OBSESI DANIAL (47)

79 3 0
                                    

“Awak tak bosan ke duduk rumah?"

“Sebelum ni memanglah bosan.Sekarang tak bosan dah sebab ada awak." Rambut panjang Dania dibelai.

“Saya bosanlah awak."

“Awak bosan? Kalau bosan,apa kata kita buat aktiviti yang boleh keluarkan peluh.Nak?" Bibir Dania dipagut lembut.

“Awak janganlah kiss saya." Hampir sesak nafas Dania disebabkan ciuman itu.

“Awakkan cakap awak bosan tadi."

“Saya nak pergi pantai."

“Haihh dia ni.Pandai nak lari dari saya eh."

“Jomlah pergi pantai." Duduk lama lama dalam bilik tu,bahaya.

“Yelah yelah." Nasiblah dapat isteri macam ni.

Dania menikmati keindahan pantai yang ada di depan mata.Boleh tahan sejuk duduk bawah pokok kelapa ni.

“Seronok nampak?"

“Memanglah seronok sebab boleh tengok pemandangan yang indah."

“Tengoklah puas puas.Nak minum air kelapa tak?" Best kalau minum time panas panas macam ni.

Dania menganggukkan kepala.Dah lama dia tak minum air kelapa.

“Jangan pergi mana mana tau.Awak kalau hilang,susah nak cari." Maklumlah isteri dia tu pendek macam budak budak.

“Saya tunggu awak dekat sini je.Pergilah beli air kelapa tu."

Danial menuju ke tempat menjual air kelapa.Dia kena cepat cepat,takut isteri hilang.

Dania yang duduk di bawah pokok kelapa,melihat seorang budak lelaki menangis.Dia menghampiri budak lelaki itu dan memujuknya.

“Hai handsome,kenapa nangis ni?" Katanya sambil mengusap air mata budak itu.

“Althaf nak Papa." Matanya seperti mencari seseorang.

“Ouh nak cari Papa ye? Jom kita cari Papa awak sama sama."Dia mendukung Althaf.

“Papa pergi mana tadi.Boleh pulak Papa tinggalkan Althaf sorang sorang,bahaya tau." Apa nak jadilah dengan bapa budak ni.

Seorang lelaki menghampiri Dania dan Althaf.Dia mengambil anaknya dari Dania.

“Awak nak culik anak saya eh." Tuduh Danish secara tiba tiba.

“Amboi,banyak cantik muka kau nak tuduh aku macam tu!" Naik angin Dania jadinya.

“Habis tu macam mana anak saya boleh ada dengan awak.Mesti awak yang nak bawa dia larikan?"

“Tuduh tuduh pulak engkau.Ada bukti ke?" Tak tahu berterima kasih langsung.

Danish diam.Betul jugak apa yang wanita itu katakan.“Nama awak apa?"

“Dania Alena.Lain kali jaga anak kau tu,elok elok.Orang dah tolong, bukannya nak berterima kasih." Perlinya.

“Sorry and thank you." Singkat sahaja.

“Dahlah saya pergi dulu." Dia sempat melambaikan tangan ke arah Althaf sebelum pergi.

**********
“Sayang pergi mana tadi.Sayakan dah cakap jangan pergi mana mana." Degilnya pendek ni,nasib sayang.

“Sorrylah,saya pergi pujuk seorang budak yang menangis cari bapa dia tadi."

“Budak tu dah jumpa bapa dia tak?"

“Dah jumpa dah.Lelaki tu dah ambil anak dia dari saya."

“Lelaki tu jumpa awak?"

“Kalau dia tak jumpa saya,macam mana dia nak ambil anak dia?" Nak cemburulah tu.

“Lelaki tu ada cakap apa apa ke masa ambil anak dia? Minta number phone awak ke?"

“Haah,dia ada minta number phone saya tadi.Dia handsome tau,dahlah duda." Dia memuji Danish di depan suaminya.

“Sayang seriously?" Air kelapa ditolak ke tepi.

“Apa?"

“Awak puji duda tu depan saya? Pastu awak bagi number phone awak dekat dia?" Dia menarik dan menghembuskan nafas kasar.

“Awak jealous?"

“Mestilah saya jealous.Awak tu isteri saya.Saya tak nak kongsi apa apa yang dah jadi hak milik saya!"

“Awak sorrylah,saya gurau je sebab nak tengok reaction awak." Matilah kau Dania,buat hal lagi eh.

“Benda macam ni awak buat bergurau?"

“Awak sorrylah." Rasa serba salah datang menghampiri.

“Hmmm." Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

“Sorry." Buat muka comel.

“Minum air kelapa awak tu."

“Nak share air dengan awak."

“Awakkan ada air tu.Minumlah air awak."

“Tak nak.Nak share dengan awak jugak."

Danial meletakkan buah kelapa di tengah tengah mereka.“Kenapa pandang saya macam tu?" Dari tadi Dania memandangnya.Nasib dekat pantai,kalau dekat rumah tahulah nasib dia.

“Sebab suami saya handsome sangat.Mesti anak saya handsome macam awak nanti."

“Mestilah handsome macam saya.Sayakan bapa dia bukan si duda tu." Masih dalam mood jealous.

“Tak payahlah sebut pasal duda tu lagi.Awak tetap pemenang dalam hati saya.Saya akan jadikan awak yang terakhir dalam hati dan hidup saya.Selama lamanya nama awak tertulis dalam hati saya." Pandai dia eh,nak memujuk si suami.

“Betul ke ni sayang?"

“Takkan saya nak tipu pulak."

“Jom balik rumah."

“Kenapa nak balik rumah pulak.Awal lagilah awak."

“Dah nak petang ni sayang.Kita balik rumah eh,lain kali kita datang lagi."

“Balik rumah pun,bukan buat apa."

“Kita boleh bermesra dekat rumah.Nak bermesra kat sini,tak boleh."

“Awak ni gatallah."

“Dengan isteri sendiri tak apa,jangan dengan isteri orang."

“Yelah.Pandai je dia nak menjawab." Sabar jelah dapat suami macam ni.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now