OBSESI DANIAL (20)

91 4 0
                                    

“Kau kenapa Nia?" Muka pucat Dania dipandang.Macam tahan sakit je tu.

“Tak ada apalah.Aku okey je." Tak nak buat orang risau dengan keadaan dia.

Rasa sakit itu semakin menjadi-jadi.Kali ni tak dapat tahan dah.Betul betul sakit,macam nak pindah alam je ni.

“Aku tahu kau tak okey ni.Jom aku bawa kau pergi hospital." Dia memimpin Dania yang menahan sakit.

“Sorry susahkan kau." Perutnya dipegang.

“Tak susahkan aku pun."

Danial memandang jam di tangan.Dah pukul dua belas setengah,nak kena ambil fail kerja kat office Dania.

Pintu diketuk dua kali.Dia masuk tanpa disuruh.Senyap je office Dania.Mana dia pergi waktu waktu macam ni.

Fail yang ada di atas meja diambil.Sempat dia tengok sekeliling,kot kot Dania sembunyi dari dia.Tak nampak pulak dia kat mana mana.Dia keluar dari office Dania selepas mengambil fail.Lepas ni nak pergi meeting pulak.

------------

Dania memandang sekeliling.Dia baru bangun tidur kesan daripada ubat yang disuntik doktor tadi.

“Macam mana sekarang?" Risau Hena tengok Dania sakit.

“Aku okey je,thank you bawa aku datang sini."

“Welcome.Kau rehat tau,jangan fikir pasal kerja kau tu."

“Aku nak cakap sikit dengan kau ni."

“Kau nak cakap apa?" Hena duduk di sebelah katil Dania.

“Kalau boss ada tanya apa apa pasal aku,kau jangan bagitahu tau."

“Aikk kenapa pulak?"

“Aku tak nak jumpa dia buat masa sekarang.Aku tak nak kena ganggu."

“Okey aku takkan bagitahu dia." Hena membuat gaya mengunci mulut.

Dania tergelak melihat kelakuan Hena.Time sakit macam ni boleh pulak gelak kuat kuat.

“Eh waktu melawat dah habis ni."

“Tak apalah.Kau balik dulu,aku boleh jaga diri aku."

“Aku balik dulu tau.Esok aku datang lagi.Jangan lupa makan ubat kau tu."

“Baiklah Hena."

OBSESI DANIAL (TAMAT)Where stories live. Discover now