OBSESI DANIAL (28)

79 4 0
                                    

“Nia,saya ada benda nak cakap dengan awak."

“Awak nak cakap apa?"

“Sebenarnya.."

“Cakaplah."

“Saya cintakan awak." Terluah juga akhirnya.Reject ke tak,belakang kira.

“Jangan nak main mainlah."

“Saya tak kisah awak nak cakap saya main main ke apa,saya betul betul ikhlas nak jadikan awak permaisuri dalam hidup saya."

“Saya ni bukan apa Danial tapi saya tak percaya sangat dengan cinta cinta bagai ni."

“Awak nak saya buat apa supaya awak boleh percaya saya betul betul ikhlas?"

“Buktikan."

“Baiklah saya akan buktikan dalam waktu yang terdekat."

“Okey kita tengok nanti."

Mereka sampai di hotel yang sudah dipenuhi dengan tetamu istimewa.
Banyak yang handsome dan cantik cantik malam ni.Boleh cari pasangan terus.

“Awak duduklah dulu,saya nak jumpa rakan kongsi saya yang lain."

“Awak pergilah,saya tunggu dekat sini." Dania duduk dan menikmati hidangan mewah di atas meja.

Tepukan di bahu,menyedarkan Dania.
Dia pun ada dekat sini jugak ke,siapa lagi kalau bukan Aisyah.

“Dania awak datang dengan siapa?"

“Danial,kenapa?" Sibuk jelah perempuan ni.

“Boleh tak awak jangan nak rapat dengan dia." Katanya tidak puas hati.

“Kenapa pulak tak boleh?"

“Sebab dia tu saya punya dan saya tak nak tengok awak dekat dekat dengan bakal suami saya."

“Ouh bakal suami eh? Nanti kalau kahwin,jemputlah.Bukan apa tau,takut dia terkahwin dengan saya pulak kan?" Sindirnya lagi.

Aisyah menahan geram dengan Dania.Melihat Dania yang ingin meminum air,dia segera melanggarnya.

“Dania apa awak buat ni.Habis kotor dress saya awak tahu tak?!" Marah Aisyah.

Dania terkejut seketika.Pandainya dia berlakon.Pelik jugak,kenapa tak kerja jadi pelakon.Dia melihat sekeliling dan sesetengah orang sudah memandang ke arah mereka.

“Jangan nak berlakon sangat boleh tak? Kita tengah dinner ni bukan buat drama." Katanya dengan penuh penekanan.Kang aku siram dengan air panas,baru tahu.

“Dania kenapa ni?" Danial muncul sebaik sahaja mendengar suara bising di belakang.

“Awak dia siram saya dengan air ni." Sampuk Aisyah disebelah dengan muka yang dibuat sedih.

Dania hanya diam memerhati.Malas nak buka mulut waktu macam ni.

“Dania betul ke apa Aisyah cakap tu?" Soal Danial.

“Dia yang langgar saya bukan saya sengaja nak siram dia pun." Dania membela diri.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now