OBSESI DANIAL (13)

83 4 0
                                    

Disinilah Dania berada, bangunan mewah itu dipandang.Puan Zana lah yang menyebabkan dia berada disini.
Dia tidak pasti adakah CEO di syarikat itu sudah tua,duda atau masih single? Abaikan semua tu dulu kalau tempat ni terima dia,dia akan bekerja di sini.

Pintu bilik CEO dibuka dari luar.Dua orang yang sedang berbincang di dalam memandang ke arahnya.

“Sorry ganggu." Silap dialah ni sebab tak ketuk pintu.Takut lambat punya pasal.

“Hena awak boleh keluar dulu." Danial memberikan fail yang tebal itu pada pekerjanya.

Suasana kembali tegang setelah perempuan tadi keluar dari bilik.Dania menghembuskan nafas kasar.Pergi mana mana je mesti terjumpa dengan lelaki ni.

“Duduk." Arah Danial sambil melonggarkan ikatan tali leher.

Dania duduk sambil buat muka ketat.Kalaulah dia tahu lelaki itu yang jadi CEO dekat sini,tak nak dia datang sini.

“Dania Alena tak payah nak buat muka macam tu.Ingat comel sangat ke?"

“Saya tak cakap pun saya ni comel."
Panas hati dengan mamat CEO ni.

“Nevermind.Saya rasa tak perlu pun kita nak buat interview bagai.Esok awak dah boleh mula kerja awak."

“Seriously?"

“Ke awak tak nak kerja kat sini?" Banyak tanya pulak pujaan hati dia ni.

“Eh saya nak kerja kat sini." Siapa je yang tak nak kerja kalau gaji besar.

“Get out."

Dania terkejut,dah kenapa dengan CEO ni.“Hah kenapa?" Tadi elok je.

“I said get out." Lama lama Dania dalam bilik dia ni,tak selamat perempuan tu nanti.

Dania bangun dari duduk dan keluar.
Menyakitkan hati betullah anak kedua Puan Zana ni.

Melihat Dania keluar dari biliknya,Danial rasa serba salah.Teruk sangat ke dia tadi? Harap Dania tak merajuk jelah dengan dia nanti.

Pintu bilik CEO dipandang dengan muka merajuk.Ikutkan hati dia rasa nak robohkan je bilik tu dengan orang yang ada dekat dalam tu sekali.

“Lain kali saya balas balik apa awak buat dekat saya eh? Saya takkan tinggal diam." Dania berkata sendiri sambil melihat ke arah Danial yang kelihatan dari luar bilik.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now