OBSESI DANIAL (39)

75 4 0
                                    

“Dania buatkan saya kopi." Baru berapa jam tak jumpa,dah mula rindu.

Dania yang baru sahaja nak berehat, mengeluh panjang.Dia memandang Danial yang berada di muka pintu dengan ketidakpuasan hati.

“Tak baik tau mengeluh macam tu." Danial mengingatkan.

“Yelah yelah." Dia bergerak ke pantri untuk membancuh air.

“Kau buat apa kat sini?"

“Takkanlah nak tanam sayur pulak?" Perli Dania.Hena ni pun,tanya soalan macam tu.

“Hehe." Dia tersengih macam kerang busuk.

“Apahal sengih sengih ni?"

“Kau buat kopi untuk calon suami kau ke tu?"

“Habis tu,takkan untuk kau pulak.Kau kan boleh buat kopi sendiri."

“Calon suami kau tu,tak pandai buat kopi sendiri ke?" Sebelum ni boleh pulak.Sejak ada Dania,dah jadi manja pulak boss dia tu.

“Dah dia yang suruh,takkan aku tak ikut cakap dia." Kalau gaji kena potong,lagi susah.

“Yelah yelah,sesuailah korang tu kahwin."

“Memang sesuai pun,ke kau yang cemburu?"

“Tak ada maknalah aku nak cemburu bagai."

“Okeylah aku nak hantar kopi pergi office dia."

“Shuhh pergi pergi." Halau Hena.

Dania mengetuk pintu dan masuk apabila Danial menyuruhnya masuk.Terlihat lelaki itu focus buat kerja.

“Nah kopi awak." Cawan diletakkan di atas meja.

“Thanks sweetheart."

“Awak ni demam eh?"

“Haah."

“Kalau demam,kenapa tak makan ubat?" Takkan nak tunggu kena suap.

“Ni bukan demam biasa biasa."

“Habistu?" Pelik boss dia hari ni.

“Demam rindu."

“Alahai dia ni." Ingatkan betul betul sakit.

“Betullah,saya demam rindu dekat awak."

“Dah boleh jadi pelakon awak ni."

“Tak nak jadi pelakon.Nak jadi bapa untuk anak anak awak je." Itu dah lebih dari cukup.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now