04: Pengubat Hati

13 2 0
                                    

Nanatqhlys
Ogos 14, 2024

ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅

"Lihat apa, Sen?"

Aku terkejut saat mendengar sapaan dari Nyonya Yulia yang kini melabuhkan punggung di kerusi tidak jauh dari kerusi yang kutempati.

"Lihat mereka bermain, bu."

Nyonya Yulia mengikut arah pandanganku yang tertuju pada kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar bersama Acha di halaman hadapan. Suasana yang teduh pada petang itu sangat menenangkan bagiku untuk bersantai sebentar setelah puas bermain bersama kanak-kanak itu.

"Lihat mereka atau Acha?"

Aku tersentak mendengar pertanyaan daripada Nyonya Yulia.

"Kedua-duanya."

Aku menggosok tengkukku sambil menampilkan senyuman gugupku pada Nyonya Yulia. Wanita itu hanya tersenyum manis. Aku berdehem sebentar sebelum mengalih topik perbicaraan.

"Ibu tidak mahu mengambil anak yatim lagi?"

"Setakat ini, tidak. Tapi, kalau ada anak yang mahu tinggal di sini, ibu terima dengan hati dan tangan yang terbuka."

Aku mengangguk.

"Arsen."

"Ya, bu?"

"Hati kamu sudah membaik?"

Aku mengangkat kening kananku lalu tatapan tidak mengerti kuberikan pada Nyonya Yulia dan wanita itu menatapku teduh dengan senyuman tenangnya.

"Apa luka di hati kamu sudah sembuh?"

Aku tersenyum tipis mulai mengerti arah perbicaraan Nyonya Yulia. Aku mengeleng perlahan dan membuang pandanganku ke arah kanak-kanak yang sedang bermain begitu semangat dan bahagia.

"Belum sepenuhnya, bu."

"Tidak mahu mencuba mencari pengubat buat hati kamu itu, Sen?"

Aku mengalihkan pandanganku pada Nyonya Yulia.

"Siapa yang mahu menjadi pengubat hati Arsen, bu?"

"Itu."

Pandanganku mengikut arah pandang Nyonya Yulia yang tertuju pada Acha. Sedetik kemudian, aku menatap Nyonya Yulia dengan ragu.

"Dia masih muda, bu. Tidak sepadan dengan saya yang sebentar lagi akan mencecah 30."

Nyonya Yulia hanya tersenyum mendengar alasanku.

"Cinta tidak mengenal usia, Sen. Jika sudah ditakdirkan jodoh kamu bersama yang lebih muda, apa kamu masih mahu menolak?"

Aku mengemam bibirku tika mendengar ucapan Nyonya Yulia. Keluhan kecil kulepaskan.

"Arsen hanya takut, bu."

"Takut kenapa?"

"Arsen belum boleh melupakan masa lalu Arsen. Mana mungkin Arsen menjalin hubungan dengan yang baru. Arsen tidak mahu menyakiti orang baru disebabkan hati Arsen yang masih belum menerima semuanya, bu."

Dandelion & Roses • Jung JaehyunWhere stories live. Discover now