri di sebelah aku sambil memeluk tubuh sendiri

"Abang tak tahu la sayang. Abang tak baca novel macam ni" Ujar Zheng ke arah aku sambil memandang ke arah aku. Mungkin dia takut aku merajuk sebab tak pilih kan novel untuk aku. Padahal aku okay ja. Hehe!

"Eh, saya tanya ja. Awak tak nak beli buku apa-apa?" Soal aku sambil memandang ke arah Zheng sesaat dan terus memandang ke arah novel-novel yang tersusun rapi di rak buku. Zheng dengan pantas nya terus memeluk erat pinggang aku

"Tak nak, Abang nak teman sayang. Mana la tahu, ada orang nak culik sayang Abang yang comel ni" Ujar Zheng dan aku terus blushing. Aku terus menampar dada nya perlahan

"Awak ni, ada-ada ja. Saya okay ja la" Ujar aku dan dia terus mengangkat kedua belah bahu nya. Aku terus memusingkan bebola mata hitam dan memilih semula novel 





Habis sahaja aku dan Zheng makan malam, Zheng sudah pun mengajak aku untuk duduk di ruang tamu. Seperti biasa kedudukan kami, aku sentiasa berada di dada nya. Screen televisyen masih lagi gelap dan aku terus memandang ke arah Zheng

"Kenapa tak buka movie?" Soal aku ke arah Zheng dan dia hanya senyum manis ke arah aku. Dia cuitkan hidung aku 

"Abang nak cerita tentang kisah Rasulullah SAW, semasa dia mengangkat darjat seorang wanita" Ujar Zheng dan dia sempat juga dia cium di dahi aku. "Nak dengar tak?" Soal Zheng dan aku terus angguk kan kepala beberapa kali

"Nak! Nak! Nak!" Ujar aku beberpa kali sambil mengukir senyuman manis ke arah nya. Zheng ketawa kecil dan terus menarik aku untuk duduk semula di sebelah nya

"Pada Zaman jahiliyah dulu, Banyak wanita actually bukan banyak hampir kesemunya diperbudak. Malah, di jual ke sana ke sini, di hina oleh para lelaki, di tuduh sebagai pembawa sial di dalam hidup dan ada yang lagi teruk... wanita pada zaman jahiliyah dulu di jadikan sebagai nafsuan" Cerita Zheng satu persatu dan aku masih lagi senyap

"Tapi, ada seorang lelaki yang sangat baik, dan dia lah yang mengangkat tinggi darjat wanita. Beliau yang telah memperjuangkan derajat wanita hinggalah derajat wanita menjadi tinggi seperti mahkota yang berada di atas kepala nya"

"Beliau juga pergi dengan memakai baju yang sangat bersih dan putih dan balik dengan berpakaian dengan baju berwarna merah. Ya, darah. Bayangkan, Beliau mengangkat darjat wanita sampai sanggup berperang" Zheng memandang ke arah aku

"Siapa lelaki itu? beliau adalah Baginda Nabi besar kita... Nabi Muhammad SAW. Tengok, bertapa sayang nya Nabi kita kepada kita" Cerita Zheng dan air mata aku sudah pun mengalir laju di pipi. Sungguh aku sedih dengar cerita itu

"Abang..." Ujar aku perlahan dan Zheng terus mengusap lembut pipi aku. Lagi laju la air mata aku sekarang mengalir! Huwaaaa!

"Ya Allah... berdosa nya saya" Ujar Aku sambil memeukul di dada nya. "Aip, kenapa cakap macam tu?" Soal Zheng lembut ke arah aku

"Ya la, awak sendiri tahu saya macam mana? Huwaaaaa! Abang jahat!" Ujar aku geram sambil air mata tak henti-henti mengalir

"Hey! Ya Allah... Abang cerita dekat sayang sebab abang nak kita sama-sama tahu tentang Nabi kita. Okay, Abang minta maaf jika Sayang terasa dengan Abang tapi sumpah demi Allah... Abang hanya nak berkongsi cerita" Ujar Zheng lembut seperti memujuk aku

"Dah, jangan nangis. Abang kahwin dengan Sayang dan Abang terima segala kekurangan sayang. Dah jom tidur, Abang nampak Sayang macam mengantuk ja. Haish, kesian baby Abang ni, lepas nangis ja mesti nak tidur" Ujar Zheng sambil mengusap lembut kepala aku

"Come, Abang dukung sayang" Ujar Zheng sambil mengangkat badan aku dan secara automatik aku sudah pun berada di dalam dukungan nya

"Sweet Dream"









Zheng masih setia menepuk perlahan di badan Qistina sehinggalah sang isteri sudah pun bermain dengan mimpi. Zheng tersenyum kecil apabila Qistina masih erat memeluk dirinya. Zheng cium di dahi Qistina

"Ya Allah... Engkau selalu mengetahui keadaan isteri ku, Jika engkau melihat isteri ku dalam keadaan berdosa, tolong ampunilah dosanya" Ujar Zheng perlahan sambil berdoa kepada yang Maha Esa

"Jika Engkau melihatnya dalam keadaan bersedih, tolong gembirakan lah hatinya, jika engkau melihatnya dalam keadaan gembira, tolong sempurnakan lah kegembiraanya. Jika engkau melihatnya dalam keadaan sakit, tolong sembuhkanlah rasa sakit nya, Jika engkau melihat nya dalam keadaan bimbang, tolong ubahlah rasa bimbang nya menjadi rasa tenang.." Zheng terus cium di dahi Qistina... Lama

"Jika Engkau melihatnya dalam keadaan letih kerana menguruskan tentang anak-anak kami nanti, tolong berikan balasan yang terbaik untuk nya Ya Allah... iaitu syurga tertinggi jannatul firdaus... Berikanlah semua ujian nya kepada aku... Amiin" Air mata Zheng perlahan-lahaan mengalir dan dia terus memeluk erat tubuh Qistina

"Abang. sayang dan abang cintakan sayang"

HIS NAME: AIDAN KENN || CWhere stories live. Discover now