OBSESI DANIAL (26)

79 5 0
                                    

Mereka masuk ke dalam mall bersama sama.Dah macam pasangan suami isteri.Kalau orang tengok,mesti orang akan anggap diorang suami isteri.

Danial membawa Dania masuk ke dalam sebuah butik yang menjual pakaian khas untuk lelaki.

"Kenapa bawa saya masuk sini,inikan butik pakaian khas untuk lelaki?"

"Awak tolong pilihkan saya pakaian untuk dinner malam esok boleh?"

"Saya tak pandailah nak pilih."

"Apa yang awak pilih,itu yang akan saya pakai untuk dinner."

Dania memilih pakaian untuk Danial.
Mesti boss dia tu nampak handsome pakai pakaian ni malam esok.Dania berusaha menyembunyikan senyum.

"Senyum senyum ni kenapa,mesti tengah bayangkan saya pakai pakaian ni kan?"

Alamak dia tahulah."Eh mana ada saya senyum.Awak salah nampak kot." Matilah aku.

"Ingat saya ni rabun ke sampai tak nampak dengan jelas yang awak tu senyum?"

"Suka hati awak jelah nak cakap apa.Nah pakaian awak." Dia menyerahkan pakaian yang dipilihnya kepada Danial.

Danial melihat pakaian yang dipilih Dania.Boleh tahan jugak,mesti dia nampak lagi handsome nanti.

Selepas membuat pembayaran disitu,Danial menarik tangan Dania masuk ke butik pakaian perempuan.
Semua dress disitu cantik dan sesuai untuk Dania.

"Awak buat apa bawa saya pergi sini?" Dahlah mahal mahal baju kat sini.

"Nak cari baju untuk awaklah.Pergilah pilih, mana baju yang awak nak."

"Kita cari dekat tempat lain jelah."

"Cari kat sini je,buat apa nak pergi tempat lain?"

"Dekat sini baju mahal mahal."

"Jangan risau pasal tu.Saya belanja awak."

"Tak payah.Saya tak nak awak bayar untuk saya." Tak selesa sebenarnya.

"Apa salahnya?"

"Saya tak nak!"

"Dania kali ni je please,boleh eh?" Dia membuat muka secomel comelnya.

Dania menahan tawa.Sanggup betullah boss dia ni buat muka macam tu semata mata nak belanja dia baju.

"Okey fine,tapi kali ni je eh?" Orang dah baik hati,kita terima jelah.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now