11: Little Dandelion

10 2 0
                                    

Nanatqhlys
Ogos 23, 2024

ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅

"Cantik-cantik mahu kemana, Cha?"

Aku menolehkan wajahku pada Jericho yang menyapaku dari sofa di ruang keluarga sambil menyesap secangkir teh hangat pada tengahari itu.

"Saya mahu keluar sebentar bersama Encik Arsen."

"Oh, bila kamu pulang?"

"Tidak pasti. Saya ikut Encik Arsen saja memandangkan dia yang mengajak saya keluar hari ini."

Benar, Arsen telah mengajakku untuk keluar bersamanya pada tengahari ini entah disebabkan apa kerana sebelumnya, akulah yang sering mengajaknya keluar bersamaku dan hari ini rasanya sedikit berbeza dari hari sebelumnya. Perasaan senang yang tidak dapat dibendung membuak di dalam diri.

"Baiklah. Hati-hati, Cha."

"Terima kasih, Jer. Saya pergi dulu. Encik Arsen pasti sudah menunggu di bawah."

Jericho mengangguk kecil dan aku berlalu pergi dari sana menuju ke ruang tamu di mana aku melihat Arsen yang mengenakan t-shirt polo coklat muda  dipadankan dengan seluar slack hitam sedang duduk di sofa membaca surat khabar yang dipegangnya.

"Encik Arsen."

"Sudah siap?"

Aku mengangguk semangat dan membenarkan blouse biru langit dan pleated skirt biru tua labuh separas bawah lutut yang kini melekap ditubuhku.

"Marilah."

Arsen memanggilku untuk mengiringinya menuju ke keretanya. Pintu kereta dibuka dan menyuruhku untuk masuk ke dalam, menduduki kerusi penumpang bersebelahan dengan kerusi pemandu.

"Jadi, hari ini kita mahu ke mana?" soalku yang terdengar teruja pada Arsen yang sedang mengenakan tali pinggang keselamatan sebelum menghidupkan enjin kereta.

"Kita ke muzium, mahu?"

"Mahu."

Arsen mengangguk dan memberikan seulas senyuman tampannya padaku yang mana membuatkan wajahku merona sebelum pedal minyak ditekannya lalu membelah jalanan pada tengahari itu.

ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅

"Sudah lapar?"

Aku mengangguk perlahan.

"Kita pergi makan."

Sejujurnya berjalan dan menghabiskan waktu bersama Arsen di muzium lukisan membuatkanku sedikit lapar. Jantungku tidak hentinya berdegup kencang tika Arsen memerhatikanku dan menatapku dengan tatapan yang tidak mampu aku jelaskan ketika kami meluangkan waktu di muzium itu. Tetapi, tatapan itu sangat menyenangkan bagiku dan mampu menghangatkan suasana hatiku.

"Mahu makan apa?"

Aku memerhatikan menu restoran yang berada di hadapanku kini. Satu persatu menu makanan dan minuman kutelaah sebelum menunjukkan pada Arsen lalu dia memesan makanan dan minuman itu pada para pelayan yang mengambil pesanan di meja kami.

"Cantik."

"H-huh?"

Aku menatap tidak mengerti saat Arsen memandangku dan memberikan senyuman manisnya.

"Kamu cantik, Cha."

"O-oh..."

"Kamu cantik setiap hari. Tapi, hari ini cantik kamu itu berbeza dari biasanya."

Adrenalinku terpacu laju cuba menelaah pujian Arsen yang membuatkanku tidak senang duduk dan wajahku memerah sempurna hingga tidak dapat disembunyikan dari pandangan lelaki yang sedang duduk berhadapan denganku kini.

Dandelion & Roses • Jung JaehyunWhere stories live. Discover now