Nanatqhlys
Ogos 23, 2024ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
"Acha pulang, bu!"
Aku berteriak dari muka pintu sambil menarik beg bagasi merah jambu cair bersaiz sederhana mencari kelibat Nyonya Yulia.
"Kamu pulang, Acha. Kenapa tidak beritahu Ibu?"
Nyonya Yulia menghampiriku dari arah dapur.
"Kejutan, bu."
Nyonya Yulia memelukku erat dan mencium kedua belah pipiku.
"Ini siapa, Cha?"
"Jericho, bu. Teman baru Acha."
Nyonya Yulia memandangku dan Jericho bersilih ganti.
"Ibu ingat buah hati kamu."
Wajahku merona dan menepuk lengan Nyonya Yulia perlahan. Jericho yang berada di sampingku hanya terkekeh perlahan sambil tangannya memegang beg bagasi hitamnya seukuran dengan beg bagasi kepunyaanku.
"Selamat malam, -"
"Ibu. Saya Yulia. Panggil Ibu saja."
Jericho mengangguk.
"Selamat malam, Ibu. Saya Jericho Abimayu. Panggil saja Jeri."
"Jeri dari Kanada, bu." tambahku.
"Wah. Setelah ini, kamu bolehlah berkongsi tentang apa yang ada di sana pada Ibu."
"Tentu, bu."
Jericho mengangguk dan memberikan senyuman yang terbaik buat Nyonya Yulia agar meninggalkan kesan yang baik untuk pertemuan pertama kalinya bersama wanita itu.
"Jeri tinggal di sini selama Acha di sini ya, bu?"
"Boleh saja, Cha. Rumah ini banyak lagi bilik yang kosong. Ibu siapkan bilik buat Jeri dulu, ya?"
"Baik, bu."
"Kamu berdua mahu makan apa? Pasti lelah baru pulang ke sini larut malam seperti ni."
"Tak mengapa, bu. Tadi kami sempat singgah di kedai makan sebelum sampai ke sini." ujar Jericho.
Jericho tidak mahu menyusahkan wanita itu buat memasak untuknya dan Acha larut malam seperti itu. Untungnya, dia telah mengajak Acha makan malam di sebuah kedai makan sebelum tiba di rumah Nyonya Yulia.
"Oh, baiklah. Jeri tunggu sebentar, ya? Ibu mahu pasang cadar di katil bilik untuk kamu tumpang."
"Tak apa, bu. Saya ikut sekali. Saya boleh pasang cadar dan sarung bantal sendiri."
"Baiklah. Acha, nanti mandi sebelum tidur, ya?"
"Tentu. Badan Acha sudah melekit dengan peluh, bu."
Nyonya Yulia mengangguk dan mengatur langkah menuju ke bilik tetamu yang terletak di tingkat tiga banglo itu. Jericho membuntuti Nyonya Yulia saat aku memberikan isyarat padanya untuk mengikuti wanita itu.
ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
"Belum tidur, Cha?"
"Eh, Jeri. Kamu juga kenapa belum tidur?"
"Saya mahu ke dapur untuk minum air. Tapi, ternampak kamu pula di sini."
Aku menghampiri Acha yang sedang duduk di balkoni tingkat tiga banglo itu sambil menatap dada langit malam. Punggung kulabuhkan di kerusi yang berada di samping kerusi yang sedang Acha tempati.
"Besar juga banglo ini, ya?"
"Ya, Jer."
"Tadi, saya sempat berbual sebentar dengan Ibu."
Acha mengalihkan pandangannya padaku.
"Ibu bercerita tentang apa?"
"Tentang rumah ini. Tentang kanak-kanak yang tinggal di sini dan tentang kamu."
"Ibu beritahu kamu apa tentang saya?"
"Rahsia."
Acha memutar matanya dan mengembungkan pipinya.
"Baru saja berjumpa dengan Ibu sudah pandai berahsia dan bekerjasama dengan Ibu, ya?"
Aku ketawa perlahan.
"Tidak, Cha. Ibu bercakap hal yang baik tentang kamu. Jangan risau. Dan disebabkan itu, saya jadi ingin mengenali kamu lebih rapat dan dekat, Cha."
Aku menatap dalam manik coklat madu Acha yang tampak bersinar asbab pembiasan rembulan yang cerah di malam hari itu. Acha menjadi salah tingkah saat aku menatapnya terlalu lama. Tangan mungilnya menolak wajahku dari terus memandangnya.
"Sudah. Pergilah ke dapur. Kamu kata mahu minum air, kan?"
Aku terkekeh kerana hampir terlupa niat awalku.
"Kamu juga jangan berlama-lama di sini. Angin malam tidak baik untuk kamu."
"Ya, Jer. Sudah. Kamu ke dapur, saya ke bilik saya."
Acha bangun dari duduknya begitu juga denganku.
"Selamat malam, Cha. Jumpa esok pagi."
"Ya. Selamat malam, Jer."
ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
Bersambung.
YOU ARE READING
Dandelion & Roses • Jung Jaehyun
FanfictionCompleted! ˗ˏˋ Lokal Fiksyen Malay 'ˎ˗ ˚ ༘♡ ·˚꒰ khusus sokongan buat 1st Album Jaehyun, Dandelion & Roses ꒱ ₊˚ˑ༄ ❝ Dua jenis bunga yang memberi erti dan pengajaran yang begitu bermakna dalam hidupku dan selamanya ❞