BAB 1

28 1 0
                                    

Sebulan telah berlalu. Begitu pantas masa  yang selalu dikatakan lama tamat begitu sahaja pada masa kini. Setiap perkara yang dilakukan pada semester lepas kembali berputar. Memori manis? sedih? marah?dan seangkatan dengannya tidak ada satu pun yang tidak dirasai olehnya.

Nur Damia Inara. Sebaris nama yang indah.Dia hendak dikatakan seorang yang cantik? Mungkin sekadar biasa sahaja tidak kurang dan tidak lebih. Semua ciptaan Allah S.W.T itukan cantik-cantik belaka hanya kita sahaja pandai menghargai atau tidak. Pandai? Boleh dikatakan sebagai average student.

Ramai kawan? Cukuplah seorang sahaja.Bukan hendak dikata tidak ada kawan yang lain, ada saja tetapi untuk berkongsi suka dan duka biarlah seorang saja. Harapannya adalah untuk memulakan semester yang baru dengan lebih bersemangat apabila semester lepas telah mencapai target yang diimpikan.

"Lagi berapa hari nak masuk UWPP balik ni...."monolog Mia didalam hatinya. Sesaat. Dua saat kemudian, membulat matanya apabila dia tersedar tinggal lagi satu hari lagi untuk berkemas segala keperluan untuk dibawa kesana. Apalagi lagi kelam kabut la mencari segala baju yang hendak dipakai, dilipat, ditinggal.

Beberapa jam kemudian,

“Fuh siap pun kemas semua, nasib baik barang haritu yang bawak balik tak punggah semua” kata Mia sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi. Aku diduduk ditepi katil bagi mengurangkan rasa penat mengemas sebentar. Dalam sikit-sikit barang yang dikemas boleh tahan mengah juga rasanya. Barang yang telah dikemas dipandang sekilas lalu.

“Uishh boleh tahan banyak barang aku ni ingatkan sikit je” kata Mia perlahan.

Beratur juga barang yang dikemas. Ini nanti mesti mengah nak naik tangga kolej nanti. Sudahla dapat bilik ditingkat dua. Barang yang dikemas pula seperti hendak pindah rumah. Semangat sangat ni nak balik UWPP.

Okay maknanya sekarang tinggal nak beli apa yerr..?” monolog Mia didalam hati.

Nak kena list ni barang yang nak kena beli kejap lagi. Gelabah aku nanti kalau abah tanya tapi tak tahu nak jawab apa. Aplikasi notes dibuka lalu disenarai satu persatu barang yang diperlukan.

Keesokkan harinya,

4 jam 30 minit masa yang diperlukan untuk sampai ke UWPP. “Yeahh, uwpp terchenta...sangat.” monolog Mia perlahan.

Menangis juga laa sekeping hatinya ini sebab rasa cuti sebulan ni terasa singkat semacam. Tinggal lagi 30 minit je nak sampai, lepastu dah takde makanan free, minuman free.

Agak-agak Mely dah sampai ke belum yekk..dah janji nak sampai sama-sama ni tapi dia dah jalan dulu dari KL.” fikirku perlahan.

Mely?

Haaa ni la satu-satunya sahabat yang bertahan dengan aku hingga semester ni. Nur Mellysa Maisarah. Cantik? Memang cantik. Pandai? Terlebih pandai minah sorang ni. Tidur dalam kelas pun, pointer bukan main tinggi.

Akhirnya, pagar UWPP dapat dilihat dengan jelas pada penglihatannya. “What will this semester could be..good? or bad?..” segala persoalan bermain diminda.

Harapan untuk semester kali ini menjadi lebih baik dan lebih bermakna daripada semester lepas. Manatahu tiba-tiba jodoh jatuh dari langit. Tiber betul.

OUR STORY Where stories live. Discover now