OBSESI DANIAL (36)

83 4 0
                                    

Dania masuk ke dalam office dengan muka tak seceria sebelum ini.Hena pelik dengan Dania yang kelihatan tidak bersemangat.

“Nia,kau okey tak?"

Dania menangis di dalam pelukan Hena.Dia menceritakan semua yang berlaku semalam.Hena hanya menjadi pendengar setia dan memujuk Dania.

“Kau sabar okey.Kau kena kuat, janganlah macam ni." Dia turut bersedih.

“Aku tak tahu nak buat apa dah."

“Kalau ada jodoh,kau dengan dia pasti akan bersatu jugak."

“Aku kena jauhkan diri aku dari Danial,walaupun benda tu sakit."

“Aku tahu kau kuat.Tuhan dah tentukan siapa jodoh kita.Andai kau dengan dia berjodoh,sejauh apapun pasti didekatkan.Kau tak perlu risau pasal tu."

“Thank you Hena sebab ada dengan aku.Kau memang kawan terbaik aku.Kau selalu jadi pendengar setia untuk aku."

“Welcome,aku selalu ada dengan kau kalau kau perlukan apa apa.Dah,aku tak nak tengok kau sedih sedih lagi macam ni." Dia mengusap air mata yang mengalir di pipi Dania.

Mereka berpelukan seketika sebelum menyambung kerja masing masing.Tak pasal pasal kena cop curi tulang.

Hena pergi ke mejanya dan menyambung kerja yang tertunda tadi,begitupun dengan Dania.Masing masing sibuk buat kerja.

Jam menunjukkan pukul satu petang.
Dania masih berada di dalam office,sibuk membaca novel.Staff yang lain keluar lunch.

“Sayang,jom pergi lunch.Awak mesti belum makan lagikan?" Danial berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Dania tidak menghiraukan Danial yang berdiri di depannya.Dia sibuk membaca novel.

“Dania Alena." Panggil Danial.

Melihat Dania tidak menghiraukannya,dia merampas novel yang dibaca Dania.Mesti sebab benda ni,Dania tak hiraukan dia kan?

“Awak ni kenapa?!" Dania cuba merampas novelnya yang diangkat tinggi oleh Danial.

“Awak tu yang kenapa?" Dari tadi orang panggil,tak jawab jawab.

“Kalau awak nak keluar lunch,awak pergi jelah.Sibuk nak ganggu orang." Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.Tidak mahu bertentang mata dengan Danial.

“Saya nak ajak awak keluar sekali."

“Awak pergi jelah sendiri." Tak faham bahasa ke mamat ni.

“Kalau saya nak pergi sendiri,buat apa saya nak ajak awak?"

“Saya tak nak ikut awak."

Melihat kedegilan Dania,dia menarik tangan Dania untuk mengikutinya keluar lunch.Novel tadi diletakkan di atas meja.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now