OBSESI DANIAL (8)

109 5 0
                                    

Satu persatu anak tangga dituruni Dania.Siapalah lelaki yang sembang dengan Mak dan Bapa dia ni.Belakang badan sahaja yang kelihatan,nampak macam tinggi.

“Ni boyfriend kamu nak bawa kamu keluar jalan jalan."

“Awak buat apa kat sini?" Ingatkan siapa,rupanya anak lelaki Puan Zana.

“Saya nak jumpa awaklah." Selamba dia cakap macam tu.

“Saya tak nak jumpa awak.Awak balik sekarang." Tunjuk Dania ke arah pintu.

“Kamu ni kenapa Dania? Jangan nak kurang ajar dengan orang boleh tak?!" Marah Puan Maira melihat kelakuan anaknya.

“Mak,Dania bencilah dengan lelaki ni." Rasa nak cakar muka tak bersalah Danial.

“Sorrylah Danial atas kelakuan Dania.Danial nak bawa dia keluarkan?"

“Saya nak minta izin bawa Dania keluar boleh?" Kena minta izin bakal mertua dulu.

“Boleh je,tapi jangan balik lambat tau." Puan Maira menyerahkan handbag Dania.

“Danial kalau nak berkepit dengan anak Uncle,cepat cepatlah halalkan dia." Sampuk Encik Mirza.

“Nampaknya saya dah dapat restu ni." Bahagia Danial dibuatnya.

“Kami okey je asalkan Dania okey." Mereka menyerah keputusan pada Dania sepenuhnya.

“Kitorang gerak dulu tau Auntie dan Uncle." Dia meminta diri sebelum keluar dari rumah membawa Dania.

Dania hanya diam dan memandang ke luar tingkap.Malas nak hadap muka mamat ni.Suka hati je datang rumah orang.Pelik jugak,macam mana Danial boleh tahu alamat rumah dia.

“Janganlah diam je." Danial cuba memulakan perbualan antara mereka.

“Awak diamlah."

“Awak marah saya lagi ke pasal hari tu?" Takkanlah disebabkan dia cakap Dania pendek,terus perempuan itu tidak mahu memaafkannya.

“Awak rasa?"

“Saya rasa awak marahkan saya lagi.Saya minta maaf atas kejadian tu."

“Hmm." Pendek sahaja jawapannya.Perlu ke dia nak maafkan Danial.

“Hmm je?"

“Habis tu?"

“Awak maafkan saya ke tak?"

“Tengoklah nanti.Pandang depan tu,jangan pandang saya." Drivelah elok elok,dahlah bawa anak dara orang pulak tu.

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now