Nanatqhlys
Ogos 24, 2024ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
"Selamat malam, bu."
Aku dan Arsen menyapa Nyonya Yulia yang kini berada di hadapan kami dengan senyuman melebar di wajahnya.
"Selamat malam. Sudah puas berjalan?"
"Sudah, bu."
Aku mengangguk kecil.
"Cantik bunga itu. Arsen yang beri, ya?"
Nyonya Yulia menatap mengusik padaku dan Arsen.
"Ya, bu. Saya sudah melakukan apa yang seharusnya saya lakukan."
Nyonya Yulia tersenyum bangga.
"Baguslah. Kamu tidak menginap di sini, Sen?"
"Tidak, bu. Esok saya kerja."
"Oh, ya, ya. Ibu lupa esok sudah Isnin. Kalau begitu, hati-hati pulang ke rumah."
"Tentu. Terima kasih, bu."
Arsen memandangku.
"Saya pulang dulu, Cha. Terima kasih sudi keluar dengan saya hari ini."
"Sama-sama. Terima kasih juga untuk bunga ini."
Wajahku merona mengingat kembali hal yang terjadi pada petang tadi di padang dandelion.
"Ya. Saya pulang, Cha."
Aku mengangguk dan melambaikan tanganku pada Arsen yang juga melambai kecil ke arahku sebelum masuk ke dalam keretanya.
"Senang, ya?"
Aku menolehkan wajahku pada Nyonya Yulia.
"Tentu, bu. Encik Arsen sudah meluahkan perasaannya pada Acha."
Nyonya Yulia mengusap sayang kepalaku dan mengangguk.
"Bagus. Sekarang, kamu mandi dulu. Mahu makan malam?"
"Tidak, bu. Tadi Encik Arsen sudah bawa Acha ke restoran untuk makan malam."
Nyonya Yulia mengangguk.
"Masuklah ke bilik kamu."
Aku mengangguk dan mendaki anak tangga menuju ke bilikku.
ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
"Eh, Jer."
Aku memalingkan wajahku pada Acha yang sedang memegang kemas jambangan mawar di tangannya.
Aku menegakkan tubuhku yang sedang duduk di kerusi yang berada di balkoni tingkat dua banglo sekadar mengambil angin dan mengosongkan fikiranku.
"Oh, Cha. Baru pulang?"
Acha mengangguk dan melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan kerusiku.
"Ini. Encik Arsen berikan ini pada saya."
Mataku memandang mawar itu tanpa reaksi dan menampal senyuman tipis di wajah.
"Saya tidak tahu kalau Encik Arsen seorang yang romantis juga."
Aku hanya tersenyum.
"Kamu senang?"
"Tentu. Orang yang saya suka juga ternyata menyukai saya, Jer."
Manik coklat madu Acha yang berbinar indah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya tika itu.
"Baguslah begitu."
"Saya masuk ke bilik dulu. Jumpa esok pagi, ya?"
Aku mengangguk dan pandanganku mengikut kelibat Acha yang menghilang di balik dinding menuju ke biliknya.
Pandangan kubuang jauh ke langit malam itu dan nafas kuhela berat. Aku tahu, lambat-laun juga Arsen akan meluahkan perasaannya pada Acha. Gadis itu juga tampak bahagia dan jatuh suka yang amat pada lelaki itu.
Arsen sudah sempurna dari segi penampilannya, kariernya dan kematangan pemikirannya yang berbanding terbalik dengan diriku yang masih belum mempunyai karier tetap dan sedang melanjutkan pelajaran seperti Acha.
Sejujurnya, aku menyukai Acha dari hari di mana dia menjadi fasilitator semasa program orientasi pelajar pindahan untuk semester baru yang lalu. Tidak menyangka, aku akan menjadi teman sekelasnya dan hal itu semakin membuatkanku teruja untuk menjalani hari-hariku demi mengenalinya lebih rapat dan dekat kerana aku ingin meneroka tentang rasa yang menyelimuti perlahan hati ini hari demi hari.
Tetapi, Arsen Kaisar yang telah menetap di relung hati Acha membuatkanku terpaksa merendam perasaanku apatah lagi saat aku mendengar Nyonya Yulia yang bercerita tentang Arsen dan Acha yang masing-masing tidak mahu mengakui tentang rasa yang ada di antara mereka, juga bagaimana senangnya wanita tua itu berharap agar Arsen akan meluahkan perasaan pada Acha secepat mungkin.
ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅
Bersambung.
YOU ARE READING
Dandelion & Roses • Jung Jaehyun
FanfictionCompleted! ˗ˏˋ Lokal Fiksyen Malay 'ˎ˗ ˚ ༘♡ ·˚꒰ khusus sokongan buat 1st Album Jaehyun, Dandelion & Roses ꒱ ₊˚ˑ༄ ❝ Dua jenis bunga yang memberi erti dan pengajaran yang begitu bermakna dalam hidupku dan selamanya ❞