Bab 6

49 2 0
                                    

           Aku memandang lantai yang bersih itu. Entah kenapa, hari ni aku rasa lantai tu kacak sangat!

           "Aesteria." panggilnya.

             Dia mula mengangkat daguku ke atas yang menunjukkan bahawa dia mahu aku memandang wajahnya yang kacak itu. "Lantai tu lagi menarik daripada saya ke, Aesteria?" ucapnya bersama mulutnya yang mucung.

               Wajahnya mendung. Dahi berkerut, dan mata hazelnya mengatakan kepadaku bahawa, 'jangan pergi, aku perlukan kau..' . 

                "Ish, tak lah awak. Bagi saya, awak tu dah cukup on top dah! Kalau ramai perempuan tahu awak tu single, mesti ramai beratur sekarang ni.." pujiku dalam kegugupan yang amat sangat.

                    Dia menenungku sekali lagi. "Awak, tak nak jadi salah seorang dalam kalangan tu ke, Aesteria?"

                     Jeda.

                     " You know, if you come at me and say that you love me in your own, i'll welcome at you with the spread of love.." ucapnya penuh syahdu.

                       Aku mula ketawa buat-buat. Awkward yang amat! Sesiapa di sini tolonglah aku. Aku rasa nak ber- kuch kuch hota hai dah ni!

                      "By the way, malam esok awak free tak, Arayan?" tanyaku kepadanya cuba untuk menghilangkan kejanggalan yang mula singgah ke suasana ini.

                        Dahinya mula berkerut. Mukanya yang mendung tadi semuanya hilang. Tapi, dia mula menggantikan dengan senyuman senget dia itu. Aku tahu, dia dah nak mula menyakat aku. Agak-agaknya apa pula kali ni ya?

                       "Kenapa? Awak nak dating dengan saya ke?"

                       Aku dah agak!

                      Aku menarik mulutku ke hadapan. Dia yang melihat reaksi aku itu mula senyum tidak terkata. Aku rasa, dia akan mengaku bahawa hari ni, dia adalah jejaka yang paling berjaya di dunia ni!

                     "Tak lah.. Esok kan birthday cousin saya tu. Ingatkan bolehlah ajak awak ni, tapi nampaknya awak sendiri menunjukkan yang awak taknak pergi." ucapku 

                       Dia mula menganggukkan kepalanya beberapa kali. Nampaknya dia tidak kisah aku tak invite dia? Tipulah kalau aku tak kiciwa. Tapi aku kena ingat, dia tu manager aku je. Umur dia pun lebih tua daripada aku. 

                     "Tema warna apa?" tanya dia kepadaku.

                       Oh! Cakap pasal tema lupa aku nak bagitahu. Birthday Irfan kali ni tema light purple and black. Yang hadir cuma lah kawan yang rapat dan keluarga. Tu pun, puas aku bagi tazkirah petang kepada Irfan. Gila tak gila! Dia nak ajak kawan dia dekat UK tu? Bukannya sorang dua, ramai! Bak kata dia, lagi ramai lagi meriah. Kepala 'H' dia.

                       "Bagi yang single pakai colour hitam or light purple.. Lelaki hitam, perempuan light purple.." terangku dengan lebar dan panjang.

                        "Tapi, untuk kita ni yang VIP, Irfan bagi kita pakai baju apa pun yang kita nak.. Kalau sedondon dikira couple tahu tak? So, awak pakai colour apa?"

                          Senyumannya semakin melebar. Tak tahan aku tengok. Nak sangat aku tarik mulutnya biar carik rabik! Ish sakit hati bab menyakat nombor satu!

                           "Oh, don't get me wrong.. Saya tanya sebab tak nak sedondon dengan awak eh?" terangku kerana tidak mahu ada kesalahfahaman.

                           Dia menjongket bahu. "Entah. But, i think i'll choose a black colour" ucapnya.

                           Bukannya aku dah cakap yang dia tu VIP? Ah, lantak la.. Yang penting tak sama warna dengan aku.

       Bersambung..

                         

                     

                      

Setia PadamuWhere stories live. Discover now