OBSESI DANIAL (5)

122 9 0
                                    

“Masuklah Nia,jangan malu malu ye,buat macam rumah sendiri je." Pelawa Puan Zana pada Dania yang masih tercegat di depan pintu.

Dia sampai di rumah ini atas permintaan Puan Zana kerana dia sudah menolong perempuan sebaya ibunya itu minggu lepas.

“Okey semua pandang sini jap.Mama nak kenalkan korang dekat bakal menantu Mama ni." Semua orang disitu memberi perhatian pada Puan Zana.

Dania hampir tercekik air liur sendiri.Sejak bila pulak dia jadi bakal menantu Puan Zana.Apa dia nak jawab dekat family dia nanti.Anak Puan Zana pun dia tak kenal.Apa semua ni? Stress dibuatnya.

“Ermm Auntie ni bergurau pulak malam malam macam ni." Semua ni gurauan je kan?

“Apa pulak bergurau Dania.Auntie tak berguraulah.Dari awal Auntie tengok Dania,Auntie dah suka dekat Dania."
Mungkin pertemuan mereka minggu lepas,ada sebabnya.

“Kakak duduklah." Qila Arina menyuruh Dania duduk disebelahnya.Cantik bakal kakak ipar dia.

“Terima kasih Qila." Malu dan berdebar malam ni.

“Ni lah Danial Destin anak lelaki Auntie.Handsomekan anak Auntie ni?" Puan Zana memperkenalkan anak lelakinya pada Dania.

“Handsome Auntie." Balas Dania malu malu.

Tidak dinafikan anak lelaki Puan Zana itu handsome.Tinggi dia pun sesuai selera ni.Kalau dapat,mesti anak dia nanti handsome macam lelaki itu kan? Berangan apa pulak dia malam malam ni.

Danial memandang lama wajah tetamu Mamanya.Nampaknya kuat betul jodoh dia dengan wanita itu.Tak sangka Mama dia boleh bawa perempuan yang dia kagumi selama ini datang ke rumah keluarganya.

“Nial setuju tak kalau Nia jadi isteri kamu?" Soalnya pada Danial.

Kalau dia cakap setuju mesti kantoilah dia suka Dania selama ni.Buat buat tak suka jelah dulu,macam dalam drama.

“Mama serious ke nak dia jadi menantu Mama?" Meminta kepastian dari Puan Zana.

“Mama seriouslah Nial.Kamu macam suka je dekat Nia,ke kamu memang kenal dia?" Macam ada yang tak kenalah.

Alamak kalau Mama tahu,siaplah dia.
Dahlah dia selalu stalk Dania selama ni.Sekarang je jarang stalk pujaan hati dia tu sebab dia busy.

“Eh Mama ni,tak adalah.Nial baru kenal dia sekaranglah." Jangan kantoi,sudahlah.

“Nia lepas ni bolehlah sembang sembang dengan Nial eh? Mana tahu korang tersuka tanpa sengaja nanti."
Sempat dia mengusik Dania dan Danial.

Dania hanya tersenyum malu.Takkanlah nak sembang dengan lelaki depan dia ni kot.Dahlah dia ni jenis pemalu dan penakut kalau depan lelaki.Jarang nak tengok dia sembang dengan lelaki apalagi bergurau senda.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now